BTC USD 92,219.9 Gold USD 3,333.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Seram Lagi Misterius Seorang Renjer Hutan Simpan

lempeng

Fun Poster
Messages
338
Joined
Dec 16, 2005
Messages
338
Reaction score
76
Points
20
KISAH SERAM LAGI MISTERIUS SEORANG RENJER HUTAN SIMPAN*

*Cerita baru dari Reddit.



BAHAGIAN 1


Pada satu malam yang cukup dingin, kami berempat duduk menghadap cerobong api dalam stesen renjer. Aku, Harland, Anthony dan Craig sedang berbasa-basi tentang kehidupan seharian. Craig baru cerita kat kami pasal majlis nikah kahwin sepupunya apabila Anthony terus bertanya kat Harland apa cerita terpaling seram yang dia tau sepanjang bekerja kat situ.


Biasanya kalau tanya kat dia pasal kejadian seram atau pelik, Harland cuma gelak2 je sambil cuma cakap ‘banyak je bende gile aku jumpa..tapi..adalahhh..’


Tapi kalini dia hanya diam termenung seketika. Tak lama lepas tu dia bersuara perlahan, “Perempuan Sihir dari Blackthorn Creek.”


Kami semua terus tekedu.


Harland ni bukan calang-calang orangnya. Dia dah lama keje kat sini. Dia orang asal sini. Keluarganya pun dah bergenerasi duduk kat area ni. Ikutkan dialah yang lebih maklum sejarah kisah2 yang berlaku kat sini. Lagipun dia ni seorang yang sangat baik dan santai, rajin bekerja dan sangat membantu apabila diperlukan. Jadi bila orang macam Harland beri reaksi yang begitu serius dan takde gaya nak melawak langsung, kami segera tumpukan perhatian sepenuhnya kat dia.


“Kisah ni dulu pakcik George aku yang ceritakan. Dia dah berpuluh tahun keje sebagai penebang pokok. Dia bagitau yang ada cakap2 orang yang tanah ni sebenarnya telah disumpah oleh seorang tukang sihir perempuan. Ia bermula pada satu tahun tu, bila semua tanaman tiba2 tak menjadi. Selama ni tak pernah berlaku macam ni, tanaman sentiasa subur je.”



“Ini menimbulkan rasa syak wasangka pada semua orang. Bekalan makanan dah tak mencukupi untuk mengharungi musim sejuk. Pada masa yang sama, bandar yang dulu maju dan makmur tiba2 menghadapi kemerosotan ekonomi dan krisis kewangan. Manakala pelbagai perkara buruk dan malang berlaku pada masyarakat setempat selama beberapa tahun berturut lepas tu, macam rumah terbakar serta orang hilang tak pernah dijumpai. Dari masa ke masa, akan ada objek atau benda pelik di sekitar kawasan orang yang hilang tu macam anak patung kayu yang mengerikan. Ikutkan takde sape dalam komuniti yang ada karakter mencurigakan atau tergamak buat perkara macam ni.”



“Ada satu famili ni, depa syak ada sumpahan telah dikenakan kat depa sebab beberapa tahun lampau depa pernah duduk kat bandar lain yang pernah berlaku kejadian yang serupa. Terutama sekali bila orang2 yang sentiasa mengikuti perkembangan kes2 aneh tapi benar ni terperasan yang semua kejadian berlaku pada waktu bulan mengambang penuh.”



Harland meneguk kopi beliau sebelum meneruskan cerita.


“Akhirnya tindakan mula diambil apabila berlaku satu kebakaran yang dahsyat di kilang memproses kayu balak. Takde sape tau macam mana ia boleh berlaku. Beberapa orang pekerja mati dan ramai yang cedera parah. Akhirnya, kilang itu yang dahulunya gah kini terpaksa ditutup.”


“Masa nilah, semua prasangka, ketakutan dan kebimbangan makin menjadi2 dalam masyarakat. Maka apabila ada orang2 kampung terjumpa sebuah pondok buruk tinggal dalam hutan berhampiran Blackthorn Creek yang penuh dengan simbol2 pagan aneh terlukis pada dinding dan lantai, diorang tak bincang apa lagi terus bakor jer pondok tu sampai hangus.”


“Menurut gosip makcik2 bawang, pondok tu ambik masa yang lama untuk betul2 habis terbakar. Lebih lama dari yang sepatutnya. Tapi sebaikje dah rentung, depa amek abunya dan tanam jauh dalam perut hutan tanpa tanda dengan harapan semuanya telah berakhir. Buat seketika, keadaan tampak menjadi aman semula.”


