Kisah Orang keje dalam bidang IT

Recommended Brokers


sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,191
Reaction score
113
Points
73
mcm geng2 it kat company lama aku plak mcm heaven je keje,lebih kpd jg system je kot.kbanyakan masa kadang tu lepak je,slalu download anime & muvie terbaru,kadang tu main PES siap bwk controller lg.bile ada pc staff hang ke & system mcm x betol ke baru pangil dia.diorg nak OT pun time kalu nak format smua PC yg ada,tu pun diorg mcm hapy2 je..
 
Sponsored Post

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,150
Reaction score
381
Points
81
PEKERJA IT BUKAN KAMBING HITAM MAJIKAN
1. Beberapa hari lepas telah berlaku suatu malapetaka yang menjadi igauan dan mimpi ngeri setiap orang yang bekerja dalam bidang IT terutama di bahagian operasi. Sistem lapangan terbang KLIA telah mengalami gangguan kritikal sehingga menyebabkan banyak penerbangan terjejas dan tergendala. Semua prosedur terpaksa kembali kepada kaedah manual. Puncanya, kegagalan sistem rangkaian.

2. Aku yang turut bekerja dalam bidang operasi IT boleh merasai perasaan mereka yang terpaksa menghadapi dan membaik pulih insiden tersebut. Gementar, marah, takut, penat, semua ada. Tambah pula terpaksa kerja lebih masa dalam tempoh yang panjang sehingga masalah tersebut selesai yang tidak tahu bila.

3. Cuma insiden ini jauh lebih parah dari apa yang aku pernah alami sebelum ini sebab ia melibatkan sektor yang sangat kritikal iaitu penerbangan dan pengangkutan, yang mana kegagalan 1 minit sahaja pun sudah boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit, malah mungkin boleh membahayakan nyawa penumpang.

4. Macam biasa ada orang akan kaitkan isu ini dengan politik dan juga 1001 teori konspirasi. Orang yang tak faham juga mungkin akan marah dan kutuk orang IT macam mana kegagalan tersebut boleh berlaku. Hakikatnya, orang IT di mana-mana syarikat atau jabatan kerajaan sekali pun hanyalah pekerja dan pelaksana sahaja. Mereka bukan boleh buat semua benda, malah tiada kuasa pun untuk menentukan hala tuju syarikat/jabatan.

5. Aku tidak tahu secara terperinci kegagalan sistem rangkaian KLIA, tapi aku difahamkan dari apa yang aku baca di portal berita dan juga media sosial, ia disebabkan kegagalan Core Switch model Cisco yang dikhabarkan telah lama digunapakai lebih dari 17 tahun yang lepas. Secanggih mana suatu server, database, data center, aplikasi, komputer, telefon pintar dan sebagainya, sekali network kaput, semua benda tak guna dah.

6. Memandangkan tak semua orang faham bidang IT ni terutama yang berkaitan operasi, aku terangkan dengan analogi yang mudah difahami. Rangkaian ni laluan trafik bagi data ibarat jalan raya, ada yang sempit macam lorong sehala, ada yang luas macam lebuh raya 4 laluan. Kat jalan ni ada lah papan tanda, lampu isyarat, jambatan, pondok tol dan sebagainya.

7. Sistem rangkaian KLIA tu ibarat macam Pulau Pinang dan Seberang Perai. Kalau nak pergi Pulau Pinang melalui jalan darat kena lalu jambatan. Flyover sambungan jambatan dengan jalan raya ibarat Core Switch. Bayangkan kalau flyover yang menyambungkan jambatan tu dengan jalan raya biasa runtuh, rasa-rasa aliran trafik boleh berfungsi lagi? Sistem pengangkutan antara Pulau Pinang dan Seberang Perai mesti terjejas teruk. Memang sekarang sudah ada 2 jambatan, tapi sementara nak tunggu flyover siap dibaiki, aliran trafik mesti akan jadi sangat luar biasa teruk terutama di jambatan yang masih elok.

