Kisah Jho Low dan 1MDB dalam Billion Dollar Whale

Recommended Brokers


Latest Threads

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,367
Reaction score
875
Points
161
ni aku petik dari fb izzudin yussof... dia cerita dengan ringkas dalam bahasa melayu... senang nak paham...

ebook boleh dapat di post ni: https://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=24767315&postcount=86

Billion Dollar Whale

Siapa yang baca buku ni tak lengkap kalau korang tak baca sekali laporan Audit ke atas 1MDB oleh Jabatan Akauntan Negara

Seriously, it matches. Cuma bezanya yang dekat JAN itu apa yang berlaku secara rasmi. Apa di dalam buku Billion Dollar Whale adalah apa yang berlaku di sebalik tabir


_________________________________________

Billion Dollar Whale: A Summary

Kalau ada sesiapa yang anggap buku ni satu novel penyiasatan dan tak nak kena spoil, jangan teruskan bacaan. Banyak spoiler dalam ni

Disclaimer: segala tulisan lepas ni hanyalah daripada hasil bacaan daripada buku ni. Kalau ada benda salah, maka buku tu lah yang salah ��

Info paling penting untuk diketahui dari buku ni, adalah Conspirator utama di dalam isu 1MDB ni adalah Low Taek Jho, yang kerap kali dipanggil sebagai Jho Low, bukan DS Najib

Sebagai permulaan, kes penipuan besar Jho Low yang pertama bukan ke atas 1MDB. Tetapi ke atas Taib Mahmud, di mana dia jual syarikat construction sampah yang dibelinya kepada syarikat Taib Mahmud dengan harga mahal, memberikan dia keuntungan besar pertama bernilai USD110 juta

Ramai tahu 1MDB asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA), cuma yang aku tak tau rupanya kewujudan TIA pun pada asalnya adalah idea Jho Low (mengikut buku ni)

Jho Low sangat berminat dengan sovereign wealth fund seperti al-mubadala (UAE), dan Jho Low pernah cuba untuk ambil kesempatan ke atas Khazanah Nasional dengan menjadi dealmaker untuk pelaburan dari Saudi, tapi tak berjaya.

Jadi sebab tu dia cadangkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, yang juga merupakan Yang Dipertuan Agong masa tu, untuk tubuhkan state wealth fund bagi Terengganu. Dia kemudian cadangkan untuk TIA mengeluarkan bon bernilai RM5 billion, dengan menggunakan hasil minyak Terengganu sebagai cagaran

Tetapi Sultan kemudian perasan ada benda tak kena. Baginda merancang untuk menutup TIA.

Dari situlah Jho Low mula mempergunakan DS Najib melalui Riza Aziz. Jho Low jadikan Najib bersetuju untuk mengambil alih TIA bawah kerajaan persekutuan dan tukar namanya kepada 1MDB. Inilah permulaan Jho Low menuju ke arah billionaire.

Mengikut buku ni, yang mengawal 1MDB sebenar-benarnya adalah Jho Low, walaupun dia tidak ada sebarang jawatan rasmi di dalam 1MDB. In fact dalam semua aktiviti dia mencuri duit 1MDB, dia sangat berhati-hati daripada menjadikan nama dia mempunyai kaitan secara rasmi.

Jadi akhirnya berapa banyak wang yang Jho Low dikatakan curi daripada 1MDB?

USD700 juta daripada USD1 billion JV antara PetroSaudi dan 1MDB, dimasukkan ke dalam akaun Good Star Ltd.

USD800 juta yang sepatutnya turut dilaburkan atas nama pelaburan JV dengan PetroSaudi. Tak jumpa duit ni masuk ke akaun mana.

USD576 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion pertama yang dijamin IPIC masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD790.3 juta daripada terbitan bon USD1.75 billion kedua yang dijamin IPIC juga masuk ke akaun Aabar Investments Ltd

USD1.2 billion daripada terbitan bon sebanyak USD3 billion yang dibuat untuk PRU13 (mengikut buku ni) dan dijamin oleh kerajaan Malaysia. Secara rasminya, duit ini kononnya untuk pelaburan dalam Tun Razak Exchange. Duit ni masuk ke akaun Tanore.

USD1 billion melalui SRC International yang kurang perincian dalam buku ni

Jadi overall ianya berjumlah paling kurang USD5 billion

(ini dikumpulan dalam tengah-tengah buku ni. Cuma lepas-lepas tu rasa macam ada lagi. Tapi semasa tulis tulisan ni dah tak jumpa dah)

Yang mana daripada semua itu,

Sebanyak USD681 juta masuk ke akaun peribadi DS Najib, yang kemudian sebanyak USD620 juta dipulangkan semula kepada Tanore. Duit ini dikatakan digunakan untuk kempen PRU13

Tidak ada dalam buku ini tertulis berkaitan USD375 juta yang ditunjuk oleh DS Najib berkaitan derma oleh Putera Saud Abdulaziz.

Tapi yang menarik dalam surat tu tertulis duit tu boleh datang daripada syarikat milik putera tersebut bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Ltd.

Kalau mengikut buku ni, Blackstone Asia Real Estate Partners ni bukanlah milik keluarga saudi. Tetapi adalah milik 'Fat Eric'. Kawan Jho Low yang menjadi proksi utama untuk kebanyakan syarikat yang dikawal Jho Low.