“Tapi pada tahun2 berikutnya, sesekali akan berlaku jua kejadian yang tak diingini yang menyebabkan orang2 kampung menjadi lebih berhati2. Contoh macam kemalangan cedera tak tentu pasal, ada bunyian pelik kat luar rumah bila menjelang malam atau bunyi cakaran kat dinding serta pintu. Tapi apapun, orang akan lebih berjaga2 dalam setiap aspek terutama sekali bila datangnya waktu bulan mengambang penuh.”


Harland berhenti seketika sambil merenung unggun api dalam cerobong. Bunyi kayu api yang meletup2 dibakar dalam cerobong amat menyenangkan sekali.


“Aku tak ingat berapa umur aku masa dengar cerita ni, tapi yang aku betul2 ingat ialah macam mana aku rasa masa tu. Keliru. Sebab walaupun cerita tu menyeramkan dan jugak menghiburkan, tapi aku rasa ia mengarut tak masuk akal. Aku bagitau kat pakcik George. Dia ketawa je. Pastu dia cakap dia pun rasa cite tu merapu meraban. Kendian dia jadi serius balik. Dia ingatkan aku yang walaupun cerita tu macam reka-rekaan je, tapi dia pasti yang setiap cerita pasti ada kesah sebenar disebaliknya dan memang ada ‘sesuatu’ pun kat dalam hutan tu. Dia pesan kat aku – tak kira masa bila pun, atau dengan siapa aku berada, atau apa juga yang berlaku…kalau aku ada rasa tak sedap hati, aku harus dengar dan ambil kisah akan gerak hati aku tu. Aku memang buat macam mana yang pakcik George pesan. Dan ia tak pernah tersasar.”


Harland perlahan2 mengangkat kepala dan merenung kami…
 
Last edited:
Sponsored Post

BAHAGIAN 2



“Aku memang tak berapa nak percaya pun cerita tu, tapi aku tak boleh nak nafikan yang selama ni, aku dapat rasakan ada ‘sesuatu’….ia yang menyebabkan badan aku rasa meremang seram sejuk. Kadang2 aku macam ternampak kelibat. Ada sekali tu, bukan setakat bulu roma je meremang, siap aku dengar ada bunyik lagi….”


Kami semua jadi kaget. Aku jeling kat member2 lain, depa pun menjeling balik bertentang mata denganku. Masing2 dah cuak.


“30 tahun dulu, aku memulakan kerjaya sebagai renjer hutan simpan ni… Zaman masa tahun 90an, kehidupan maupun teknologi tak sama macam sekarang. Aku membesar di kampung, dekat dengan alam. Aku jugak gemar tengok cite seram. Dan yang paling penting, banyak kisah menakutkan pasal kewujudan benda2 angker yang tersembunyi maupun nyata di alam ini pernah aku dengari sepanjang waktu membesar dulu. Aku tak manja atau lemah macam budak2 sekarang. Tapi dalam hidup ni, ada perkara yang kita memang tak terduga apa yang bakal berlaku…”


Kayu api dalam cerobong unggun api meletup2 lagi, tapi tak kami sedari sebab begitu tekun dan asyik mendengar cerita Harland.


“Masa tu awal bulan November. Halloween baru je habis tapi semua org rasa sedih sebab seingat aku tahun tu punya sambutan punyalah meriah. Sebab nak masuk musim sejuk, hari cepat jadi gelap..tapi..macam makin cepat dan makin cepat pulak ia berlaku. Masa tu aku rasa macam baru je mula syif keje eh tibe matahari dah nak terbenam. Hujan turun hampir setiap hari, langit sentiasa gelap dan mendung. Tiba malam, udara lembab dan berkabus. Tapi pagi tu, atmosfera kering pulak. Daun2 berguguran dari pepohon jatuh bertaburan atas rumput dek kerana hujan dan angin seebelum ni. Jadi tugas aku pada hari itu adalah menyapu dan membersihkan daun2 tu supaya ia tak menutup trek laluan orang ramai.”


“Kedinginan yang dirasai kini mula tunjuk petanda nak berakhirnya musim luruh. Sejuknya menusuk ke tulang sum2. Aku baru habis siap bersihkan kawasan dan berjalan ke arah trak, tiba2 hujan turun selebat2nya lahai. Aku bergegas masuk trak dan bergerak ke stesen renjer. Cadangnya nak lepak situ je sampai habis syif. Mandangkan malam tu stesen renjer tenang dan sunyi je, aku suka la. Aku ni dah biasa keje syif malam, yelah akukan penyelia syif malam. Setakat duk sorang2 takde bende bagi aku, dah memang jenis penyendiri pun sambil suka lepak baca buku je. Tapi malam tu lain cerita.”