8. Sistem jalan raya ini sangat kritikal dan sensitif. Kegagalan di suatu tempat boleh menyebabkan aliran trafik tergendala. Kalau dari 5 pondok tol tiba-tiba hanya 1 sahaja yang boleh guna, atau berlaku kemalangan di lebuh raya 2 laluan sehingga menyebabkan hanya 1 laluan sahaja boleh guna, atau jalan penuh dengan lubang, keseluruhan aliran trafik di kasawan itu mesti akan jadi perlahan dan sesak teruk.

9. Begitulah halnya dengan sistem rangkaian. Rosak satu peralatan pun boleh mengakibatkan kegagalan keseluruhan sistem rangkaian. Pakai lah kabel Cat 7 yang boleh support kelajuan sampai 10Gbps, atau kabel fiber optic yang boleh support 100Gbps, atau wireless AP 5Ghz yang boleh support kelajuan 433 Mbps, atau langgan talian ke Internet dengan kelajuan 1Gbps sekali pun, sekali Firewall atau Core Switch rosak, semua tak boleh pakai.

10. Semua benda berkaitan komputer ini barang elektronik. Bila dah namanya barang elektronik, benda tu mesti ada jangka hayat, dan jangka hayatnya pula biasanya taklah begitu lama. Sampai masa mesti kena tukar, kalau bukan sebab teknologi tu dah terlalu lama dan tak boleh nak support teknologi terkini, benda tu dah tak disokong dan diselenggara lagi oleh syarikat pembuatnya. Benda dah 10 tahun, pembuat produk tu sendiri pun dah tak mahu selenggara model lama dia, lebih baik dia jual model yang baru.

11. Bayangkan telefon pintar pun ada orang tukar setahun sekali, kereta pun kau pakai 5 tahun dah rasa nak tukar kereta lain, ini kan pula barang elektronik yang dah berusia lebih 15 tahun. Seperti contoh, kau masih pakai telefon bimbit Nokia 3310, dan sekarang tiba-tiba rosak. Kau hantar pergi kedai Nokia nak minta mereka baiki, dia suruh kau beli telefon baru je. Sudahlah warantinya setahun je yang dah dekat 20 tahun tamat, spare part untuk baiki pun dah tak dibuat lagi.

12. Itu kita cerita barang elektronik untuk pengguna biasa. Barang elektronik untuk syarikat, jabatan dan industri ini harga bukan sekadar ratus atau ribu sahaja, lebih sejuta pun ada. Kadang benda nampak kecik je macam saiz laptop, tapi harga lebih mahal dari kereta dan rumah kau. Dah lah kita ni negara pengguna, mana ada cipta perkakasan elektronik kita sendiri. Komputer, telefon pintar, server, firewall, hub, switch, semua beli dari negara luar seperti US, China, Korea, Jepun dan sebagainya. Kalau negara kita ada hasilkan peranti elektronik sendiri mungkin boleh dapat harga yang lebih murah, tapi sekarang kau bayar je lah berapa yang mereka kenakan.

13. Orang IT ini biasanya akan memang akan dilatih dengan pelbagai kemahiran teknikal untuk menguna dan mengendalikan peralatan elektronik komputer ini. Server, firewall, switch, semua mereka boleh operate, namun hakikatnya mereka hanya sekadar boleh operate sahaja lah, tapi peralatan tu semua bukan mereka punya sebaliknya dibeli dan dimiliki oleh majikan. Duit untuk beli barang-barang tu kena pakai duit majikan, bukan orang IT pun kena guna duit sendiri. Jadi kalau majikan ni jenis berjimat kedekut tahi hidung masin, bajet untuk IT semua kena potong, jadi tak guna ada pekerja dan vendor yang mahir sekalipun.