Dah kenapa kan putera saudi nak mengaku offshore shell company milik Fat Eric (Eric Tan) sebagai syarikat miliknya. Malahan baru-baru ni The Edge keluarkan laporan mengatakan tandatangan di dalam dokumen DS Najib tersebut bukanlah tandatangan milik Putera Abdulaziz

https://www.nst.com.my/node/412138/amp

Jadi siapa watak penting dalam semua drama 1MDB yang memang berkomplot dengan Jho Low?

Orang bawah Jho Low:
Fat Eric - proxy utama
Jasmine Loo - legal counsel 1MDB
Seet Li Lin - Jho Low's financial detail

Petro Saudi:
Tarek Obaid, CEO of PetroSaudi
Patrick Mahony, CIO of PetroSaudi
Ambassador Otaiba, UAE US Ambassador

IPIC:
Khadem Al-Qubaisi, IPIC MD and Aabar Chairman
Mohamed Badawy Al-Husseiny, Aabar CEO

Banker:
Timothy Leissner, Chairman Goldman Sachs for Southeast Asia (awal2nya dia sekadar banker di Goldman)
Yeo Jiawei, BSI wealth management banker
Yak Yew Chee, BSI chief relationship for 1MDB and Jho Low
Joanna Yu, AmBank banker handling secret DS Najib's account

Dan soalan yang ramai berminat, adakah DS Najib terlibat dalam mencuri duit 1MDB secara langsung?

Jawapannya tak jelas, samada DS Najib dipergunakan atau memang dia terlibat secara langsung, ianya tak jelas, tapi ada beberapa benda yang jelas diceritakan dalam buku ni

1) DS Najib yang memberi kuasa untuk Jho Low kawal 1MDB dari belakang

2) DS Najib dan keluarganya memang ada banyak terima 'hadiah' daripada Jho Low, termasuklah rumah-rumah di London untuk Riza Aziz dan batu berlian permata untuk Rosmah, termasuk berlian pink berharga USD27.3 juta, antara yang termahal di dunia

3) DS Najib memang ada minta duit dari Jho Low untuk kempen politik, tak kiralah semasa pilihanraya Sarawak 2011 atau PRU 2013

4) Najib memang ada cuba melindungi Jho Low

Again, ini berdasarkan buku ni.

Lastly, senarai individu/entiti yang cukup bijak untuk tak ditipu dan mengelak daripada dipergunakan oleh Jho Low / 1MDB

Khazanah Nasional
Sultan Mizan Zainal Abidin
Mohammed Bakke Salleh, chairman BOD 1MDB pertama
Jordan Belfort, sebab dia pun scammer, dia tau bezakan scammer dengan tak haha
David Ryan, Goldman Sachs Asia President
Lazard, US Investment Bank

Sekian

Boleh cari buku ni di Kinokuniya, Popular dan MPH. Kalau yang dah baca soft copy pun sila beli nanti

P/S: tulisan lama summary daripada hasil bacaan terperinci Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Akauntan Negara:
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10211672985361846&id=1283441894

P/SS: Putera Saudi itu ada ramai. Dan mereka juga bersaing antara satu sama lain. Seorang putera tak semestinya mewakili negara Saudi. Lihat sajalah 2017 Saudi Arabian Purge tahun lepas, berapa ramai putera kena tangkap. Salah seorangnya, Putera Turki, adalah yang bersama dalam gambar yang ada DS Najib, Rosmah dan Jho Low di atas kapal mewah

 
Last edited:
Sponsored Post

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,367
Reaction score
875
Points
161
Billion Dollar Whale: How to become rich, the Jho Low's way

Pernah terfikir tak kenapa orang selalu kaitkan kerjaya di Wall Street dengan 'kaya'? Dan apa sangat yang diorang buat yang menjadikan diorang tu jadi kaya?

Kuncinya ada dua:
1) Middleman
2) Huge sums of money

Yes that's it.

Disebabkan diorang menjadi Middleman. Contohnya untuk department DCM yang mengeluarkan bon. Kerja diorang adalah menghubungkan syarikat besar yang nak cari duit, dengan financial market yang ada banyak duit.

Dan duit itu melibatkan jumlah yang banyak. Kalaulah ianya hanya RM1 billion pun, fee sebanyak 1% pun dah boleh menjadikan diorang perolehi RM10 juta.

(owh btw normal fee is less than 1%. Tapi untuk kes 1MDB dan Goldman Sachs, fee yang dibayar adalah sebanyak 11% lol)

Disebabkan tidak ada entiti lain yang boleh membantu syarikat tu mendapatkan duit sebanyak itu, maka investment bank menjadi industri yang sangat kaya.

Dan itulah yang Jho Low cuba buat

Dia cuba jadi Middleman. Yang menghubungkan ahli politik di Malaysia dengan duit dari Arab.

Dan macam mana dia berjaya menghubungkan kedua-kedua pihak tu?

Jawapannya sejak kecil lagi, dilatih oleh ayahnya sendiri

Larry Low, ayah Jho Low membeli rumah di Kensington Green di London, yang turut banyak dibeli oleh orang-orang kaya dan ahli politik Malaysia dengan tujuan untuk membuat networking dengan mereka. Di situlah Jho Low mula berkenalan dengan Riza Aziz, anak tiri DS Najib, yang kemudian membantu Jho Low untuk membuat networking dengan Najib.

Di universiti pula Jho Low sudah mula membuat networking sendiri semasa dia belajar di Wharton School, University of Pennsylvania. One of the Ivy League business schools di US (kepada yang tak tau Ivy League ni dikira sebagai the most prestigious University in US)

Dia banyak berbelanja untuk buat parti-parti extravaganza. Yang bertujuan untuk menarik perhatian anak orang-orang kaya kat situ, termasuklah Ivanka Trump. Dia sehinggakan sewa SC-430 Lexus, untuk jadikan dia nampak seperti orang kaya. Yes, sewa, walau dia claim itu miliknya. Dia juga dah mula menulis artikel-artikel berkaitan stock market. Yang mana content dia hanyalah copy paste daripada report-report orang lain dan dikeluarkan di Wharton Journal.