Harland menarik nafas panjang sebelum meneruskan penceritaan beliau.


“Memandangkan Halloween dah abis dan hujan pun masih tak berenti turun, dah tak ramai pengunjung datang ke taman, tak seperti sebelumnya. Macam aku cakap tadi, aku suka lepak sensorang kat stesen renjer yang selesa ni. Tak kesahlah kat luar tu hari hujan ke tak, bila dah siap keje aku musti amek peluang lepak baca buku. Masa tu aku ada beli jajan untuk kudapan masa membaca. Eh sekali tibe2 teringin nak makan benda berat. Aku pesan piza dari sebuah kedai yang pernah bukak dulu berdekatan dengan taman hutan simpan ni dan ada servis boleh hantar pesanan ke sini. Lepas siap pesan dan letak talipon, hujan mula menggila turun kat luar dan derapan bunyik hujan yang menimpa atap stesen kedengaran bergema kuat macam biasa.”


“Dari kejauhan nampak dah lampu kete budak piza penghantar pesanan datang. Rumput penuh becak dan pokok2 bergoyang ditiup angin. Hujan mula bertukar renyai. Aku tunggu budak piza tu dekat depan stesen bawah atap. Derek, budak piza berusia dalam lingkungan 20an, keluar kete sambil bawak piza yang aku pesan. Derek memang dah kerap hantar pesanan kat sini dan dia buat keje bagus. Kitorang berborak sambil aku sedekah tip kat dia lebih. Lepas bagi piza kat aku dia minta diri dan masa nak berpaling pegi tetiba dia terhenti dan merenung ke arah sesuatu di belakangku.”


“Dia terkaku jap pastu dia cakap, apa yang dia nak bagitau aku ni sesuatu yang gila nak percaya. Katanya ada nampak orang pompuan sedang perati kami dalam hutan dekat stesen renjer.”


“Aku terkejut beruk dan terus keras berdiri kat situ. Tak mungkinlah wei… Ini tak boleh jadi. Aku pusing tengok ke arah yang Derek tunjuk.”


“Tempat yang Derek tunjuk tu memang hutan tebal penuh dengan pokok pine yang tinggi2. Tapi sekarang ni dah takde kene tebang dah semua. Dulu kemain gelap situ. Tapi aku boleh agak takde apa pun kat situ. Tunggu punya tunggu, takde ape pun berlaku. Takde pun bende keluar dari hutan tu. Bila aku nak pusing balik ke arah Derek, masa tulah aku terdengar seseorang bisik kat sebelah aku dengan jelas, ‘Pergi dari sini’.”


“Aku toleh pada Derek. Tengok muka dia pun dah tau dia pun dengar. Walaupun menyeramkan, aku tak pasti apa maksudnya. Bunyi tak macam amarah, tapi lebih kepada amaran. Rasa takut yang tak pernah aku rasa mula menyelubungi diri. Lama kami pegun di situ. Nun jauh di tengah hutan, tampak beberapa kelibat melintas dalam kegelapan.”


““Hingga sekarang, aku tak tau nape aku rasa dicengkam ketakutan teramat sangat tiap kali terbayangkannya. Sebab, entah kenape, aku dapat rasa kelibat2 itu manusia. Iye. Itu memang manusia. Bukan sorang, tapi ramai. Seperti tau2 je apa yang aku fikir, satu lagi bisikan bersuara, ‘Sekarang’. Barulah aku dapat semangat gerakkan badan yang seolah terkunci tadi dan ajak Derek belah cepat dari situ. Derek tak cakap banyak ikut je aku dan kami terus masuk kete beliau dan merempit keluar dari kawasan tu. Lepas 20 batu jauh dari stesen renjer, kami berhenti. Rasa takut dah pudar tapi rasa kebulur pulak datang. Kitorang kongsi makan piza sambil bincang apebenda nak goreng bos2 aku nanti. Akhirnya aku cadang nak cakap yang aku sakit teruk dan dapat mc.”


Harland tergelak jap, kemudian dia menyambung lagi, “Tapi sume tu dah tak penting sebab lepas kami cabut dari situ, tak sampai berapa minit stesen renjer tu dipecah masuk oleh sekumpulan orang. Kamera keselamatan menunjukkan 6 orang lelaki berpakaian serba hitam dari kepala ke kaki ceroboh masuk dengan robohkan pintu depan. Dalam beberapa minit, depa keluar tanpa ambil apa2 barang dan menghilangkan diri di sebalik rimbunan pokok hutan. Polis dok carik habis semua kawasan tapi tak jumpa apa.”


