BTC USD 69,744.9 Gold USD 2,421.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Tengku Hassanal & Burung Helang di Sungai Pahang

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
07.03.2024 - Sifat penyayang dan keprihatinan terhadap hidupan liar yang dizahirkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah wajar dicontohi. Tengku Hassanal yang mengetuai Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024, telah menyelamatkan nyawa seekor burung helang yang tersangkut pada tajur, iaitu sejenis alatan menangkap ikan.

Q1TqXXRY-BTV3-WORK-26.jpg


Ekspedisi yang dalam perjalanan antara Pasir Tambang, Kuala Tembeling ke Jeti Kampung Ganding, dekat Jerantut itu semalam, menemui seekor burung helang yang nyaris lemas di tebing Sungai Pahang. Secara spontan, Tengku Hassanal menitahkan tekong bot untuk menghampiri burung itu dan segera memotong tali yang tersangkut pada kakinya.

cRtHxs4I-BTV3-WORK-15.jpg


Kejadian dapat dirakam wartawan TV3, Fazli Ahmad serta jurugambar dari Bernama, Nur Shazreen Zamzuri dan Pahang Media, Radin Mohd Norhilmi Nordin, yang menaiki bot bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika mengiiringi Tengku Hassanal dalam eskpedisi berkenaan.

e5tbt40X-BTV3-WORK-12.jpg


Selepas tali tajur tersangkut di kaki burung itu dipotong, burung helang itu kelihatan masih lemah dan tidak mampu terbang.

X2Shktbe-BTV3-WORK-27.jpg


Namun cubaan anggota Balai bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan, Idham Nurhan yang bertindak terjun ke dalam sungai untuk mendekati burung itu, menyebabkan haiwan berkenaan bertindak luar kawalan dengan mencakar dan tersangkut pada tangan serta jaket keselamatan dipakai anggota itu. Melihat situasi cemas itu, Fazli yang ketika itu sedang membuat rakaman, segera membantu anggota bomba terbabit.

eUgmOLL6-BTV3-WORK-11.jpg


“Saya memilih untuk berhenti merakam kejadian untuk membantu anggota bomba terbabit dengan memegang sayap burung itu bagi membolehkan Idham menanggalkan kuku burung helang yang tersangkut pada tangan kanannya.”

BweqlIdd-BTV3-WORK-16.jpg


“Saya dapat membayangkan kesakitan yang dialami anggota bomba itu kerana beberapa kuku burung helang itu turut tersangkut pada tangannya.” ujar Fazli kepada Buletin TV3.

bxFBM7P6-BTV3-WORK-14.jpg


Burung helang berkenaan kemudian dibawa ke tempat selamat oleh Fazli, bersama seorang lagi anggota bomba, Arif Hakimi Razali dan tekong bot, Shahril Samsuddin untuk dilepaskan di tebing kiri Sungai Pahang.

5Ty9OoG8-BTV3-WORK-13.jpg


Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang sejauh 400 kilometer, selama empat hari berakhir petang semalam.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/video-kisah-tengku-hassanal-dan-burung-helang-di-sungai-pahang/
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register