BTC USD 84,928.6 Gold USD 3,319.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu

Di daftarkan berbin/bintikan ibu, Abdullah atau tidak berbin/binti

Kalau betul kes ni, senang je nak track sebab ada rekod hospital dan semua. Satu kampung pun patut tahu. Tapi tak pernah dengar pula berita apa2.

Jangan sampai jadi kes yang claim masjid tukar jadi tokong la apa la. Last last terbukti berita palsu. Ceramah bedasar kan “saya dengar cerita dari orang lain saja…”.
 
Sponsored Post

Secara logik dan saintifik, tak boleh berlaku. Lepas check DNA segala bagai, mungkin boleh ditentukan siapa jinnya🤣.

Nota: tak payah lah nak claim wanita sekarang sesuci Mariam AS
 
Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu

Gambar hiasan
PETALING JAYA – Seorang wanita yang tidak pernah berkahwin, tidak pernah adakan hubungan dengan lelaki, berzina mahupun dirogol didakwa mengandungkan ‘benih’ jin disebabkan angkara sihir di Terengganu.

Kisah benar itu telah diceritakan sendiri oleh penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob menerusi satu klip video ceramahnya berkata, kejadian tersebut diketahui selepas satu kejadian yang berlaku di salah sebuah hospital di negeri tersebut.

Jelasnya, wanita terbabit hanya mengandungkan benih jin hanya selama empat jam sahaja selepas bermimpi seorang lelaki yang memujuknya untuk menjaga anak lelaki itu.

“Saya diberitahu oleh jiran wanita tersebut di sebuah kedai kopi, kami ke hospital dan pihak di sana bertengkar sebab buku merah wanita itu tiada. Saya kata uruskan dulu nanti saya akan cerita kemudian.

“Ajaibnya wanita itu hanya mengandung selama empat jam sahaja, asal seperti telur ayam kemudian membesar di perutnya. Dia lahir juga sungguh mudah, darah sedikit sahaja keluar,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ujian DNA turut dilakukan oleh seorang pakar di sebuah hospital di Kuantan dan ternyata selepas dinilai darah bayi itu bukan dari kategori darah manusia.

“Bukan darah B, bukan B+ ataupun O, darah budak itu tadi bukan darah manusia, pakar di Kuantan yang telah sahkan perkara ini.

“Apa yang nak diceritakan di sini sebenarnya, ketika zaman nabi Isa A.S, maknya Mariam juga seorang wanita yang mengandungkan baginda tanpa suami dan tanpa melakukan hubungan intim, ini semua kuasa Allah dan ingin buktikan tentang mukjizat.

“Namun dalam zaman ini, ia bukan satu mukjizat tetapi definisinya adalah dunia akhir zaman, ini tanda akhir zaman, tidak mustahil bagi Allah untuk tunjukkan kisah ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

ni selalu perjanjian lama tok nek mainan saka la ni
90% melayu dan bangsa lain ada benda ni
org kapir xkatala sbb depa xde syahadha, auto terus ada dah kapir
sbb tu kena ngaji agama baru selamat dr tipu daya halus jin2 kapir ni
sebenarnya manusia ni lahir2 dah berkembar jin qorin dah, ade dlm surah tu sila baca...
 
Orang x nafikan kewujudan jin tu,..

Orang nafikan kebolehan jin tu untuk hamilkan manusia
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register