“Pihak polis hanya dapat simpulkan yang ia adalah perbuatan sekumpulan penjenayah profesional yang memang merancang nak rampok stesen renjer ni. Tapi sebab depa tak jumpa apa benda berharga pun kat sini, depa blah.”


“Sejak tu, tiap kali ulangtahun kejadian tu berlaku, aku akan bubuh sekuntum bunga kat tempat yang Derek nampak ‘pompuan’ tu. Dah takde dah dengar suara tu atau nampak apa2 lepas tu tapi kengkadang aku dapat rasa macam diperatikan seseorang. Hai..tulah dia misteriusnya hutan..kau tak dapat nak jangka apa yang kau akan jumpa. Tapi kalau kau betul2 beri perhatian…adalah benda yang dapat kau pelajari. Macam aku…aku dapati malam November tahun itu…bulan mengambang penuh di langit.”
 
Kisah 1



Aku bekas renjer. Pernah satu ketika, aku dan rakan2 renjer yang lain berdepan dengan situasi iaitu terdapat sekumpulan anak muda yang berpesta membuat bising dan mabuk2 di kawasan perkemahan. Aksi mereka mengundang kemarahan dan rasa tak selesa pada pekemah yang lain. Kali kedua kami datang untuk meleraikan parti mereka, kami beri amaran terakhir terus.



Sebelum beredar, kami tazkirahkan mereka dengan mengingatkan yang perbuatan mereka bukan saja salah, tidak bermoral dan mengganggu orang lain, malah mengundang bahaya. Semua orang tau singa gunung mudah tertarik dengan bunyi yang kuat. Begitu juga dengan ‘kucing hutan hantu’ – haiwan ni menghendap mangsa secara senyap sebelum menyerang.



Kami pesan jangan sesekali keluar dari kemah malam ni, kalau dengar apa2 pun jangan berketik langsung.



Kami pulang ke balai renjer, amek bulu singa dan gogel untuk melihat waktu malam. Bila dah pastikan budak2 tu semua dah masuk kemah, kami senyap2 menyusup masuk ke kawasan perkemahan dan acah2 buat jejak singa di merata2 tempat yang strategik.



Bulu singa tu ditegakkan atas beberapa batang kayu. Rakan renjer yang lain dari jauh dah bersedia dengan sistem PA dan buka speaker mainkan bunyi ngauman singa, saja buatkan ia jadi makin dekat dengan kemah diorang.



Aku pulak buat2 macam baru sampai naik jeep dan keluar bawak lampu suluh besar. Suluhan lampu tu aku hala kat bulu singa tu dengan hanya sekilas, jadi nampaklah seolah2 macam bayang2 singa tengah bergerak.



Saat nilah budak2 malaun tu mula goyah dan huru-hara dalam kemah.



Rakanku, Jim, berteriak. “Dudukje diam2 dalam kemah! Singa tu dah datang dekat!”

“Aduhai, ada sekor lagi datang!” Jim menambah.

“Jom kita cabutt!!”



Kami tutup lampu suluh, amek balik bulu singa tu, melompat masuk dalam jeep dan memecut keluar dari kawasan tu.



Lepas matahari naik, melalui teropong kami nampak diorang terintai2 jengukkan kepala dari pintu kemah. Tapi takde sekor pun berani keluar sampailah dekat jam 8.30am. Bila mereka nampakje jejak tapak kaki singa dan bekas cakaran di mana2, mereka jadi riuh-rendah.
 
Kisah 2



Aku pernah tanya kat sorang renjer hutan apakah kisah paling pelik dia pernah alami sepanjang dalam kerjayanya tu.

Dengan ringkas dia cerita:

Dia hanya akan masuk kerja kat taman hutan kat tempat dia kerja tu pada setiap musim panas.

Pada satu hari sebaik saja masuk musim panas - sebelum waktu taman mula beroperasi, dia memandu seorang diri perlahan2 masuk ke dalam hutan.

Dalam menikmati keindahan alam tu tiba2 terdengar satu suara lelaki yang jelas, kuat dan garau menyapanya: “Selamat Kembali!”
 
Last edited:
Pastu letak 'Kredit to: mrs salvatore' atas usaha dia luangkan masa mentranslate citer yg dicedok dari reddit ke BM.
Maaf baru dapat respon. Terima kasih banyak Tuan atas usul yang amat menarik tu. Yang menjadi kegusaran saya ialah pelanggaran etika dan tatasusila forum kerana secara tak langsung ia seolah mempromosikan forum lain di sini.

Memang saya tabiklah dengan hasil kerja mrs. salvatore serta bakat2 lain di forum tersebut yang cukup lejen dalam menghasilkan karya terjemahan.

