kisah pemain Arsenal the gunners yang hafal 19 juzuk Al-Quran

CG Sponsors




david.cronenberg

Active+ Member
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
20
Points
371


Luar biasa. Itulah kata yang tepat bagi pemain tengah Arsenal dan Perancis, Abu Diaby yang berumur 27 tahun. Tidak hanya mahir mengawal bola dan memberi umpan kepada rakan pasukan dalam bola sepak, Diaby juga dikenali sebagai penganut Islam yang taat menjalankan ibadahnya sebagai seorang muslim. Mengagumkannya lagi, Diaby juga tercatat sebagai seorang hafidz penghafal al-Quran.

Dalam akaun twitter, salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @ Mufti_Muhammad memberitahu bahawa pemain tengah yang tengah bersinar di kelab gergasi London Arsenal itu sudah menghafal 19 juzuk Al-Quran. Bagi Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab dia berasa selesa berada dalam komunitinya.

"In conversation with Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s memorised 19 ajza of Qur'an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal Abu Diaby di Ebrahim Collage semasa makan malam, seorang pemain bola sepak yang hafal 19 juz al-Quran) kata Mufti Muhammad kepada Diaby.

Diaby juga disebut-sebut sebagai salah seorang penderma di sebuah sekolah Islam terkenal di London. Di Ebahim Collage juga mendidik dan membimbing mualaf yang ingin mengenal lebih jauh ajaran Islam.

Sumbangan wang

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,” katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.

Web berkenaan juga mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan

Walaupun beliau sibuk dengan jadual yang penuh tetapi beliau tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang penganut Islam.

wallahu a'lam.

sumber
 
Last edited:
Sponsored Post

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
patut lantik jd imam kt masjid london dh ni...
 

Senju95

Active+ Member
Joined
Jan 11, 2009
Messages
2,714
Reaction score
16
Points
25
damba ba pun terbaik jugak player chelsea..
 

saxsor

Super Active Member
Joined
May 25, 2009
Messages
8,464
Reaction score
34
Points
70
agoi..malu plak dekat abu diaby ni...19 juzuk tuuuu...
 

rashaz

Permanently Banned -, Fraud & Scam reported
Joined
Mar 27, 2013
Messages
2,179
Reaction score
2
Points
25
Malu sungguh rasanya jika dibandingkan dengan diri sendiri
 

jade83

Active Member
Joined
Jan 7, 2012
Messages
1,676
Reaction score
176
Points
33
MasyaAllah.. ni baru leh jd favorite player :)cgrock
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
bangga ada umat islam jadi macam ni

org msia player bila lagi ??????????
 
Sponsored Post
Top
Log in Register