Hasilnya, antara kawan yang dia buat adalah Hamad Al Wazzan, anak orang kaya dari Kuwait dan dari situlah dia mula membuat networking dengan orang kaya Arab.

Al Wazzan memperkenalkan dia kepada Yousef Al Otaiba, yang ketika itu adalah political adviser kepada Mohammed bin Zayed Al Nayhan, crown prince of UAE

Otaiba pula perkenalkan Jho Low kepada Khaldoon Khalifa Al Mubarak, CEO Mubadala Development, UAE sovereign wealth fund.

Dari situ, Jho Low berjaya set up meeting antara Khazanah Nasional dan Otaiba, untuk Mubadala labur di dalam projek Iskandar Johor. Dan rancangannya berjaya, Mubadala JV dengan Kuwait Finance House untuk melabur di dalam Iskandar Johor.

Cuma apabila Jho Low mintak broker fee daripada Khazanah sebab menarik masuk Mubadala untuk melabur, Khazanah menolak. Dan dari situlah dia mula bertekad untuk memegang investment fund miliknya sendiri.

Kemudian dia mula bawak DS Najib dan Rosmah berjumpa King Abdullah di Saudi Arabia, UAE crown prince Mohammed bin Zayed, dan kemudian Prince Turki of Saudi Arabia, pemilik sebenar PetroSaudi di atas kapal peribadi yang disewa.

Dari situ, Jho Low menjadi orang penting DS Najib. Yang menghubungkan Malaysia dengan negara-negara (baca: duit) Arab.

Jho Low bermula dengan ingin menjadi broker. Middleman. Dealmaker. Orang yang menghubungkan duit dan projek. Dan dia berniat nak ambil dari situ.

Tapi lama kelamaan game dia dah lain. Dia mula menipu Taib Mahmud untuk beli syarikat construction sampah yang dia sengaja wujudkan shell company yang berbunyi seperti syarikat Arab yang besar sebagai pemilik syarikat construction tersebut, tetapi sebenarnya langsung tak ada kaitan. Dan dalam kes 1MDB, dia mula secara langsung mencuri duit tersebut berbanding menjadi deal maker. Dan seperti biasa, dia mewujudkan offshore shell company, untuk buat syarikat tu seolah-olah syarikat sebenar (seperti kes Aabar), dan dia gunakan pelbagai cara untuk pastikan nama dia tak tertulis secara rasmi di dalam syarikat-syarikat ini.

Dan dengan duit itu, dia mula berparti lebih besar. Sehingga tahap Paris Hilton, Leonardo Dicaprio pun selalu datang ke parti dia. Dan dia mengkagumkan pulak orang-orang kaya Arab, yang walau kaya, diorang masih tak tercapai untuk buat networking dengan Hollywood, tapi dia ni dapat.

Itulah game Jho Low. Yang membawa dia kepada penerbitan movie The Wolf of Wall Street. Malahan di dalam senarai credit movie tersebut, nama Jho Low ada di dalamnya.

Yes ladies and gentlemen

Kejayaan Jho Low terletak pada networking yang dia miliki. Itu kunci kekayaan dia. Dan juga kunci kekayaan ramai orang.

___________________________________________


Update:

Billion Dollar Whale: How to do white collar crime like Jho Low

Langkah pertama: Tubuhkan syarikat dengan offshore account

Syarikat dengan offshore akaun ni penting. Sebab biasanya negara-negara ni mempunyai kadar cukai yang sangat2 rendah (biasanya tak ada) dan paling penting sekali ianya less regulated

Contoh kalau Malaysia, tiba-tiba ada duit sejuta masuk ke dalam akaun kita, BNM akan triggered kalau ianya tak munasabah untuk kita buat duit sebanyak tu

Offshore account, tak kiralah di Swiss ke, Cayman Island ke, Virgin Island ke, Seychelles ke, Curaçao ke, malahan Singapore sekalipun, memang biasa dimiliki oleh orang-orang kaya untuk simpan duit diorang di situ, terutamanya daripada illegal activity

Dan Jho Low ada akaun dalam semua senarai di atas.

Langkah kedua: Jangan gunakan nama sendiri

Ini penting terutamanya kalau duit tu hasil duit aktiviti yang jelas jenayah.

Seperti Jho Low, dia banyak gunakan nama Eric Tan, a.k.a. 'Fat Eric'. Ada juga yang dia gunakan nama Al-Qubaisi dan Al-Husseiny sendiri, dua individu paling besar di IPIC dan Aabar. Kenapa? Supaya nampak legal dan sah untuk 1MDB 'tersalah bayar' kepada syarikat fake company yang dibuat.

Nama Aabar. Sama. Nama CEO, okay sama. Sah betullah tu. Maka 1MDB pun buat transfer.

Malahan bila akaun tu milik orang kaya, segala proses pembayaran dan jual beli dengan akaun tu pun nampak sah, sebab ianya milik orang kaya.

Cuma satu risiko guna nama proksi ni. Kalau tiba-tiba proksi tu meninggal. Mampos. Itulah yang jadi kepada Jordan Belfort haha. Berjuta-juta duit dia di Swiss account tersekat sebab makcik isteri dia yang menjadi proksi meninggal. Pengajaran di sini jangan ambik orang tua sebagai proksi, dan kena diversify. Guna banyak-banyak nama. Contoh Jho Low.