Semua kisah pengalaman pegawai penyelamat hutan dan pekerja laut dalam/penyelam di reddit memang cukup unik, menarik dan lejen bagi saya. Sayangnya di kemuncak populariti cerita2 tersebut, ia kemudiannya terhenti tiba2 dan terus senyap atas sebab2 yg kita faham2 sendiri jelah.

Disebabkan minat dengan kisah2 tersebut dan terinspirasi pulak dengan hasil2 kerja mereka, ditambah lagi sekadar nak memeriahkan forum ni, tu yang buat tercetus idea baik buat sendiri jelah walaupun penuh kekurangan/limitasi ilmu dan kemampuan.

Apapun Tuan, terima kasih sekali lagi atas cadangan tu ye.
 
Last edited:
Penampakan2 Aneh


Demi keselamatan dan kerahsiaan, aku tak boleh dedahkan sistem perhutanan mana yang aku kendalikan, tapi yang penting untuk cerita ni, kedudukanku di Taman Alam Semulajadi Michigan ni lebih kurang macam renjer taman jugak. Bidang tugasku termasuklah menjaga pondok kaunter daftar masuk dan mengunci semua bangunan pada waktu malam.


Adakalanya, ada jugak aku diminta buat kerja di luar tugas macam buat rondaan untuk memeriksa kawasan taman dan trek laluan. Kadang2 dengan berjalan kaki aje dan ada masa gunakan jip taman. Ini adalah kerana selain daripada usiaku yang lebih muda dari staf lain, aku juga dah ada beberapa tahun pengalaman bekerja di situ. Boleh dikatakan aku ni jenis lelaki ‘outdoor’ yang sangat tegar dan banyak ilmu serta pengalaman dalam hal2 aktiviti luar, ia menambah manfaat dan sangat membantu dalam bidang tugas ni.


Aku merupakan seorang penganut agama pagan Norse mengikut kepercayaan dan amalan kaum keluargaku turun-temurun. Jadi bidang paranormal pun aku berkebolehan jugak, setakat pakai tangkal pelindung tu memang wajib bagiku. Sejujurnya, lepas mengalami pelbagai kejadian aneh yang bakal aku ceritakan ni membuatkan lagilah banyak tangkal pelindung aku pakai.


Ada beberapa keanehan yang berlaku dan tak masuk dek akal sepanjang aku kerja kat sini. Aku dah cuba siasat perkara2 pelik ni tapi jadi makin serabut pulak dan tak tau mana, kat siapa nak mengadu. Seorang rakan mencadangkan agar aku ceritakan apa yang ku alami tu di sini, kot2 mana tau ada yang boleh beri jawapan, cadangan maupun nasihat bagi merungkaikan segala kekusutan ni.


2 persoalan yang aku nak minta pandangan korang semua ialah…

Perkara Pertama:

Biasanya aku kerja syif malam dan malam ni khasnya, hujan turun dengan selebat2nya, angin ribut bertiup kencang beserta ribut petir yang tak henti2 sabung-menyabung mengakibatkan situasi jadi berisiko dan membahayakan. Pondok kaunter pintu masuk taman tempat aku bertugas tu berada jauh berbatu2 dari balai renjer dan pejabat pengurusan. Melihatkan keadaan dah jadi genting macam ni, bos aku panggil melalui radio ‘walkie-talkie’ suruh aku balik ke balai.


Orang yang tak pernah atau jarang duduk dalam hutan memang takkan boleh bayang betapa gelap-gelitanya suasana hutan pada waktu tengah malam buta ditambah dengan cuaca sebegini. Mujur ada lampu pancar pondok kaunter yang mampu menerangi kawasan jarak penglihatan sejauh 30 kaki. Lampu suluh yang besar tu pun memang wajib ada.


Aku segera berkemas, capai barang2 dan keluar. Ketika nak kunci pintu, masa tulah sumpah aku ternampak sesuatu melintas dari belakang pondok, ia berlari sepertimana gaya manusia lari, tapi pelik dan kekok sangat cara berlarinya tu. Nak kata kuda bukan, ada tanduk, tapi rusa pun bukan..lebih kepada sejenis hibrid kuda kacuk rusa.


Tapi memang dah takde orang lain kat tempat tu dan aku yakin tu bukan rusa maupun kuda, apetah lagi manusia. Mungkin gambaran yang aku beri ni susah nak dibayangkan dan tak meyakinkan tapi ia cukup2 aneh tapi benar. Aku bergegas pergi ke kereta tapi bila nak hidupkan enjin, ia taknak hidup pulak dah…ni pun pelik pasal kereta aku jarang buat hal dan bila nak cuba sekali lagi hidupkan enjin, dari ekor mata aku ternampak benda alah tu kali ni datang balik dan menghampiri kereta pulaak...makin dekat dan makin dekat.


