Info Kisah Operasi Menyeludup Keluar Bekas CEO Nissan Dari Jepun Dalam Kotak

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Michael Taylor menerima panggilan seorang rakannya, ahli perniagaan Lebanon yang hanya dikenali dengan nama Ali. Ali dan Michael sudah lama menjalankan kerjasama, berurusan dalam tugasan-tugasan berbahaya yang setara dengan status Michael, sebagai seorang bekas anggota Green Beret tentera Amerika Syarikat.

Screenshot-2458.jpg


Michael menguruskan syarikat American International Security Corporation, sebuah syarikat tentera persendirian. Michael mengenali Ali selepas tugasannya pada tahun 2004, menjadi pengawal kepada Jeneral Saddam Hussein di Baghdad, Iraq. Ali memerlukan pengawal semasa berada di Iraq dan Michael diberikan tanggungjawab tersebut.

Dari detik perkenalan itulah kedua-duanya saling bekerjasama. Sehinggalah Michael menerima panggilan Ali di suatu pagi; meminta Michael menyeludup keluar seseorang dari Jepun. Bagi Michael - itu tugasan gila. Jepun bukan zon perang, ditadbir sistem peraturan ketat dan tersusun; jauh berbeza dengan kesemua operasi menyeludup keluar yang pernah diuruskannya sebelum itu.


Menculik dan membawa keluar individu VIP

Screenshot-2459.jpg


Sudah banyak tugasan berjaya diselesaikan Michael. Daripada kes kecil seperti penculikan anak akibat perebutan hak penjagaan sehinggalah menyelamatkan anak VIP yang sedang berdepan dakwaan, atas kesalahan di negara luar. Untuk setiap tugasan, bayarannya juga berbeza sama ada serendah $20,000, sehinggalah $2 juta bergantung kepada risiko.

Perancangan operasi juga memakan masa panjang, ada kalanya memerlukan masa bertahun hanya untuk memastikan semuanya lancar. Untuk menyeludup seseorang keluar dari Jepun? Permintaan itu unik. Ali terus mendesak untuk Michael menyatakan harganya. Michael agak terkejut dengan desakan itu jadi dia meminta sedikit masa, agar boleh dia melakukan pertimbangan.

Dia duduk melakukan kajian cuba mencari jawapan siapakah individu yang perlu diseludup keluar, sehingga memerlukan kepakarannya? Kajian Michael membawa kepada satu saja jawapan yang logik; individu yang perlu diseludup keluar tidak lain dan tidak bukan adalah Carlos Ghosn, bekas CEO syarikat kereta gergasi Jepun, Nissan.

Ghosn ketika itu menjadi tahanan rumah dengan ikat jamin hampir 4 bulan di Tokyo, didakwa bermacam jenis tuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai CEO Nissan bagi memperkayakan dirinya sendiri; sedang menunggu perbicaraan dimulakan.

Hubungan antara Ali dan Carlos, seorang warganegara Brazil berasal dari Lebanon yang juga pemegang passport Perancis menghubungkan kes itu. Keesokannya, Michael menghubungi Ali, mendapatkan pengesahan status individu yang perlu diseludup keluar. Ali mengesahkan sangkaan Michael.

"Beberapa orang kawan Carlos di Lebanon risau dengan kesihatan dia," kata Ali.


Mula merancang operasi menyelamat

Screenshot-2460.jpg


Usaha untuk melarikan Ghosn bermula selepas Carole Ghosn, isteri kepada Carlos yang tinggal di Beirut, menghubungi Ali bagi membincangkan apa yang boleh mereka lakukan. Carlos Ghosn yang terpaksa hidup sendirian di Jepun tidak lagi terurus akibat kebimbangan berkenaan masa depannya yang gelap serta keperluan menghadapi perbicaraan yang bakal melanda. Keadaannya juga terabai.

Yang paling dibimbangi Carole, suaminya akan terus terperangkap di Jepun tanpa ada jalan keluar. Ali mencadangkan kepada Carole adakah dia terbuka untuk Carlos diseludup keluar? Carole mengangguk bersetuju dan Ali menghubungi Michael bagi memulakan urusniaga mereka. Michael terbang ke Beirut untuk bertemu Carole dan melakukan perbincangan.