Kalau nak level lebih tinggi lagi, boleh dibuat di Seychelles. Menggunakan 'bearer shares' stock.

Bearer shares tu apa? Ianya syarikat yang mana pemilikan syarikat tu adalah terletak pada sesiapa saja yang sedang memegang sijil hak milik saham syarikat tu.

Bermaksud syarikat tu tidak mempunyai nama pemilik tetap, dan sijil itu pula boleh diserahkan dari seorang kepada seorang yang lain. Menjadikannya tersangat sukar untuk kaitkan syarikat tersebut dengan mana-mana individu atau trace kembali siapa yang bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan syarikat tersebut.

Kebanyakan negara sudah haram kan syarikat sebegini. Termasuk sebahagian negara-negara yang terkenal dengan offshore account seperti Virgin Island. Tetapi Jho Low jumpa yang Seychelles masih membenarkannya.

Langkah ketiga: Buat syarikat dengan nama yang hampir sama dengan syarikat asal

Contoh, kalau korang nak buat skim pelaburan tipu bawah nama Khazanah

Maka buatlah syarikat offshore dengan nama Khazanah Investment Ltd

Sebabkan ianya syarikat offshore, tidak menjadi isu untuk tubuhkan syarikat di situ walau mempunyai persamaan dengan syarikat sebenar di negara lain.

Of course orang yang tau akan sedar, Khazanah patutnya ada 'berhad' di hujung sebab ianya syarikat bawah kerajaan, tapi ini Ltd.

But oh well. Even Taib Mahmud pun ditipu dengan cara ni.

Jho Low pertama kali gunakan teknik ni untuk menipu Taib Mahmud, di mana dia membuat dua syarikat bernama ADIA Investment Corporation dan KIA Investment Corporation. Cuba google ADIA Investment dan KIA Investment apa yang keluar?

Dah Google? Nampak kan? Itulah dia.

Jadi bila Taib Mahmud tengok syarikat construction yang nak dijual Jho Low ni mempunyai ADIA dan KIA Investment sebagai pemegang saham minoriti, nampak lah macam ini bukan syarikat calang-calang. Kalau tak, takkanlah ADIA dan KIA akan berminat nak beli saham syarikat ni. Malahan boleh dapat networking lagi dengan diorang.

Dari situ Taib Mahmud pun beli syarikat ni dengan harga yang tersangat mahal, Jho Low untung USD110 juta daripada sini.

Dan of course ramai yang tahu. 1MDB 'tersilap' bagi duit kepada Aabar palsu semasa kes dengan IPIC, pun gunakan cara yang sama

Amacam? Kagum tak dengan Jho Low? ��

Langkah Keempat: You won't succeed alone

Nak berjaya tak boleh seorang. Begitu jugalah dalam nak berjaya buat jenayah

Nak menipu 1MDB untuk jadi ***** transfer ke akaun-akaun lain tidak akan berjaya kalau bukan Jho Low kawal orang atas 1MDB.

Nak menipu PetroSaudi takkan berjaya tanpa bantuan orang atas PetroSaudi

Nak suruh IPIC bagi detail akaun Aabar yang palsu takkan berjaya kalau bukan orang atas IPIC komplot sekali untuk menipu 1MDB

Dan semua yang 'menolong' ini perlu diberikan habuan. Jadi lepas dah berjaya buat jenayah, curi duit tu. Jangan lupa bagi sikit kat diorang. Kalau curi USD1 billion, bagilah USD50 juta seorang ke camtu. Belikan rumah ke. Berlian ke dll. Make them happy.

Langkah kelima: Jadikannya nampak seperti duit yang sah

Duit haram ni susah nak dibelanja, terutamanya di negara yang regulation dia ketat.

Kalau beli rumah nanti dia tanya, ni duit beli rumah ni dapat dari mana?

Kalau kita ada kereta mewah, nanti jiran-jiran tanya. Kau mana dapat duit banyak sangat ni?

Sebab tu penting untuk jadikan duit tu seperti duit yang sah. Pada tahap awal, kebanyakan proses pembelian aset-aset mahal Jho Low menggunakan khidmat peguam. Yes peguam. Perasan tak kalau kita beli rumah, biasanya duit urusan pembelian tu kita serahkan dulu dekat peguam? (ini mengikut buku tu lah, aku tak tau kat Malaysia macam mana)

Bila jadi macam tu, maka bayaran tu akan kelihatan datang daripada peguam. Dan peguam tidak seperti bank perlu tanya client mana dapat duit ni. Dan peguam pun tidak ada kewajiban untuk dedahkan identiti client. Jadi banyak pembelian Jho Low pada tahap awal gunakan nama peguam. Tapi takkanlah seumur hidup nak buat macam tu kan. Atau takkanlah seumur hidup nak guna akaun proksi.

Dalam kes Jho Low, dia mengidam untuk menjadi entertainment mogul. Sebab tu dia banyak buat connection dengan Hollywood. Lepas tu diorang tubuhkan Red Granite, syarikat film production di US.

Kemudian hasil duit curi 1MDB, diorang biaya belanja kos filem The Wolf of Wall Street yang memakan belanja USD100 juta. Sampaikan Lamborghini yang langgar tiang dalam cerita tu pun Lamborghini betul tu. Sama seperti guaman, film producer tak ada kewajiban dedahkan sumber financing diorang. Sebab tu filem memang sangat biasa digunakan sebagai aktiviti money laundering (termasuk di Malaysia sekalipun)

Dari The Wolf of Wall Street, hasil keuntungan Red Granite mencecah USD350 juta. Dan diorang pun ada juga mengeluarkan beberapa filem yang lain.