Akhirnya enjin berjaya dihidupkan dan aku pecut kereta. Pemanduan lancar tanpa ada apa-apa halangan, tapi aku masih terbayang-bayang akan benda tadi. Bila dah hampir sampai balai aku hubungi bos melalui alat ‘walkie-talkie’ untuk bertanyakan sekiranya perlu tak aku pergi jemput sapa2 dalam perjalanan balik ke balai. Namun ia tak berfungsi. Ini tak pernah berlaku. Dan tak patut berlaku. Alat tu direka khas untuk kami supaya boleh berfungsi dalam apa jua keadaan. Lokasi yang aku berada sekarang ni pun paling dekat dengan segala jenis mak nenek signal yang ada di tempat tu. Aku pasrah dan fikir positif jelah mungkin masalah ni timbul sebab keadaan cuaca masa tu.


Akhirnya aku sampai jugak di balai. Baru nak parkir kereta tiba-tiba ada sesuatu kelibat melintasi depan kereta. Tak berapa jelas sangat apakah bendanya tu sebab hujan lebatkan, tapi sahih bentuknya bukan manusia. Aku terkaku sekejap, lepas tu tengok2 keliling luar kereta kalau2 benda tadi masih ada. Agak2 dah takde apa, aku tarik nafas dalam2, parkir kereta dan huru-hara keluar berlari ke dalam balai.


Bos tanya kenapa muka aku pucat dan nampak terkejut. Teragak2 nak bagitau ke tidak apa yang aku alami tadi, jadi agak tergagap2 jugaklah jawab takde ape2. Bos hulurkan secawan kopi, merenungku dan cakap kalau ada apa2 yang aku nak bagitau dia, luahkan aje. Aku hanya mengangguk sedikit. Beliau menyambung semula kerjanya. Sepanjang malam tu aku hanya berdiam diri kebingungan.


Aku benar2 ingin tekankan di sini - takde satupun binatang dalam hutan tu yang serupa dengan kelibat makhluk2 yang aku nampak pada malam tu. Sungguh, aku tak boleh lupa sampai sekarang.


Perkara Kedua:

Hal ni berlaku baru-baru ni dan ia menjadi asbab akhirnya aku buat keputusan untuk dapatkan pandangan dan penjelasan dari orang2 dalam ni.


Satu malam, aku sedang meronda di sepanjang trek laluan dalam taman hutan tu bagi tujuan pemantauan dan keselamatan. Ketika tu taman dah menghampiri waktu tamat operasi. (Kami tutup jam 11 malam dan biasanya mula bertugas membuat kerja rondaan dan pembersihan taman seawal jam 9 malam)


Ini wajib dilakukan bagi memastikan tiada pelawat yang masih merayau-rayau atau mengalami kecederaan lalu terkandas semalaman dalam taman memandangkan takde staf yang bertugas meronda selepas waktu tamat operasi. Pendek kata, staf yang bertugas pada waktu malam adalah tidak ramai.


Aku seorang pendaki yang cekap dan pantas, pastu dah masak sangat dengan trek2 laluan dan ceruk dalam taman ni. Dah dekat 2 batu meronda, aura hutan mula menjadi pelik. Aku terdengar bunyi bising di kejauhan dan mula2 aku ingatkan mungkin itu bunyi coyote atau burung hantu jadi aku teruskan saja perjalanan (coyote takkan berani muncul di trek laluan, tak kacau orang melainkan orang tu bawak anjing. Anjing memang tak dibenarkan bawak masuk. Dan si coyote ni tau dah waktu bila kami buat tugas rondaan, jadinya aku tak risau sangat).


Bagaimanapun, bunyi-bunyian pelik tersebut makin menjadi-jadi. Makin dekat. Aku dah kenal sangat dengan bunyi mergastua dan hidupan liar dalam hutan ni. Tak pernah seumur hidupku dengar bunyi sepelik ni. Langsung tak menyerupai mana2 haiwan yang aku tahu, jauh sekali bunyi manusia.


Sebelum ni walaupun ada coyote melepak berhampiran aku buat dek aje. Tapi kali ni tak boleh jadi ni, aku dah rasa lain macam… Oleh kerana kami dibenarkan untuk menilai sendiri dan membuat keputusan berdasarkan situasi, aku segera keluar dari kawasan tu dan menamatkan tugas pada malam tu. Inilah pertama kali aku batalkan tugas rondaan dan pembersihan.

