Kisah benar - niat dan password

Recommended Brokers


a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,076
Reaction score
525
Points
111
Saya ada sedikit tips dan pengakuan...

Semuanya bermula agak lama dahulu, dalam zaman internet.

Hari2 masuk kerja bende pertama kita lakukan ialah login ke komputer dan masukkan password.

Setelah beberapa lama, dari password yang tah hapa2, saya terfikir kan bagus kalau kita jadikan azam dan cita2 kita sebagai password. Bila kita fokus ke perkara tu, secara tak sedar subconscious kita akan menuju ke arah target tu. Jadi saya mulakan dengan sasaran2 jangka pendek bersifat duniawi. Mula2 sekali saya masukkan model kereta idaman saya sebagai password komputer di tempat kerja. Hari2 saya tekan nama kereta tu dengan harapan dan insyaAllah. Semangat kerje pun naik sket.
Alhamdulillah dalam setahun, saya dapat tukar kereta dari kereta jepun ke kereta jerman idaman saya tanpa berhutang besar. Aneh tapi benar.

Kemudian saya tukar password ke alamat rumah idaman. Dipendekkan cerita, sama juga, dalam 2 tahun kami sekeluarga berpindah dari rumah setingkat ke rumah 3 tingkat di kawasan yang aman. Saya sarankan forummers cuba. Mungkin kombinasi niat, harapan, doa, usaha dan fokus. Apatah lagi pagi2 memang saat rezeki murah, mungkin malaikat Mikail tolong aminkan password!

Baru2 ni saya tukar password ke sasaran seterusnya. Tapi nampaknya kali ni mungkin tak tercapai. Hari ini saya ke seminar tanpa bawa laptop tapi di sana dapat panggilan dari client penting. Dia mintak data urgent. Terpaksa call rumah minta isteri emailkan file. Saya terpaksa dedahkan password saya yaitu neelofa<3me. Cuma tu bukan nama isteri saya.

Baru je abis perang tadi bila pulang ke rumah.Nampaknya terpaksa alihkan fokus buat masa ni. Apa2pun teknik ni berkesan dan tak rugi mencuba.
 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,584
Reaction score
991
Points
166
Terbukti
Wajah neelopa
Membuatkan lelaki
Jadi terlupa
Kepada Bini yg tak kurang lawa
 

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
5,676
Reaction score
199
Points
73
rajin ko taip pasword alamat rumah..poskod skli tak tu
 

Lazat

Freshie
Joined
Aug 1, 2019
Messages
19
Reaction score
3
Points
8
Saya ada sedikit tips dan pengakuan...

Semuanya bermula agak lama dahulu, dalam zaman internet.

Hari2 masuk kerja bende pertama kita lakukan ialah login ke komputer dan masukkan password.

Setelah beberapa lama, dari password yang tah hapa2, saya terfikir kan bagus kalau kita jadikan azam dan cita2 kita sebagai password. Bila kita fokus ke perkara tu, secara tak sedar subconscious kita akan menuju ke arah target tu. Jadi saya mulakan dengan sasaran2 jangka pendek bersifat duniawi. Mula2 sekali saya masukkan model kereta idaman saya sebagai password komputer di tempat kerja. Hari2 saya tekan nama kereta tu dengan harapan dan insyaAllah. Semangat kerje pun naik sket.
Alhamdulillah dalam setahun, saya dapat tukar kereta dari kereta jepun ke kereta jerman idaman saya tanpa berhutang besar. Aneh tapi benar.

Kemudian saya tukar password ke alamat rumah idaman. Dipendekkan cerita, sama juga, dalam 2 tahun kami sekeluarga berpindah dari rumah setingkat ke rumah 3 tingkat di kawasan yang aman. Saya sarankan forummers cuba. Mungkin kombinasi niat, harapan, doa, usaha dan fokus. Apatah lagi pagi2 memang saat rezeki murah, mungkin malaikat Mikail tolong aminkan password!

Baru2 ni saya tukar password ke sasaran seterusnya. Tapi nampaknya kali ni mungkin tak tercapai. Hari ini saya ke seminar tanpa bawa laptop tapi di sana dapat panggilan dari client penting. Dia mintak data urgent. Terpaksa call rumah minta isteri emailkan file. Saya terpaksa dedahkan password saya yaitu neelofa<3me. Cuma tu bukan nama isteri saya.

Baru je abis perang tadi bila pulang ke rumah.Nampaknya terpaksa alihkan fokus buat masa ni. Apa2pun teknik ni berkesan dan tak rugi mencuba.
Nothing will stay forever. One day the said celebrity cum businesswoman will experience aging.

Never be obsessed to the creation. Focus on the Creator instead!
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
7,696
Reaction score
402
Points
86
perkongsian yg terbaik. sat lagi nak buat id baru 2019 Honda Civic Type R
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,076
Reaction score
525
Points
111
nih lawak kan TT ?
bukan lawak ni....

pernah terdengar pensyarah kat radio ikim cakap, kalau nak marah anak jangan guna kata2 seperti bodoh, degil, tak dengar kata dsb... nanti malaikat kat sebelah aminkan.

Jadi saya gunakan angan2 yang baik tiap2 pagi, mungkin malaikat aminkan....

kalau lawak, pagi sabtu lepas subuh camni saya belum keluar bilik lagi :((
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,026
Reaction score
1,508
Points
596
Yer betul saya sokong

Saya pun ade pengalaman dalam hidup

Lepas spm

Saya masuk program diploma UiTM

Saya kena buang Universiti sebab gagal subjek math

Dan ditakdirkan masa tue saya nak minta kerja

Memang susah dapat

Pi banyak interview kerja

Tak pernah nak dapat

Then satu hari tue

Saya fokus pada satu bende

Macam mana pun saya akan dapat keje

Dan saya dapat interview

Alhamdulilah dapat keje tetap

Setelah bertahun tak dapat keje selepas gagal belajar di Universiti

Juga masa mula mula biz

Saya start ngan bisnes ebook dan banyak biz

Dan masa tue jutawan irfan khairi dengan web irfankhairi.com

Bagi saya satu matlamat

Saya nak satu hari nanti saya ada web nama sendiri dan biz sendiri

Setelah beberapa tahun

Saya dah ada web sendiri biz sendiri dan pelanggan dari seluruh malaysia juga brunei singapura dan indonesia

Apapun terjadi dalam hidup

Teruk macam mana pun

Kene kuat semangat menempuh kehidupan
 

jaws_am

Super Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
9,990
Reaction score
1,444
Points
141
bukan lawak ni....

pernah terdengar pensyarah kat radio ikim cakap, kalau nak marah anak jangan guna kata2 seperti bodoh, degil, tak dengar kata dsb... nanti malaikat kat sebelah aminkan.

Jadi saya gunakan angan2 yang baik tiap2 pagi, mungkin malaikat aminkan....

kalau lawak, pagi sabtu lepas subuh camni saya belum keluar bilik lagi :((
persoalan dia..
kenapa neelofa ?
mmg kenal ke ?, pernah sembang ke ? selalu contact ke ?

sbb benda nih nmpk mcm x logik..

angan2 nak rumah nak kereta..
mindset kita leh hadam..

bila letak neelofa ? seolah2 mcm sengaja..

tu aku rasa mcm lawak sikit..

___

sebab aku nak try buh password PM 8 lepas nih..
:">
 
Sponsored Post
Top
Log in Register