12. Mentaliti kita biasanya selagi tak rosak, selagi boleh pakai, selagi tu tak kisah. Bila sekali rosak, baru lah kelam kabut huru hara nak baiki betulkan itu ini. Kereta pun kita kena selalu servis, tukar minyak hitam, tukar oil filter, tukar tayar dan sebagainya supaya dapat mencegah kerosakan, sampai masa kena tukar bila dah terlalu banyak kerosakan. Bila benda berkaitan komputer, selagi Internet boleh jalan, selagi sistem boleh akses, selagi tu rasa boleh pakai sampai kiamat.

13. Tapi bila ada masalah, mulalah tolak situ sana salahkan sana sini. Yang jadi kambing hitam, biasalah, orang IT. Kena tanya kenapa rosak? Kena persoalkan kenapa tak tukar, kenapa takde backup, kenapa takde disaster recovery? Lepas tu kena marah lagi kenapa tak beritahu awal-awal? Padahal orang-orang atas tu lupa dulu masa orang IT hantar laporan dan proposal tebal-tebal untuk naiktaraf sistem dan infrastruktur ICT, mereka juga yang reject nak save cost lah, nak cut budget lah, nak lebihkan budget utamakan benda lain, cantikkan ruang pejabat lah, beli kereta jabatan baru dan sebagainya.

14. Dulu aku pernah tulis artikel "Sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer" yang dah banyak kali dicopy paste sebelum ni tanpa kredit, yang menceritakan asam garam kerja dalam bidang IT (aku letak link kat ruangan komen), yang mana sebenarnya bukanlah aku memang menyesal kerja dalam bidang IT ni, sebaliknya sekadar nak beritahu yang kalau korang terjun dalam bidang IT, korang mungkin akan mengalami benda yang sama atau mungkin lebih teruk, jadi bersedialah untuk menghadapi segala kemungkinan.

15. Aku pernah sekali hadapi dulu, ketika masuk kerja di sebuah kilang, kena maintain sebuah server database yang dah berusia 10 tahun namun penggunaannya sangat kritikal. Kalau down sekali, production kilang terpaksa dihentikan. Aku dah banyak kali cadangkan untuk upgrade server dan database sekali tapi ditolak. Alasannya, dah 10 tahun pakai tak pernah ada masalah pun. Tiap-tiap tahun bayar maintenance mahal tapi tak pernah rosak pun. Terus bajet maintenance untuk tahun depan kena potong. Jadi tiap-tiap hari aku ada anxiety teruk berharap janganlah ada apa-apa masalah.

16. Masuk tahun ke-11, server crash. Memang ada backup, tapi nak up kan balik server, nak restore balik database, nak recovery dan buat pengujian balik pada semua sistem yang berkaitan, ambil masa 2 3 hari. Sepanjang 2 3 hari tu produksi kilang terpaksa dihentikan, dan juga aku terpaksa berkampung di kilang, tinggalkan anak bini di rumah, tanpa dirancang. Dan macam biasa, walaupun bahagian IT yang terpaksa berhempas pulas membaikpulih semula masalah, kami jugalah yang akhirnya dipersalahkan.

17. Jadi kalau rasa tak sanggup hadapi risiko untuk dimaki, dipersalahkan, dikambing hitamkan, terpaksa kerja hari minggu dan bermalam di pejabat semua benda-benda tu, jangan kerja dalam bidang IT, lebih-lebih lagi operasi IT yang melibatkan infrastruktur IT seperti server, pangkalan data, pusat data, rangkaian dan keselamatan ICT dan sebagainya. Bekerja sendiri, atau cari kerja yang boleh masuk pukul 8 pagi balik tepat pukul 5 petang. Atau kalau nak juga kerja dalam bidang IT tapi tak mahu banyak risiko, kerja jadi programmer atau yang berkaitan dengan pembangunan sistem dan aplikasi.