Sekaligus nampak seperti Jho Low ni dapat duit sah daripada aktiviti membuat movie.

Cara lain adalah dengan membeli barangan seni. Jual beli seni ni tak dikawal sangat. Dan ianya lebih senang untuk liquidate kalau perlu. Bak kata buku ni lah haha. Barang kemas seperti batu permata pun boleh, tapi nilainya jauh lagi rendah berbanding barang seni yang mahal.

Sekian

So.... Nampak tak cara-cara nak membuat white collar crime? Always learn from the best. And this guy Jho Low is one of the best.

Kalau rajin nanti dalam siri seterusnya kita tengok pulak apa kesilapan Jho Low despite being the best scammer, masih kantoi tahap sekarang.




____________________________________________
update

Billion Dollar Whale: Clever clever squirrel jump, one day fall to the ground also

Ada 7 sumber yang membocorkan isu 1MDB:

1) Xavier Justo - yang membocorkan penyelewengan berlaku di PetroSaudi

2) Joanna Yu - yang terpaksa bocorkan berkaitan semua transaksi oleh akaun rahsia DS Najib di Ambank

3) Orang 1MDB - yang somehow info berkaitan Jho Low ada kuasa ke atas keputusan 1MDB sampai ke tangan Tun Mahathir

4) Racem Haoues - yang bocorkan berkaitan penyelewengan oleh Al-Husseiny, CEO IPIC

5) BSI banker (suspect: Kevin Swampillai) - yang bocorkan berkenaan pelaburan fake 1MDB sebanyak USD2.3 billion yang dikatakan di Cayman Island

6) MACC officer - yang bocorkan hasil siasatan MACC

7) Wall Street Journal - yang publicly open untuk semua pihak yang ada info untuk kongsikan dengan mereka, dan dijanjikan absolute anonymity.

Kewujudan 1MDB ni dah mula dipersoalkan sejak awal-awal kewujudannya masa tahun 2009 lagi. Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong dan journalistnya Ho Kay Tat ketika tu mengeluarkan artikel, mempersoalkan berkaitan kewujudan 1MDB, kenapa chairman BOD 1MDB resign awal, kenapa bond TIA dijual dengan harga murah. Of course semua ni sekadar persoalan tanpa jawapan. Tapi kesangsian terhadap kewujudan 1MDB ni dah sejak dari dulu lagi.

Pertama kali bocornya isu 1MDB dan Jho Low berpunca daripada seorang pekerja syarikat kerjasama antara 1MDB-PetroSaudi di London, Xavier Justo

Mengikut buku ni, syarikat kerjasama tersebut yang sudah disuntik paling kurang USD1.8 billion oleh 1MDB (yang mana Jho Low dah ambil USD1.5 billion daripada situ) hanyalah satu syarikat yang tidak ada sebarang kerja sangat pun, melainkan dua kapal carigali minyak yang dipajak kepada syarikat minyak Venezuela.

Walaupun dibayar GBP400,000 setahun, Justo tidak berpuas hati apabila melihat orang-orang atas PetroSaudi berbelanja dengan sangat mewah. Malahan perasaan itu lebih bertambah-tambah apabila dia banyak kena buat kerja-kerja bawahan untuk Jho Low dan Obaid.

Dia membuat keputusan untuk berhenti. Tetapi pada masa sama dia menuntut daripada Obaid untuk diberikan 'severance pay'. Di mana akhirnya mereka 'bersetuju' untuk memberikan Justo 4 juta francs.

Tapi Justo rasa tak cukup. Dia rasa dia berhak mendapat paling kurang lagi tambahan 2.5 juta francs. Dan dia bertambah marah lagi bila Obaid badmouth dia di belakang selepas dia keluar

Maka as last attempt, Justo meminta kawannya untuk curikan semua data PetroSaudi. Data yang berjumlah 140gb, termasuk emel sejumlah 448,000 buah emel.

Ini berlaku pada tahun 2011. Dan buat masa tu, dia hanya simpan sahaja data tersebut.

Kemudian pada tahun 2013, cerita The Wolf of Wall Street keluar, diterbitkan oleh Red Granite, syarikat filem milik kawan Jho Low, Joey McFarland dan Riza Aziz. Syarikat setahun jagung yang menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dengan belanja USD100 juta itu menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai pihak dari mana duit itu datang

Dan selama ni jawapan yang diberikan, duit itu dari middle East, tanpa sebarang detail dari siapa mahupun negara mana.

Of course, ramai yang skeptikal. Termasuklah Clare Rewcastle-Brown, pemilik Sarawak Report. Malahan Rewcastle-Brown ada mendengar khabar angin yang filem itu dibiaya oleh syarikat milik kerajaan Malaysia

Maka selepas penerbitan The Wolf of Wall Street, Rewcastle-Brown mengeluarkan sebuah artikel mempersoalkan dari mana duit itu datang. Malahan artikel itu bukan saja mempersoalkan duit untuk filem itu, tetapi juga duit untuk rumah-rumah yang dimiliki Riza Aziz. Dan dalam artikel yang sama, dia menimbulkan idea bahawa duit itu sebenarnya datang daripada Jho Low.

At that time, it was all just pure speculation. Sarawak Report ni memang tabloid.