Di sinilah Carole menceritakan bagaimana layanan buruk yang diterima suaminya, disoal siasat setiap hari berjam-jam lamanya. Katilnya hanya tikar tatami, tidak lagi tilam mewah yang biasa diguna. Carole menyifatkan semua tuduhan ke atas Carlos adalah berniat jahat, selepas Carlos mahu melakukan penggabungan Nissan dengan syarikat Renault dari Perancis - yang tidak dipersetujui banyak pihak.

Selesai pertemuan, Michael kembali ke Massachussettes, Amerika Syarikat bagi meneruskan siasatan peribadinya. Dia perlu memastikan dirinya jelas risiko yang akan ditanggungnya, sekiranya dia bersetuju menerima tugasan gila itu. Apatah lagi dia bakal menimbulkan masalah diplomatik antara dua negara. Dia kini tahu Carlos dikawal dua orang pengawal setiap masa di depan pintu rumahnya. Dia tidak dipakaikan alat pengesan pesalah seperti di Amerika Syarikat. Ada sebuah kamera litar tertutup di pasangkan di pintu depan.

Walaupun passport beliau ditahan, Carlos dibenarkan untuk menyimpan passport negara Perancis miliknya. Selepas seorang peguam menjelaskan bahawa tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang Amerika Syarikat untuk dia membantu seorang individu di Jepun melarikan diri dari ikat jamin - Michael mehubungi Carole menyatakan persetujuan.


Hari operasi bermula

Screenshot-2461.jpg


Beberapa tarikh lebih awal yang dipilih Carlos dan Carole terpaksa ditunda, kerana operasi itu perlu sempurna waktu penerbangan, ketibaan dan hari di mana Carlos akan dilarikan. Pada 29 Disember 2019, Carlos dibenarkan untuk keluar makan tengahari di hotel Grand Hyatt seperti rutinnya beberapa bulan itu. Dia telah menerima arahan daripada Michael sebelum itu tentang apa yang perlu dilakukan pada tarikh tersebut, semasa panggilan telefon 1 jam sehari yang dibenarkan.

Carlos berdiri di luar lobi hotel sehinggalah Michael hadir, membawanya ke sebuah bilik di tingkat 9 hotel tersebut, yang ditempah khas. Carlos diarahkan menukar pakaian dan menunggu Michael kembali bersama rakannya, Zayek. Mereka bergegas membawa Carlos yang bertopeng muka keluar, menaiki keretapi laju ke Osaka yang padat dengan orang.

Sepanjang perjalanan, ketiga-tiganya diam tidak bercakap antara satu sama lain. Itu peringkat mudah. Peringkat seterusnya lebih mencabar. Tiba di sebuah hotel di Osaka sekitar jam 8 malam, Carlos diminta masuk ke sebuah kotak berisi pembesar suara yang sudah direka agar mempunyai ruangan khas untuk menyembunyikan bekas CEO Nissan itu. Dua kotak pembesar suara, salah satunya mengandungi Carlos ditolak masuk ke dalam van yang dipandu dua orang warganegara Jepun yang tidak menyedari apa yang berlaku.

Tepat jam 10:10 malam, Michael dan Zayek tiba di lapangan terbang 20 minit sebelum waktu kapal terbang persendirian yang telah ditempah mereka, dijadualkan akan berlepas.


Menyeludup keluar manusia melalui sistem keselamatan Jepun

Screenshot-2462.jpg


Pura-pura bergegas takut kelewatan, desakan yang dibuat Michael menyamar sebagai seorang hartawan elit berjaya mengaburi mata petugas. Mereka cepat-cepat cuba membantu, mengangkat dua kotak tersebut naik ke atas platform sebelum dimuatnaik ke dalam kapal terbang. Apa yang sangat membantu kejayaan operasi ini adalah kotak yang berisi Carlos tidak diimbas dengan pengimbas sinar-X.

Michael tahu lapangan terbang Osaka tidak mempunyai mesin pengimbas yang mampu memuatkan kotak pembesar suara sebesar itu - jadi sejak awal kotak itu direkabentuk dengan dimensi yang ditetapkan bagi membolehkan helah ini berlaku lancar. Kapal terbang peribadi milik sebuah syarikat dari Turki itu terbang ke arah Turki, melalui China dan Russia sebelum tiba di Istanbul pada 5.30 pagi 30 Disember 2019.