******************
 
Kes-kes Misteri Orang Hilang Dalam Hutan


Kes orang hilang dalam hutan dah jadi lumrah dalam hutan tempat aku bertugas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah topik yang boleh dibawak bercerita dan berbincang secara terbuka. Kalau setakat hilang sebab ada si bodoh yang saja pergi merayau2 ke tempat yang tak dibenarkan, tu kami boleh kawtim dan jelaskan dalam laporan. Tapi yang buat stres dan bingung tu ialah kes yang hilang tanpa dapat dikesan, ghaib begitu saja tanpa ada sebarang petunjuk maupun penjelasan.


Dah 20 tahun aku jadi renjer hutan, banyak perkara yang aku dah lihat tapi aku harap tak pernah kulihat langsung. Perkara2 yang buat aku selalu tertanya2 tentang isi duniawi. Tentang alam yang punya undang2nya sendiri tak seperti manusia. Tak ada logik akal yang mampu menghuraikannya maupun sebab-musabab untuk satu2 perkara.



Kes 1


Kat dalam hutan tempat aku bertugas, ada satu lokasi ni yang cukup beri masalah. Ia satu kawasan lapang yang jauh terceruk di bahagian utara hutan sehinggakan tiada dicartakan di dalam peta. Memang tak ramai orang tau tempat ni. Elok sangatlah macam tu. Lebih baik tak payah tau dan tak payah sibuk nak pergi situ. Di sinilah semua kes orang hilang tu berlaku, ghaib tanpa sebarang kesan, tanpa sebarang pesan.


Aku dah perasan ada yang tak kena dengan tempat ni masa berlaku satu kes 10 tahun lepas. Seorang budak perempuan didapati hilang semasa ibu bapanya sedang sibuk mendirikan kemah serta menyiapkan tapak perkemahan. Biasanya yang merayap macam ni kami jumpa balik dalam masa beberapa jam saja. Tapi yang ni lain, 3 hari kami cari dia.


Semua pihak berkaitan – anggota SAR hutan, helikopter polis dan sebagainya turun mencari. Tapi bayangnya pun langsung tak nampak. Akhirnya pada hari ke-4, kami pergi sekali ke tempat yang keras tu seperti hari2 sebelumnya dan jumpa dia di situ. Budak tu cuma ada calar sikit pada badannya akibat geselan pada ranting pokok. Baju dah koyak-rabak.


Dia dalam keadaan sedar, tapi langsung tak beri tindak balas apabila dipanggil dan enggan berganjak dari tempat tu. Bila kami angkat dia pergi dari situ, matanya tak lepas memandang ke arah tempat tu dan nampak sayu seolah2 ada sesuatu di situ yang dia tak mau tinggalkan.


Dia dibawa ke hospital dan didapati tiada kecederaan maupun trauma. Beberapa bulan lepas tu dengarnya keluarga tu dah berpindah ke negeri lain. Tulah kali terakhir aku dengar cerita pasal budak tu. Dan masa tu jugaklah baru aku sedar tempat tu memang betul2 berpuaka.



Kes 2


Kes yang tak terduga ni buat aku merenung dan berfikir bahawa dalam hidup ni banyak benda betul2 tak tercapai dek akal, di luar jangkaan maupun perancangan manusia.


5 tahun selepas kes budak tu, ada satu lagi kes orang hilang berlaku - seorang lelaki yang cukup berpengelaman serta sangat mahir masuk hutan. Dia memang kerap datang situ dah bertahun2 lamanya, memang masak benar dengan selok-belok hutan tu bagaikan dah macam rumah sendiri. Dia akan ikut laluan yang sama setiap kali serta tak pernah lupa untuk daftar diri, merujuk dan berbincang dengan kami sebelum memulakan rancangan perkemahannya. Orangnya baik serta berhemah, tak suka memandai2 ambil risiko menyusahkan orang lain.


Lokasi terakhir keberadaan beliau adalah tak jauh dari tempat budak tu dijumpai.


Kami dan seluruh pasukan yang terlibat bersungguh2 mencarinya di seluruh pelosok, setiap inci hutan selama beberapa hari. Masuk hari ke-5, kami tiba2 terjumpa beg galas beliau yang tersandar pada sebatang pokok. Namun tiada langsung sebarang jejak atau tanda2 beliau berada di situ maupun kawasan sekitarnya. Makanan di dalam begnya tak terusik juga masih berada dalam keadaan baik.


Selepas beberapa minggu, lepas dah ketandusan petunjuk dan kesan2 kehadiran dia pun langsung dah takde, usaha mencari akhirnya terpaksa dihentikan. Beliau terus hilang hingga ke hari ini.



Kes 3


Kes ni baru berlaku tahun lepas. Sekumpulan 4 orang pelajar kolej datang dan daftar masuk untuk berkemah. Mereka ni semua mahir dengan aktiviti luar. Setakat berkemah, masuk hutan dan memanjat tu dah jadi makanan bagi diorang.


