BTC USD 62,385.8 Gold USD 2,638.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kit Siang: DAP tidak tahu apa-apa cadangan ratifikasi Icerd, Statut Rom

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
142,616
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
142,616
Reaction score
25,591
Points
2,866
Awards
1
1666829756246.png


Kit Siang: DAP tidak tahu apa-apa cadangan ratifikasi Icerd, Statut Rom

Diterbitkan: Oct 26, 2022 4:11 PM

Dikemaskini: 4:11 PM



Para pimpinan DAP langsung tidak tahu apa-apa mengenai cadangan kerajaan Pakatan Harapan mengenai ratifikasi Icerd (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) dan Statut Rom, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu mendedahkan perkara tersebut sambil menolak “cerita” Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa DAP yang memberi tekanan kepada PH berhubung ratifikasi berkenaan.
Lim berkata walaupun berada dalam kegelapan mengenai perkara itu, kesalahan tetap disandarkan kepada DAP.

“(Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) patut tahu perkara ini melainkan dia juga sudah menjadi seorang penipu seperti Hadi,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.



06b8fb95b3ca69b7e31e7ed9869ca37b.jpg





Muhyiddin, yang adalah sekutu Hadi dalam kerajaan Perikatan Nasional serta dalang dalam Langkah Sheraton yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri semasa pemerintahan singkat gabungan itu.

Lim juga menegaskan bahawa tiada seorang pun pemimpin DAP dalam pentadbiran PH yang memegang sebarang portfolio berkenaan ratifikasi Icerd dan Statut Rom.

“Saya terkejut, seperti mana orang lain juga, apabila Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, bercakap di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2018 dan membuat pengumuman mengenai ratifikasi perjanjian-perjanjian PBB ini.

“Kerana inilah saya telah berkali-kali meminta Menteri Luar Negeri ketika itu, Saifuddin Abdullah, untuk menyatakan yang kekecohan mengenai ratifikasi pada tahun 2018 ini adalah hasil kerjanya sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan DAP,” kata Lim.


8d06f68ba8f17f2c51c54d6a067fcf9c.jpeg





Jumaat lalu, Hadi mendakwa bahawa dia yang memulakan Langkah Sheraton kerana PAS merasakan kerajaan PH menuju ke arah menghapuskan hak istimewa orang Melayu dengan mahu meluluskan Icerd dan Statut Rom.

Bagaimanapun, Lim berkata presiden PAS itu seakan-akan tidak menyedari bahawa 99 peratus daripada 1.9 bilion umat Islam di dunia menghuni di negara-negara yang telah meratifikasi Icerd, memandangkan 55 daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah berbuat demikian.

“Adakah ini sebabnya Hadi, walaupun menjadi duta khas perdana menteri ke Timur Tengah, diharamkan dari ke Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah yang lain?” sindirnya.

Lim juga memberi amaran bahawa Hadi telah memberikan notis, bahawa dia akan menjadi “pemain utama politik toksik penuh penipuan, fitnah, dan sentimen perkauman dan keagamaan pada PRU15" untuk memusnahkan fabrik masyarakat majmuk di Malaysia yang terbentuk dari pelbagai latar belakang kaum, agama, bahasa, dan budaya.


db520f647fb813f2aad83a59bbf99d15.jpg

“Kita tidak boleh membiarkan pelampau politik penipuan, kebencian, perkauman, dan keagamaan untuk berjaya,” kata Lim.
 
Sponsored Post

ni thread yg berkait dengan ICERD



 

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 18j ·

Lim Kit Siang hari ini berkata DAP tidak tahu menahu mengenai Icerd dan Rome Statute.
Sebab uncle mudah lupa, kita up balik artikel ni. TTKM dah lama bersedia sejak 4.5 tahun lalu, Kit Siang je yang lalai :
https://ttkm.com.my/.../ini-bukti-dap-perjuangkan-icerd.../

DAP mati-matian tidak mengaku mereka memperjuangkan supaya ICERD diratifikasi.