18. Lagipun kerja IT ni bukannya glamor mana pun, apatah lagi nak diberi penghargaan. Kerja pun dengan mesin, depan komputer, server, pasang tarik kabel, hadap monitor tiap-tiap hari taip command yang merepek-merepek di skrin hitam. Jarang la dengar CEO syarikat atau Ketua Jabatan bagi anugerah kat pekerja IT atas pentas sebab dapat jaga server atau bangunkan sistem dengan jayanya dan sebagainya. Kalau yang naik pentas ambik piala pun, paling tidak orang lain ambil kredit.

19. Kerja orang IT terutama dalam bidang operasi IT ni macam bomba juga, luaran nampak macam relaks, kadang-kadang nampak macam takde kerja, tapi sekali bila ada masalah, merekalah yang paling kelam kabut sekali. Jadi kalau nampak orang operasi IT relaks, tu maksudnya takde masalah lah tu dan korang boleh buat kerja dengan lancar.

20. Akhir sekali, kami pekerja IT tak minta sesiapa hargai kami pun sebab kami dah biasa untuk tidak menerima penghargaan, cuma kami tak minta untuk dimarah, dihina dan dikambing hitamkan bila ada masalah, itu sahaja. Harap semua orang faham.

facebook.com/prince.nub/posts/1502889786518997
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,834
Reaction score
500
Points
161
IT penting,aku mintak tolong Excell pun dgn diorang...diorang pakar excell...kalau takat words jer,kita tak problem...ni Excell memang pening kepala kalau tak familiarize...tambah pulak lama tak usik...ipad pun ada excell,android pun ada excell...

soalan,dlm excell macamana nak letak title,atas sikit dari column 1,kemudian, bila kita print,nombor sequence tu keluar sekali dari nombor 1 sampai habis..tqvm in Advance...
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,834
Reaction score
500
Points
161
satu lagi soalan,macamana nak tukar auto duplicate jadi tex biasa,supaya kita tekan wording,dia tak keluar duplicate yg sebelumnya...tqvm in advance...
 

mrd

Active+ Member
Joined
Aug 14, 2011
Messages
3,013
Reaction score
126
Points
33
sebab itu malaysia susah nak jadi negara maju.
malah makin berundur ke belakang.
sebab semua nak mudah dan murah. kalau boleh percuma semuanya.
tapi demand nak yg paling terkini, paling maju, paling hebat.
hahaha.
 

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,499
Reaction score
138
Points
73
awal 2000 sy keja jg cyber sblm ni pena keja tally clerk shipping import beras..lps tu keja di pasar sayur..dpt kja kat cc tu haaa... blajar sendiri teknik2 repair pc,laptop,windows 98,me..blajar ubuntu lg..kwn2 lain ada ajar web design..edit2 foto guna photoshop...ahh susah nak masuk dlm kepala aku...hahah masa ni aku start join underground scene be genre grunge...nirvanaaaaaaa

so aku teruskn repair2 ni..sampi sy brenti kat cc tu dan sewa 1 tmpt dlm kedai jual henfon tu..masa tu top symbian phone (nokia 6600,7610,n-gage) sy donlot apps,games,themes..mp3,mp4..lps tu jual..sewa tmpt aku duduk ja & letak pc ja dan rm600..bukan sewa 1 kedai pun...bole bertahan dlm 3 thn..masa ni enjoy darah muda..mlm2 lepak..keja 12 jam..tu pun kja sendiri..ikut aku punya suka la

haa lps ni baru keluar dah smartphones..iphone3g top plak kali ni..so aku pi interview la kat 1 kedai komputer ni..masa ni blum fully reseller happle lg..masa ninla blajar networking plak..dr cabling sampai la setting cctv,dvr,firewall mcm2 lg la..lama gak aku kja kat ctu..8 thn..apply dlu kja teknisen..last2 dsuru jadi sales..tukang2 la..account ja aku xbrani buat kja tu..bnyk gak aku blajar ttg mac kat tmpt ni..dr repair smpai la system..naik pangkat ke bahagian warranty dept..boss aku nak reg aku sbg certified technician..tp aku pikir panjang..dah lah exam susah betul..kenal lagi rules2 yg strict..aku suh boss hold dlu..sbb bnyk kja nak handle..perangai kasteme lg yg anginn2

xlama bgitu pjndah kedai yg lg besar..haaa masa ni la aku goyang..keja 13 jam sehari,jauh dr. rumah pula tu..tkejar2 masa bawak moto menyelit situ sini ambil anak skola..ambil isteri balik kja..