Setelah mendarat, beberapa orang yang sudah diupag Michael terus mengiringi Carlos ke sebuah pesawat lain, terletak tidak jauh dari kawasan mereka mendarat akan terus terbang ke Beirut. Michael dan Zayek menaiki teksi, bergerak ke lapangan terbang komersial mendapatkan penerbangan biasa ke destinasi serupa.


Carlos Ghosn selamat tiba di Lebanon

Screenshot-2463.jpg


Berita tentang bagaimana Carlos Ghosn terlepas ke Lebanon hanya mula tersebar di Jepun, selepas rangkaian media Lebanon melaporkannya. Seorang yang sudah dikenali ramai berikutan penglibatannya dalam bidang industri kereta, Carlos menerima kunjungan Presiden Lebanon serta wakil lain selepas selamat 'pulang.' Kerajaan Jepun mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan Carlos dan Carole dengan notis merah Interpol diwartakan.

Namun kerajaan Jepun pada awalnya tidak tahu siapakah dalang di sebalik penyeludupan Carlos keluar melepasi sekuriti negara mereka. Mahkamah Daerah Tokyo mengumumkan pada 30 Januari 2020 genap sebulan operasi itu selesai - waran tangkap terhadap Michael Taylor, anknya Peter Maxwell Taylor dan George Antoine Zayek; kesemuanya warga Amerika Syarikat; atas dakwaan bertanggungjawab menyeludup keluar orang tahanan di negara mereka. Kru syarikat penerbangan Turki yang membantu operasi dijalankan didakwa kerajaan Turki pada 8 Mei 2020, atas dakwaan bersubahat membantu menyeludup seorang penjenayah keluar.


Nasib dalang utama operasi itu

Screenshot-2464.jpg


Awal pagi 20 Mei 2020, Michael yang sedang nyenyak tidur dikejutkan anaknya memberitahu sekumpulan Marshal seramai 15 orang, sedang berdiri di depan pintu rumah mereka untuk menahan mereka anak beranak - atas permintaan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun telah menggunakan hubungan diplomatik mereka dengan Amerika Syarikat, yang membenarkan ekstradisi dilakukan secara dua hala atas permintaan mana-mana pihak yang mengemukakan permintaan.

Pihak pendakwaan menyifatkan apa yang telah berjaya dilakukan Michael Taylor merupakan salah satu usaha penyeludupan penjenayah paling berani dilakukan. Ketika ini, Michael dan anaknya sedang ditahan di Norfolk County Jail sambil menunggu selesainya proses ekstradisi, yang akan mengakibatkan kedua-duanya dihantar ke Jepun untuk dibicarakan.

Screenshot-2465.jpg


Ura-ura menyebut untuk operasi tersebut, Carlos Ghosn membayar upah $30 juta kesemuanya. Michael dalam temuramah yang dilakukan di penjara, menafikan dakwaan tersebut. Harga yang dikenakan menurut Michael hanyalah sekitar $1.3 juta, majoritinya digunakan untuk membayar upah mereka yang bekerja di belakang tabir serta sewaan dua pesawat peribadi yang digunakan.

Menurut Michael, Carlos Ghosn belum membayar semula kos yang yang telah dikeluarkan untuk operasi tersebut. 10 orang peguam di Amerika Syarikat ketika ini sedang bekerja keras menyiapkan dokumen pembelaan dalam mempertahankan apa yang telah dilakukan Michael Taylor - agar kesemua yang terlibat tidak akan dihantar ke Jepun dan terpaksa berhadapan perbicaraan di negara asing.


Rujukan;
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,460
Reaction score
1,521
Points
206
fuh mcm misyen imposibel plak

dh bleh lepas, org yg uruskan tu plak kno tangkap

tak berbaloi langsung 1.3 juta usd ajo
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
6,815
Reaction score
66
Points
80
bukan dia dah check dulu ke sebelum buat... sebiji cerita mission imposibble... kena buat movie nii
 
Sponsored Post
Top
Log in Register