Kisah Seram Lagi Benar Di Universiti, Asrama & Sekolah

CG Sponsors




dafisa

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2010
Messages
170
Reaction score
1
Points
10
Ok guys..aku bukak thread ni untuk kita sama-sama kongsi cerita-cerita aneh, seram, misteri, ganjil..pelik pun boleh yang berlaku di universiti atau sekolah atau asrama. Tak kisahlah benda ni terjadi samada kat diri kita sendiri, kawan2 atau sedara mara yang penting kita layan kat thread ni. JOM:D

:)cgrock
 
Sponsored Post

Jangguit

Fun Poster
Joined
Aug 24, 2010
Messages
427
Reaction score
1
Points
15
la kisah seram versi lain la plak akak oiii...
awat x smbung je dlm versi lama ja..
 

dafisa

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2010
Messages
170
Reaction score
1
Points
10
Tempat: Universiti Aku kat PJ (1995)
Mangsa: Kawan aku, Aida
Hantu:pontianak/langsuir

Cerita ni aku nak letakkan kat thread Lipas Penin sebenarnya tp takpe kita cerita kat sini dulu ok.

Waktu ni aku tengah buat matrikulasi kat Petaling Jaya, Selangor. Aku rasa korang taulah kat mana..dalam pusat matriks tu ada satu masjid.Masjid ni pulak bersebelahan jer dengan asrama sister (pompuanlah).

Bukan setakat benda2 seram, pelik @ aneh, flasher pun banyak kat situ. Tau flasher tu apa kan? Alah lelaki gila seks yg suka tunjuk anu dia tu! Sepatutnya asrama sister ni taklah seram sgt sbb terletak kat bandar jer tp kalau dah namanya asrama, aku rasa mmg takleh lari dari benda2 mistik ni.Cerita2 seram ni mmg banyak & boleh buat koleksi..takpe aku akan story satu persatu ok.

So, kalau yang nak tau mcm mana gambaran dalam matriks tu lebih kurang mcm ni. Matriks ni ada 3 pintu masuk, satu pintu masuk utama & dua lagi pintu masuk yg selalu sister guna, kira mcm shortcutlah. Yg 2 pintu masuk shortcut ni, satu masuk ikut tepi masjid & satu lagi ikut belakang asrama sisters. Kalau yg dah kantoi balik mlm2 lepas curfew tu slalunya kitaorg masuk ikut tepi masjid tu jer sbb gate dia tak pernah kunci..(bercakap dari pengalaman..ahaks).

Ok jap lagi aku sambung k..ada kerja jap.
 

dafisa

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2010
Messages
170
Reaction score
1
Points
10
la kisah seram versi lain la plak akak oiii...
awat x smbung je dlm versi lama ja..
Bro, ni aku buat untuk pengalaman-pengalaman kat universiti & yg sewaktu dengannya. Dont worry nanti aku share cerita-cerita seram lain kat thread Lipas Penin ok..:D
 

Jangguit

Fun Poster
Joined
Aug 24, 2010
Messages
427
Reaction score
1
Points
15
aku dah agak dah...kalau akak ni cte musti smbung2...potong stim tul...
aku ada gak cte time kat u dlu,jd ka diri sndri...tp x la tkt sgt...
 

dafisa

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2010
Messages
170
Reaction score
1
Points
10
So, hari tu rasanya hari sabtu malam ahad. Kawan aku Aida ni pun keluar dengan 2 lagi member dia, Niza & Suzi. Dalam agak2 lagi 5-10 minit sblm curfew abis (pkl 11 mlm)..dia pun baliklah. Mmg waktu mesti dimanfaatkan sepenuhnya especially kalu nak keluar dating..hehe.

So, minah bertiga ni pun ikutlah jalan yg tepi masjid tu sbb gate dia kan tak kunci.Jadinya mlm tu entah mcm mana, adalah pulak van yg bawak jenazah tu di park cantik jer kat tepi jalan yg diaorg lalu tu. Si Suzi ni tiba2 cakap "Hishh..seram pulak aku nengok van tu mlm2 cam gini" sambil menggosok2 lengan, mungkin agaknya bulu roma dia meremanglah tu. Aida ni pun reply "alahai engko ni takkan nengok van tu pun nak takut, aku setakat van mayat ni tak heranlah". Si Niza yg tadi diam tu mcm tak suka bila Aida ckp tu.Dia pun mcm buat mukalah kat si Aida supaya si Aida ni tak teruskan apa yg dia nak ckp.

Sebenarnya dari pintu masuk ikut tepi masjid tu nak ke asrama kitaorg bkn nyer jauh sgt. Dlm 5-10 minit dah boleh sampai. Tapi entah mcm mana bila lepas je dari masjid tu, Aida tiba2 rasa nak terkencing sangat2. Aku ulang SANGAT2. Waktu tu diaorg dah sampai kat depan pondok guard. Ada satu guard tengah jaga time tu. Guard tu mcm biasa tgh bercakap-cakap kat walkie talkie.

So, korang imagine k. Depan pondok guard tu ada satu hall (dewan), mmg besarlah hall tu. Dewan tu normally digunakan waktu ada exam jer. Dibelakang dewan ni ada toilet yg pun jarang2 digunakan. Mcm aku ckp tadi waktu exam jer baru ada manusia guna toilet tu. Mahkluk lain tu aku tak tau ler..

sambung jap..
 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Subscribe dulu thread ni
 

dafisa

Fun Poster
Joined
Oct 18, 2010
Messages
170
Reaction score
1
Points
10
aku dah agak dah...kalau akak ni cte musti smbung2...potong stim tul...
aku ada gak cte time kat u dlu,jd ka diri sndri...tp x la tkt sgt...
Bro, kalau ko ada cerita sharelah kat sini. Tak takut takpe mungkin org lain yg baca rasa takut mana tau..

Sorry bro, aku kena sambung2 sebab nak ambik feel..hehehe:))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register