Kemudian pada tahun 2013 sehingga 2014, The Edge mula mengeluarkan artikel-artikel berkaitan 1MDB. Tetapi kebanyakan artikel masih dalam bentuk persoalan-persoalan. Daripada mempunyai hutang yang banyak tetapi aset yang sedikit, berkaitan pelaburan kat Cayman yang tiba-tiba 1MDB claim sebagai untung. Dan kalau memori aku tak salah, masa ni mula keluar juga rumours pasal bond 1MDB yang dikeluarkan tak lama sebelum PRU, dan ridiculous fee yang dibayar kepada Goldman Sachs.

Pada tahap ini, tidak ada sesiapa pun mempunyai penjelasan atau bukti yang kukuh, melainkan sekadar tembak-menembak dan teka-meneka

Kemudian pada tahun 2015, segalanya bermula.

Berlaku pertemuan 3 penjuru antara pemilik The Edge, Tong Kooi Ong dan journalist The Edge Ho Kay Tat, bersama dengan Clare Rewcastle-Brown dan Xavier Justo.

Justo sebelum itu ada mengugut kepada Mahony (CIO PetroSaudi) untuk memberinya tambahan bayaran 2.5 juta francs, jika tidak dia akan bocorkan data PetroSaudi yang dia curi. Tetapi Mahony, Obaid mahupun Jho Low tidak mengambil ugutan dia dengan serious. Walau realitinya 2.5 juta francs untuk diorang ni tersangatlah sedikit.

Ini akhirnya membawa kepada pertemuan 3 penjuru ini. Di mana Justo meminta bayaran sebanyak USD2 juta daripada The Edge dan Rewcastle untuk dia serahkan data tersebut. The Edge siap bawak pakar IT untuk check on the spot samada data itu ada diubahsuai, dan setakat yang dijumpai, tidak ada.

Akhirnya data itu diserahkan juga kepada The Edge dan Rewcastle, walaupun mereka tidak mempunyai duit untuk bayar on the spot kepada Justo. Dengan Justo mengatakan dia percayakan diorang untuk bayar bahagiannya di kemudian hari.

Dari situlah mula terdedah berkaitan penyelewengan yang berlaku di antara 1MDB dan PetroSaudi, berkaitan duit USD700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Ltd pada tahun 2009. Xavier Justo kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Thailand. Dia kemudian membuat public announcement yang dia mengaku bersalah dan data itu sudah diubahsuai (dikatakan dalam buku ni atas arahan Mahony, untuk diorang tarik dakwaan ke atasnya)

Tapi tak lama selepas diorang dapat data tu dan tengah kaji dengan teliti, akhbar New York Times di US mengeluarkan artikel berkaitan Jho Low, dan mempersoalkan sumber duit untuk saham yang dimilikinya di dalam Time Warner, segala bangunan yang dia miliki, yang kemudian diserahkan kepada Riza Aziz, macam mana Red Granite asalnya cakap Jho Low sebagai investor kemudian ditukar nama kepada Al Husseiny (Aabar CEO) dan akhbar tu pun highlight Rosmah punya belanja ke atas barang kemas yang mahal.

Tidak lama selepas itu, Rewcastle-Brown mengeluarkan artikel terperinci berkaitan money flow 1MDB yang pergi ke Good Star Ltd pada tahun 2009, termasuk persetujuan antara Good Star dan orang dalam PetroSaudi. Dan The Edge tidak lama kemudian turut mengeluarkan artikel mereka sendiri berkaitan isu yang sama.

Joanna Yu, banker yang mengendalikan akaun rahsia DS Najib di situ sudah mula tak senang duduk. Dia dah lama beritahu kepada Jho Low untuk tutup akaun tu, tapi Jho Low berlengah, terutamanya apabila CEO baru Ambank dari ANZ Australia (the major shareholder of Ambank), Ashok Ramamurthy, mula menyiasat akaun tersebut dan perasan something was seriously wrong. Polis akhirnya menyerbu AmBank dan direct meminta untuk ditunjukkan meja Joanna Yu. Pada ketika itu Ashok Ramamurthy dah letakkan jawatan dengan mendadak, kemungkinan besar takut dikaitkan dengan penyelewengan yang berlaku. Polis meminta Joanna Yu menyerahkan computer dan telefon, dari situ mereka mendapati segala komunikasi antara Joanna Yu dan Jho Low. Macam mana Jho Low yang menguruskan akaun DS Najib itu dari belakang.

Dokumen itu kemudiannya diserahkan ke BNM, dan dari situlah mereka mendapati duit sejumlah USD1 billion ada dimasukkan ke akaun rahsia DS Najib, yang mana the biggest payment amounting to USD681 juta datang daripada syarikat Tanore, yang mempunyai akaun dengan Falcon Bank di Singapore. BNM kemudian meminta bantuan pihak Singapore untuk mengenalpasti asal-usul duit tersebut. Dan hasilnya mereka mendapati ada sebanyak USD500 juta yang dipindahkan dari Good Star kepada akaun bank BSI Jho Low di Singapore sepanjang tahun 2011-2013 (recall, duit dari Good Star adalah duit dari PetroSaudi tahun 2009)

Pada tahun 2015 juga, Racem Haoues, orang bawah Al-Qubaisi (MD IPIC), dipecat. Tapi tanpa diketahui Al-Qubaisi, Haoues sebenarnya sudah lama mengumpulkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya, termasuklah bank statement, perincian berkaitan hartanah yang dimilikinya, dll. Dokumen ini kemudian dibocorkan, termasuklah kepada Rewcastle-Brown

Haoues kemudian mengugut untuk mendedahkan pula info berkenaan Sheikh Mansour, salah seorang putera UAE dan juga big boss kepada Al-Qubaisi. Namun sebelum sempat pun lagi, UAE crown prince, Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan mengeluarkan arahan untuk Al-Qubaisi dipecat, diikuti dengan Al-Husseiny (CEO Aabar, syarikat bawah IPIC). Al-Qubaisi kemudian ditangkap, dan IPIC sendiri diumum untuk diserap mansuh bawah Mubadala pada tahun 2016.