3 bulan aku kat kedai baru tu aku resign..aku kumpul2 experience akh smua ni..dan skrg ni aku masi buat repair iPhone mac android pc kat ruma jer..kadang2 face to face.., ada jg kawan bg projek cabling & networking ..jd wakil jual jam tv solat..last2 dpt berkhidmat salah sebuah masjid..Alhamdulillah

rezeki lain2..
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,253
Reaction score
479
Points
86
IT penting,aku mintak tolong Excell pun dgn diorang...diorang pakar excell...kalau takat words jer,kita tak problem...ni Excell memang pening kepala kalau tak familiarize...tambah pulak lama tak usik...ipad pun ada excell,android pun ada excell...

soalan,dlm excell macamana nak letak title,atas sikit dari column 1,kemudian, bila kita print,nombor sequence tu keluar sekali dari nombor 1 sampai habis..tqvm in Advance...
tuan bole masuh chanel ni kat telegram..

ramai master2 excel dlm ni, bole tnya apa saja soalan berkaitan excel.. semoga bermanfaat

https://t.me/excelsupergroup

byk lagi chanel berguna kat telegram .. bole ke thread den

 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
774
Reaction score
46
Points
30
Aku dulu amik IT masa belajar diploma..tahun 1998 masa tu IT tgh ngetop...belajar C++ belajar foxpro..memang best..tapi sekarang aku pandai Visual Basic walaupun tak de diajar pun masa tu..belajar sendiri sendiri je..sekarang boleh la setakat nak buat sistem kecil - kecil..lepas tu tak sampai setahun muncul pula kos baru....IT dan multimedia...ramai la yg belajar buat grafic..masa tu first komputer imac berwarna tu keluar..best budak multimedia masa tu..Kemudian Microsoft lancarkan OS baru windows XP...Aku beli la yg pirates dan install kat komputer aku masa belajar..maklumlah time tu PC tak la besar sangat spek dia..ram 8 bit je...harddisk 8GB je..Lepas la install..tapi berat sket..memang seronok OS baru nih..duk explor windows XP tu...habis belajar..aku cuba join komuniti windows XP..Buat tema untuk windows XP..banyak jugak aku buat..masyuk jugalah masa tu..dorang bayar dalam mata wang USD..www.themexp.org..Tapi bila windows Vista keluar..sedikit demi sedikit windows XP tenggelam...website tu pun dah macam hidup segan, mati tak mau...Lepas tu aku belajar sendiri macromedia flash..buat animasi sendiri - sendiri..Sekarang belajar pulak After Effect sendiri - sendiri..memang seronok dunia IT nih..
 

Gigahertz CS

Active Member
Joined
Sep 23, 2011
Messages
1,561
Reaction score
123
Points
38
sebab itu malaysia susah nak jadi negara maju.
malah makin berundur ke belakang.
sebab semua nak mudah dan murah. kalau boleh percuma semuanya.
tapi demand nak yg paling terkini, paling maju, paling hebat.
hahaha.
keje kedai komputer lagi macam s**v . bos jual barang second. jual.barang refurbhised ntah mana supplier dia korek. pastu ada problem kau kena jawab. kalau department dellivery & tecnical support tu lain lain. takpe. ni kau yang repair kau yang kena hantar. pakai 3 hari kong kau kena jawab.
bagi aku subjek IT ni elok kau guna utk diri sendiri. kala
 
Sponsored Post
Top
Log in Register