Kisah Pil Biru: Viagra @ Sildanefil

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,465
Reaction score
11,438
Points
2,376
FB_IMG_1594543739101.jpg

Viagra atau nama generiknya Sildenafil disintesis oleh syarikat farmaseutikal terkenal Pfizer melalui fasiliti penyelidikan mereka di Sandwich, Kent, England.

Pada mulanya ia dikaji bagi digunakan untuk darah tinggi dan sakit jantung. Ujian klinikal Tahap I di bawah pemerhatian lan Osterloh mencadangkan ubat tersebut boleh menyebabkan ereksi zakar yang ketara.

Oleh itu, Pfizer memutuskan untuk memasarkan ubat ini bagi digunakan untuk erectile disfunction(kegagalan ereksi) atau mati pucuk.

Ubat Sildenafil berfungsi dengan mengembangkan saluran darah pada zakar apabila dalam keadaan ghairah. Justeru keadaan seperti ini meningkat dan memudahkan aliran darah ke zakar, seterusnya membolehkan individu lelaki tersebut menegangkan zakarnya dengan kekerasan yang sepatutnya.

Sildenafil beserta analognya yang lain seperti Tadalafil (Cialis), Vardenafil (Levitra) dan lain-lain sering kali disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan bahan tersebut dalam kopi, candy atau suplemen yang dipasarkan sebagai kopi/ubat kuat yang kononnya menggunakan bahan semula jadi seperti tongkat ali dan ginseng.

Penyalahgunaan ini dibimbangi akan menyebabkan mudarat seperti masalah jantung, sesak nafas, sawan, hilang pendengaran, bengkak kaki serta tangan dan paling ditakuti boleh membawa maut.

Nasihat kami untuk mereka yang "kurang keyakinan dengan kemampuan diri sendiri" janganlah guna "produk haram" tersebut. Jangan malu dan segan untuk bertemu doktor dan dapatkan pemeriksaan serta rawatan. Jika betul anda layak dan sesuai, pasti doktor akan prescribe ubat ini untuk anda. Cara halal dan selamat ada, kenapa nak juga guna cara haram?

Sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor & ahli farmasi bertauliah. Jangan segan untuk berbincang dengan mereka. Maklumat atau masalah penyakit anda adalah privasi anda yang akan dilindungi.

Kalau segan sebab kenal dengan rapat doktor atau ahli farmasi tersebut, boleh jumpa mereka yang anda tak kenal.

Selain untuk masalah mati pucuk Sildenafil juga digunakan untuk mereka yang menghidapi Pulmonary Hypertension. Jangan terkejut jika profesional kesihatan gunakan untuk tujuan tersebut. Pernah ada laporan akhbar mengatakan ubat kuat diberikan kepada bayi oleh profesional kesihatan sehingga menimbulkan salah faham.

PHM
 
Top
Log in Register