Kisah Lawak Bagaimana Coca-Cola Diseludup Ke Russia

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,368
Reaction score
2,122
Points
226
https://*************/img/upload/coca-cola-minuman-tenaga.jpg

Jenama Coca-Cola semenangnya satu jenama yang sangat gah dan mempunyai sejarah yang panjang. Malah, ketika zaman perang dunia, minuman ini cukup popular di medan perang dalam kalangan tentera Amerika Syarikat.

Satu ketika dahulu iklan minuman ini turut disertakan dengan slogan "Coca-Cola, the Drink That Fights Back". Minuman ini dianggap sebagai minuman tonik pemberi tenaga kepada para askar yang kelesuan di medan perang.

Pendapat ini mungkin ada asasnya memandangkan pada peringkat awal, kokain merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman berkarbonat ini. Ditambah pula dengan kandungan gula yang tinggi dalam minuman ini, ia dapat memberi "booster" kepada para askar di medan perang.

Semuanya bermula pada tahun 1943 apabila General Dwight D. Eisenhower telah meminta agar syarikat Coca-Cola membuka 10 kilang membotolkan minuman mereka di kawasan Amerika Utara terutamanya di kawasan yang menempatkan banyak askar Amerika Syarikat.

Akibat permintaan yang tinggi, kira-kira 60 kilang membotolkan minuman ini telah dibina di sekitar Eropah dan kawasan Pasifik. Kerana pasaran minuman ini yang cukup luas ketika itu, bukan sahaja askar Amerika tetapi juga askar serata dunia berpeluang merasa minuman ini.


Ketagihan terhadap minuman Coke

https://*************/img/upload/georgy-zhukov-5.jpg

Di Russia, Georgy Zhukov dianggap sebagai seorang hero yang membantu mengetuai pasukan Kesatuan Soviet pada ketika itu mempertahankan Moscow daripada dirampas oleh tentera Jerman ketika Perang Dunia Kedua.

Setelah tamatnya perang, beliau telah dilantik sebagai sebagai Timbalan Menteri sebelumnya dilantik pula sebagai seorang Menteri. Ketika zaman Perang Dunia Kedua, beliau telah diperkenalkan dengan minuman Coca-Cola dan seakan-akan ketagih dengan minuman ini.

Apabila perang tamat, maka beliau menghadapi kesukaran untuk mendapatkan minuman ini. Usahanya untuk mengimport minuman ini ke Russia telah mendapat tentangan keras daripada pihak atasannya memandangkan minuman ini berasal dari Amerika Syarikat.

Pihak Kesatuan Soviet menganggap jenama ini merupakan simbol kapitalis dari Amerika Syarikat dan oleh itu minuman ini telah diharamkan sama sekali di kawasan Soviet. Maka, buat beberapa ketika Georgy Zhukov menghadapi kesukaran untuk mendapatkan minuman minuman kegemarannya.


Usaha menyeludup Coca-Cola ke Soviet

Menyeludup Coca-Cola ke kawasan pemerintahan Kesatuan Soviet merupakan satu jenayah yang berat dan sekiranya ditangkap, beliau mungkin akan dihumban oleh Joseph Stalin ke penjara Gulag. Ia dianggap satu jenayah berat memandangkan jenama ini mempunyai perkaitan dengan musuh mereka iaitu Amerika Syarikat.

Minuman Coca-Cola sangat mudah dikenal pasti melalui dua ciri yang ada padanya - warna air perang gelap dan bentuk botolnya yang unik. Georgy Zhukov tidak mahu berputus asa maka beliau telah berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman sekiranya beliau mampu berkongsi resipi rahsia minuman ini.

Sudah tentulah permintaan tersebut tidak dapat dipenuhi memandangkan resipi minuman ini tersangatlah rahsia dan merupakan nadi kepada kejayaan jenama ini. Walau bagaimanapun, setelah beberapa eksperimen dilakukan maka pihak Coca-Cola telah berjaya menghasilkan minuman ini tanpa warna.

https://*************/img/upload/kilang-coca-cola-274.jpg
Kilang membotolkan minuman Coca-Cola di Montreal, Kanada pada tahun 1941

Bagi memastikan jenama ini dapat disembunyikan daripada orang atasan Kesatuan Soviet, maka minuman Coca-Cola yang tidak berwarna ini telah dibotolkan dengan rekaan botol berlainan daripada rekabentuk botol Coca-Cola sebenar. Penutup berwarna putih telah digunakann dan diletakkan logo bintang Soviet padanya untuk mengaburi mata orang ramai.

Orang Russia amat menggemari Vodka dan oleh itu minuman Coke tanpa warna dan rekabentuk botol berbeza ini telah dipasarkan sebagai Vodka. Taktik ini berjaya kerana tiada siapapun yang dapat mengesan minuman ini adalah Coca-Cola yang sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat.


Kemasukan Pepsi ke Russia

https://*************/img/upload/coca-cola-clear.jpg

Tidak lama kemudian, parti politik yang disertai Georgy Zhukov telah kalah kepada parti berfahaman komunis. Akibat kekalahan ini, beliau terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 1957 sebelum meninggal dunia pada tahun 1974.

Satu tahun sebelum kematiannya, Pepsi telah dibawa masuk ke Kesatuan Soviet. Namun, hanyalah beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1985 Coca-Cola secara rasminya dibawa masuk dengan menggunakan identiti asal mereka iaitu air berwarna perang gelap dan rekabentuk botol unik mereka.

Di Jepun kini tular air "Coca-Cola Clear" tanpa warna seakan-akan air mineral tetapi mempunyai rasa sama seperti Coca-Cola sebenar. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu konsep sebegitu bukanlah sesuatu yang baru kerana sejak zaman Kesatuan Soviet lagi air sedimikian sudah dihasilkan.
 
Top
Log in Register