Pada 2014 juga dikatakan dalam buku ni emel-emel 1MDB mula dibocorkan dan sampai ke tangan Tun Mahathir, yang mendapati Jho Low mempunyai kuasa ke atas 1MDB. Akhirnya pada tahun 2015 selepas semua ini bocor, kerajaan mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk audit 1MDB. Public Accounts Committee ketika tu ada mengarahkan Jho Low untuk bertemu dengan diorang, tapi pada saat tu kedudukan Jho Low dah tak diketahui umum.

Pada tahun 2015 juga WSJ mengeluarkan sebuah artikel eksklusif berkaitan 1MDB. Yang menjadi permulaan isu 1MDB bergolak di dalam financial market. Dalam buku ni turut tertulis berkaitan portfolio outflow yang berlaku disebabkan kerisauan pelabur luar ke atas isu 1MDB

Masih ingat ketika itu WSJ ada mengeluarkan paparan khas di dalam laman web nya, untuk sesiapa yang mempunyai info rahsia untuk kongsi dengan mereka dan dijanjikan anonymity. Banyak info yang mereka perolehi dari situ, daripada minit meeting board 1MDB sehinggalah salinan copy message Blackberry antara Joanna Yu dan Jho Low.

Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan antara Polis, BNM, AG, dan SPRM pada 6 Mac 2015 untuk menyiasat kes 1MDB. Pada 24 Julai 2015, AG ketika itu, Abdul Gani Patail memberitahu ketua polis negara niatnya untuk melakukan criminal charges ke atas Perdana Menteri. Pada 28 Julai 2015, Abdul Gani Patail secara tiba-tiba dihalang oleh pegawai dan pasukan keselamatan JPM daripada memasuki pejabatnya dan dipecat serta merta (mengumumkan perletakan jawatan). DS Najib juga menukar head of police special branch, dan pada 29 Julai, berlaku kebakaran di Tingkat 10 Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, membawa kepada kebakaran dokumen-dokumen di tingkat itu. Yang merupakan pejabat tadbir Jabatan Siasatan Jenayah.

Kesimpulannya, kejatuhan Jho Low bermula dengan serius pada tahun 2015. Yang mana a series of events, satu per satu, membawa kepada kebocoran maklumat dan info berkaitan segala transaksi yang dilakukan oleh Jho Low. Ada banyak lagi sebenarnya, yang membawa kepada escalation of events sehinggakan Singapore, Swiss dan US Department of Justice membuka siasatan mereka sendiri ke atas 1MDB dan Jho Low.

US DOJ kemudian membuat civil charges untuk menyita semua aset-aset berkaitan 1MDB. Daripada saham di Time Warner, sehinggalah hasil keuntungan filem The Wolf of Wall Street dan Oscar yang dimenangi, segala aset hartanah bawah nama Riza Aziz, Jet peribadi Jho Low dan kemudian Indonesia membantu menahan Equanimity, batu permata Mirinda Kerr yang dihadiahkan Jho Low, dan banyak lagilah.

Tapi apa pun. Kebanyakan kebocoran serious yang berlaku bukanlah atas niat suci. Tetapi atas niat dendam. Xavier Justo, Racem Haoues. Selepas itu barulah pihak berkuasa mula ambil tindakan, dan dengan kerjasama peringkat antarabangsa, berjaya merungkai apa yang berlaku.

Maka nasihatnya di sini, janganlah membuat jenayah. Jangan jadikan orang lain dengki juga. Carilah rezeki yang halal dan berkat. Jho Low pada saat dia mula kantoi itu dia cerita kepada yang lain bagaimana dia menghadapi kesukaran tidur malam.

Bak kata pepatah...

"Clever clever squirrel jump. One day fall to the ground also"

Disclaimer: seperti biasa segala fakta ini diambil daripada buku Billion Dollar Whale. Jika ada yang salah, maka buku tu lah yang salah . Segala sabit kesalahan terserah kepada mahkamah dan bukan buku ini.

As a side note... Jho Low ada dilihat bersama-sama dengan girlfriendnya, Jesselynn Chuan Teik Ying, dan seorang bayi. He has a child. Dan dia sekarang ada website peribadi dia, yang dia menggelarkan dirinya sebagai 'global philanthropist'
http://jho-low.com
 
Last edited:

midi2020

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
4,494
Reaction score
4
Points
25
Billion Dollar Whale: How to become rich, the Jho Low's way

Pernah terfikir tak kenapa orang selalu kaitkan kerjaya di Wall Street dengan 'kaya'? Dan apa sangat yang diorang buat yang menjadikan diorang tu jadi kaya?

Kuncinya ada dua:
1) Middleman
2) Huge sums of money

Yes that's it.

Disebabkan diorang menjadi Middleman. Contohnya untuk department DCM yang mengeluarkan bon. Kerja diorang adalah menghubungkan syarikat besar yang nak cari duit, dengan financial market yang ada banyak duit.

Dan duit itu melibatkan jumlah yang banyak. Kalaulah ianya hanya RM1 billion pun, fee sebanyak 1% pun dah boleh menjadikan diorang perolehi RM10 juta.