Tapak kemah mereka hanya 6 batu dari stesen renjer dan keadaan baik2 sahaja dalam tempoh awal mereka berada di situ. Namun 3 hari kemudian, salah seorang dari mereka tiba2 muncul di stesen renjer dalam keadaan haru-biru dan panik. Pakaiannya koyak-rabak, kotor dengan tanah dan tubuhnya luka2. Wajah penuh ketakutan dengan seluruh badan menggeletar. Dia tak henti2 meracau2 sebut benda yang sama: “Benda tu dah ambik diorang, benda tu dah ambik diorang.”


Beberapa ketika lepas dah berjaya tenangkan dia, barulah kami tanya apa sebenarnya yang dah berlaku dan dia pun ceritakan kejadian yang menimpa mereka:


Mereka berjalan jauh ke dalam hutan menuju ke arah utara, hampir dengan tempat yang keras tu. Mereka tau mereka dah tersasar jauh dari laluan asal. Tapi masih konpiden dan tau lokasi mereka kat mana. Makin jauh mereka berjalan, makin rasa tak sedap hati, terasa seolah2 pergerakan mereka diperhatikan oleh seseorang. Kemudian mereka terdengar sayup2 ada suara berbual berbisik2 dalam hutan tu.


Setau mereka mana ada orang lain kat situ. Mergastua dan hidupan liar lain pun bukan saja dah tak berbunyi, malah tak nampak batang hidung. Mereka cuba persetankan saja rasa tak sedap hati tu, tapi naluri makin kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Mereka berhenti di satu tempat dan pacak kemah di situ.


Pada waktu tengah malam, mereka semua terjaga dan mendapati salah seorang rakan mereka dah takde dalam kemah. Beg tidur, beg galas dan kasut masih ada, tapi tuannya dah hilang. Berjam2 mereka cuba cari dia. Panggil nama, cari kesan serta tanda ke mana dia pergi..tapi tak jumpa apa. Sebijik macam kes2 sebelum ni. Mereka bertiga segera ambil apa barang yang perlu dan patah balik ke stesen renjer nak buat laporan.


Sambil berjalan, orang yang di tengah2 toleh2 ke belakang. Bila toleh sekali lagi, tengok2 rakan yang mengikuti dari belakang tiba2 dah lesap. Dia terkejut sangat2 sebab baru je tak sampai berapa saat dia toleh tadi, kawan tu masih ada. Tup2 hilang begitu saja takde sebarang bunyik.


Mereka berdua yang tinggal ni baru sedar ini bukan sesuatu yang normal, Segera mereka bergerak lebih pantas. Yang berada di hadapan kerap bertanya dan di belakang akan menyahut dia ok. Tiba2 bila ditanya dan orang belakang senyap tak jawab, yang kat depan tu pun tolehlah ke belakang… Takde orang. Dia terus cabut lari lintang-pukang meredah hutan berbatu2 tanpa henti dan tak pandang belakang sampailah ke stesen renjer.


Misi mencari pun dilancarkan. Keadaan kemah masih tak terusik. Tiada sebarang tanda pergelutan maupun keberadaan mereka kat situ. Bagaimanapun, budak2 tu terus hilang, ghaib begitu saja tanpa dapat dikesan.



Bukan tak pernah ada kes orang hilang yang dijumpai semula. Ada. Dan majoritinya ditemukan dalam keadaan yang dah tak siuman dan kekal macam tu lepas tu. Puas aku fikir apa benda sebenarnya yang culik diorang ni. Haiwan liar, kemalangan ngeri, pembunuh bersiri, orang mutan gila yang duduk nun jauh dalam hutan… Tapi takde satu pun benda dalam senarai ni yang menepati modus operandi kes2 ni. Walaupun dah periksa rekod2 lampau, aku tetap temui jalan buntu.


Adalah jugak cerita2 rakyat dan kisah2 lagenda orang asli tempatan yang pernah menetap kat situ dulu. Kisah yang diturunkan dari mulut ke mulut tu berkisar tentang roh2, tentang kewujudan dunia alam ghaib yang kalau dah tersesat masuk atau diculik masuk takkan boleh balik dah. Dan kalau ada yang balik pun, orang tu dah jadi tak betul... Tapi bagi aku tu semua sekadar cerita dongeng je, ye tak?


Jadi aku akan terus berkhidmat sampai ke akhirnya dengan harapan satu hari nanti aku akan temui jawapan yang pasti dan orang2 yang hilang tu ditemui dan dapat balik semula ke pangkuan yang tersayang.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register