Apakah bukti-bukti ini?:
1. Mari kita baca apa kata Mahdzir Ibrahim, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAPSY, pada 6 Jun 2013:
“Malah langkah mengatasi masalah ini seharusnya sudah dilaksana segera sepertimana desakan dari Proham agar kerajaan menandatangani Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).” - Mahdzir Ibrahim

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/en/statements/2013/06/06/16215/)

2. Mari kita baca apa kata Howard Lee, Pengarah Dasar Awam DAP Perak dan ADUN Pasir Pinji, pada 22 Disember 2013:
“Kerajaan boleh ditekan untuk meratifikasi paling tidak... Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD) sebelum Universal Periodic Review PBB pada 2018.” -Howard Lee

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?
(Bukti kenyataan: https://www.malaysiakini.com/news/249971)

3. Mari kita baca apa kata Kasthuri Patto, Setiausaha Publisiti Wanita DAP dan Ahli Parlimen Batu Kawan, pada 11 Disember 2017:
“Perjanjian-perjanjian utama yang mesti Malaysia tandatangani dan ratifikasi sebelum PRU 14 ialah... Konvensyen Antarabangsa PBB mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum 1969 (ICERD).”- Kasthuri Patto

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/en/statements/2017/12/11/26260/)

4. Mari kita baca apa kata Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, pada 8 November 2018:
“Jangan bimbang dan takut terhadap proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).” - Charles Santiago

Bukankah ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikan?
(Bukti kenyataan: https://www.freemalaysiatoday.com/.../jangan-takut.../)

Tangkap layar laporan FMT

5. Mari kita baca apa kata Chow Yu Hui, ADUN Tras, dan Chiong Yoke Kong, ADUN Tanah Rata, pada 9 November 2018:
“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum. Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD.” - kenyataan bersama Chow Yu Hui, Chiong Yoke Kong.
Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?

(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/)
Tangkap layar kenyataan yang diterbitkan portal DAP Malaysia.

6. Mari kita baca apa kata Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 21 November 2018:
“Adakah Datuk Seri Hadi Awang mengatakan bahawa hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah kecuali Malaysia dan Brunei telah meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)?.”- Lim Kit Siang.

Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?
(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/21/27899/)

7. Mari kita baca apa kata Lim Kit Siang, Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, pada 22 November 2018:
“Bolehkah kiranya Datuk Seri Hadi Awang turut menjelaskan persoalan mengapa 55 daripada 57 negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah meratifikasi ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Adakah terdapat anggapan bahawa 99% daripada 1.9 bilion umat Islam, yang menetap di 55 daripada 57 negara OIC, telah terpesong dan bukan orang Islam seperti mana yang dimahukan Hadi?.”- Lim Kit Siang.
Bukan ini perjuangan supaya ICERD diratifikasikah?

(Bukti kenyataan: https://dapmalaysia.org/Kenyataan-Akhbar/2018/11/22/27903/)

DAP MAHU TIPU SIAPA?
https://ttkm.com.my/.../ini-bukti-dap-perjuangkan-icerd.../

1666830334597.png
 
Orang Melayu tahu muslihat ini. Mereka yang memperjuangkan ICERD (kebanyakannya rasis dan fanatik) di Malaysia memperjuangkannya kerana muslihat kesamarataan kaum dalam ICERD boleh disebut untuk memperkukuh propaganda "Malaysia untuk rakyat Malaysia" mereka di peringkat antarabangsa. 100% kena tolak puak puak ni

 
well well well Lim Kit Siang,
hanya DAP yg terima ICERD dan nakkan dilaksanakan kat malaysia

even Amanah, PKR pun tolak ICERD
Maaf CMM, nk bertanya. Adakah sama memperjuangkan, dgn mencadang ratifikasi?

Kalau DAP nafi pernah perjuang dan sokong ICERD mmg kita boleh bidas, sbb byk bukti yg menunjukkan sebaliknya.

Tp andai nk kata DAP yg cadang ratifikasi ICERD di peringkat kabinet, apa bukyi yg boleh kita kemukakan?

Mmg ada ke kenyataan pimpinan DAP dlm kabinet berkaitan ratifikasi ICERD ni, selain dari Tun M dan Wathya Moorty di Parlimen?

Sokong dan perjuang, yes no doubt about it.

Mohon response CMM

@timmisegera , aku dh tag CMM
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register