(owh btw normal fee is less than 1%. Tapi untuk kes 1MDB dan Goldman Sachs, fee yang dibayar adalah sebanyak 11% lol)

Disebabkan tidak ada entiti lain yang boleh membantu syarikat tu mendapatkan duit sebanyak itu, maka investment bank menjadi industri yang sangat kaya.

Dan itulah yang Jho Low cuba buat

Dia cuba jadi Middleman. Yang menghubungkan ahli politik di Malaysia dengan duit dari Arab.

Dan macam mana dia berjaya menghubungkan kedua-kedua pihak tu?

Jawapannya sejak kecil lagi, dilatih oleh ayahnya sendiri

Larry Low, ayah Jho Low membeli rumah di Kensington Green di London, yang turut banyak dibeli oleh orang-orang kaya dan ahli politik Malaysia dengan tujuan untuk membuat networking dengan mereka. Di situlah Jho Low mula berkenalan dengan Riza Aziz, anak tiri DS Najib, yang kemudian membantu Jho Low untuk membuat networking dengan Najib.

Di universiti pula Jho Low sudah mula membuat networking sendiri semasa dia belajar di Wharton School, University of Pennsylvania. One of the Ivy League business schools di US (kepada yang tak tau Ivy League ni dikira sebagai the most prestigious University in US)

Dia banyak berbelanja untuk buat parti-parti extravaganza. Yang bertujuan untuk menarik perhatian anak orang-orang kaya kat situ, termasuklah Ivanka Trump. Dia sehinggakan sewa SC-430 Lexus, untuk jadikan dia nampak seperti orang kaya. Yes, sewa, walau dia claim itu miliknya. Dia juga dah mula menulis artikel-artikel berkaitan stock market. Yang mana content dia hanyalah copy paste daripada report-report orang lain dan dikeluarkan di Wharton Journal.

Hasilnya, antara kawan yang dia buat adalah Hamad Al Wazzan, anak orang kaya dari Kuwait dan dari situlah dia mula membuat networking dengan orang kaya Arab.

Al Wazzan memperkenalkan dia kepada Yousef Al Otaiba, yang ketika itu adalah political adviser kepada Mohammed bin Zayed Al Nayhan, crown prince of UAE

Otaiba pula perkenalkan Jho Low kepada Khaldoon Khalifa Al Mubarak, CEO Mubadala Development, UAE sovereign wealth fund.

Dari situ, Jho Low berjaya set up meeting antara Khazanah Nasional dan Otaiba, untuk Mubadala labur di dalam projek Iskandar Johor. Dan rancangannya berjaya, Mubadala JV dengan Kuwait Finance House untuk melabur di dalam Iskandar Johor.

Cuma apabila Jho Low mintak broker fee daripada Khazanah sebab menarik masuk Mubadala untuk melabur, Khazanah menolak. Dan dari situlah dia mula bertekad untuk memegang investment fund miliknya sendiri.

Kemudian dia mula bawak DS Najib dan Rosmah berjumpa King Abdullah di Saudi Arabia, UAE crown prince Mohammed bin Zayed, dan kemudian Prince Turki of Saudi Arabia, pemilik sebenar PetroSaudi di atas kapal peribadi yang disewa.

Dari situ, Jho Low menjadi orang penting DS Najib. Yang menghubungkan Malaysia dengan negara-negara (baca: duit) Arab.

Jho Low bermula dengan ingin menjadi broker. Middleman. Dealmaker. Orang yang menghubungkan duit dan projek. Dan dia berniat nak ambil dari situ.

Tapi lama kelamaan game dia dah lain. Dia mula menipu Taib Mahmud untuk beli syarikat construction sampah yang dia sengaja wujudkan shell company yang berbunyi seperti syarikat Arab yang besar sebagai pemilik syarikat construction tersebut, tetapi sebenarnya langsung tak ada kaitan. Dan dalam kes 1MDB, dia mula secara langsung mencuri duit tersebut berbanding menjadi deal maker. Dan seperti biasa, dia mewujudkan offshore shell company, untuk buat syarikat tu seolah-olah syarikat sebenar (seperti kes Aabar), dan dia gunakan pelbagai cara untuk pastikan nama dia tak tertulis secara rasmi di dalam syarikat-syarikat ini.

Dan dengan duit itu, dia mula berparti lebih besar. Sehingga tahap Paris Hilton, Leonardo Dicaprio pun selalu datang ke parti dia. Dan dia mengkagumkan pulak orang-orang kaya Arab, yang walau kaya, diorang masih tak tercapai untuk buat networking dengan Hollywood, tapi dia ni dapat.

Itulah game Jho Low. Yang membawa dia kepada penerbitan movie The Wolf of Wall Street. Malahan di dalam senarai credit movie tersebut, nama Jho Low ada di dalamnya.

Yes ladies and gentlemen

Kejayaan Jho Low terletak pada networking yang dia miliki. Itu kunci kekayaan dia. Dan juga kunci kekayaan ramai orang.
menarik cerita "kejayaan" jho low ni..
boleh buat movie biography..
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
28,384
Reaction score
1,785
Points
191
Naseb baik aku tak kaya, kalau aku kaya silap2 aku pun kena tipu dgn dia...
 

Deen27

Active+ Member
Joined
Jan 25, 2012
Messages
2,924
Reaction score
68
Points
35
Sebab ak join CG neh. 1st time register sebab gpc. Sampai skang x tau betul ke x cite nye.. Belajar ntok jadi middleman. Apa cerita la abng beruang sekarang neh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register