DenyMyExistenc3
Fun Poster
- Messages
- 613
- Joined
- Aug 6, 2008
- Messages
- 613
- Reaction score
- 100
- Points
- 23
Salam,
Hampir semua orang gemar memilih jalan mudah untuk mencapai sesuatu hajat atau matlamat. Mereka mahu capai semua tujuan dengan mudah, kalau boleh tanpa perlu memerah otak atau memerah keringat. Bila sudah dapat sesuatu dengan cara mudah, mereka akan tidur lena dibuai mimpi dan akan terus lalai. Hanya sekitar 5% dari manusia di atas muka bumi ini yang sedar bahawa 'bukan senang untuk jadi senang' dan 'untuk jadi hebat kita perlulah sedia menghadapi segala bentuk cabaran yang hebat'.
KISAH IKAN JEPUN
Sejak zaman dahulu orang Jepun menyukai ikan segar. Tetapi tidak banyak ikan yang tersedia di perairan yang dekat dengan Jepun dalam beberapa dekad ini. Jadi untuk membolehkan rakyat Jepun makan ikan secukupnya, kapal-kapal penangkap ikan bertambah lebih besar dari sebelumnya. Semakin jauh para nelayan pergi, semakin lama waktu yang diperlukan untuk membawa hasil tangkapan itu ke daratan. Jika perjalanan pulang mencapai beberapa hari, ikan tersebut tentulah tidak segar lagi. Orang Jepun tidak suka rasa ikan yang tidak segar. Untuk mengatasi masalah ini, perusahaan perikanan memasang 'freezer' di kapal mereka. Mereka akan menangkap ikan dan terus membekukannya di laut.
'Freezer' memungkinkan kapal-kapal nelayan untuk pergi semakin jauh dan lama. Namun, orang Jepun dapat merasakan perbezaan rasa antara ikan segar dan beku, dan mereka juga tidak suka ikan beku. Ini menyebabkan ikan beku harganya menjadi lebih murah. Kemudian perusahaan perikanan memasang tangki-tangki penyimpan ikan di kapal mereka. Para nelayan akan menangkap ikan dan terus memasukkannya ke dalam tangki hingga berhimpit-himpitan. Setelah berlalu beberapa ketika, ikan-ikan tersebut berhenti bergerak. Mereka lelah dan lemas, tetapi tetap hidup. Namun, orang Jepun masih tetap dapat merasakan perbezaannya. Kerana ikan tadi tidak bergerak selama berhari-hari, rasa segar ikan itu akan hilang. Orang Jepun mahukan rasa ikan segar yang lincah, bukan ikan yang lemas.
Bagaimanakah perusahaan perikanan Jepun dapat mengatasi masalah ini? Bagaimanakah mereka membawa ikan dengan rasa segar ke Jepun? Jika anda menjadi konsultan bagi industri perikanan, apakah yang anda sarankan?
Dalam anda mencapai matlamat anda, seperti mendapatkan jodoh - memulakan perusahaan yang berjaya - membayar hutang-hutang anda - atau apapun, anda mungkin kehilangan ghairah atau semangat. Anda mungkin tidak bekerja keras dan anda akan bersantai kerana semuanya anda anggap mudah. Sebenarnya anda mengalami masalah yang sama berbanding para pemenang loteri yang menghabiskan wang mereka, atau pewaris kekayaan bapa atau datuknya yang boros dan tidak pernah jadi dewasa, atau kaum ibu yang ketagihan makan jamu.
Sepertimana masalah ikan di Jepun tadi, penyelesaian terbaiknya adalah agak mudah. Hal ini telah diamati oleh seorang pujangga di awal 1950-an. 'Manusia boleh jadi hebat, anehnya, hanya dalam keadaan lingkungan yang mencabar' - L. Ron Hubbard.
KELEBIHAN CABARAN:
Semakin diri anda cerdas, tabah dan berkebolehan, semakin gemarlah anda menangani masalah yang rumit. Jika anda dicabar dan anda dapat mengatasi cabaran tersebut, anda akan merasa bahagia dan puas. Anda akan memikirkan untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut dan akan merasa bersemangat. Anda akan tertarik untuk mencuba cara-cara baru bagi menyelesaikannya. Anda akan senang hati. Anda akan merasa hidup!
JADI BAGAIMANAKAH IKAN JEPUN TETAP SEGAR?
Untuk menjaga agar rasa ikan tersebut tetap segar, perusahaan perikanan Jepun masih tetap menyimpan ikan di dalam tangki. Tetapi kini mereka memasukkan seekor ikan yu kecil ke dalam setiap tangki. Memang ikan yu itu akan memakan sedikit ikan yang ada, tetapi kebanyakan ikan akan sampai ke daratan dalam keadaan yang sangat segar. Ikan-ikan tersebut telah tercabar.
RENUNGAN:
Jangan menghindari tentangan dan cabaran, melompatlah ke dalamnya dan taklukilah ia. Nikmatilah permainannya. Jika tentangan anda terlalu besar atau terlalu banyak, jangan mudah menyerah. Jangan biarkan kegagalan membuatkan anda merasa lelah, sebaliknya, atur kembali strategi. Temukanlah lebih banyak keyakinan, pengetahuan, dan bantuan. Jika anda telah mencapai matlamat anda, rancanglah matlamat yang lebih besar lagi. Itulah cara bagaimana seseorang menjadi hebat lagi berjaya.
Walaupun anda amat berkuasa, jika anda hanya bertindak untuk kepentingan peribadi maka anda dianggap masih berhati kecil dan penakut. Berpindahlah ke matlamat untuk manfaat kumpulan anda, masyarakat, bahkan umat manusia. Jangan mencipta kejayaan kemudian tidur di dalamnya. Anda sebenarnya memiliki sumber kekuatan, keahlian, dan kemampuan untuk melakukan perubahan. Maka lakukanlah perubahan demi manfaat sejagat.
Oleh kerana itu masukkanlah seekor ikan yu ke dalam tangki anda dan lihatlah betapa jauh yang dapat anda lakukan dan capai!
KESIMPULAN:
Anda mungkin selalu dengar betapa orang-orang hebat, tinggi ilmu atau kaya-raya dulunya datang dari keluarga yang susah atau dihina. Inilah antara contoh terbaik betapa cabaran-cabaran itu telah membentuk mereka menjadi insan yang berjaya. Oleh itu jika anda lahir dalam kesenangan, belajarlah erti kesusahan kerana itu akan menjadi acuan terbaik bagi kejayaan.
Begitu juga dalam hal kepimpinan. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang sanggup ditentang dan dicabar serta bijak menyusun strategi untuk mengatasi segala cabaran. Dia akan mengemukakan idea-idea dan langkah-langkah bernas hinggakan bukan saja dia dipandang hebat tapi dia hebat dalam ertikata yang sebenar. Pemimpin yang tidak mahu ditentang atau takut ditentang adalah pemimpin yang punya minda yang lemah dan lesu. Dia tidak akan mampu menghasilkan idea-idea yang bijak lagi bermanfaat untuk kelompok yang berada di bawah pimpinannya. Sebenarnya manusia perlu dicabar dan tercabar, barulah mereka akan gunakan fikiran dan daya usaha secara optima. Semoga direnungkan.
Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.