Kisah 2: Syeikh Ahmad pulihkan wanita dari SIHIR PELALAU

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
SIHIR PELALAU ialah sejenis sihir yang boleh menyebabkan terkuncinya nafsu seseorang lelaki atau wanita untuk berkahwin. Keinginan untuk berkahwin ada, tetapi seperti ada sesuatu yang sering menghalangnya.

Orang yang terkena sihir ini akan menjadi pendiam, tidak aktif, murung, dan suka menyendiri.

Sihir ini juga boleh menyebabkan seseorang itu sukar mendapat jodoh. Ada yang bertunang/berkawan bertahun2, tiba2 putus tanpa ada sebab yang jelas dan boleh diterima akal.

-----------------------------------------------------------------

Kisah Syeikh Ahmad merawat seorang wanita yang terkena SIHIR PELALAU ini akan menyusul kemudian......
 
Sponsored Post

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
Buku: Syifau'r-Rahman li 's-Sihri wa 'l-Hasad wa Amradi 'l-Jann
Muka surat: 55-60
Penulis: Syeikh Ahmad An-Nuhasi

-----------------------------------------------------------------

Suatu hari seorang bapa membawa anak gadisnya yang suka marah2 samada di tempat kerja atau di rumah ke rumah Syeikh Ahmad An-Nuhasi. Anaknya dikatakan mempunyai Ijazah Alamiyah dan mempunyai karier yang baik. Malangnya, anaknya diberitakan tidak mahu berkahwin dan sering menolak lamaran.
Gadis itu kemudiannya didudukkan di hadapan Syeikh. Syeikh Ahmad pun terus membaca ayat2 Al-Quran, seketika kemudian gadis tersebut menggeletar, lalu menjerit sambil matanya terkatup.

Syeikh Ahmad: Dengan Nama Allah, Siapa nama kamu?

Gadis(Suara jin lelaki): Apa kena mengena engkau dengan perempuan ini?

SyeikhAhmad : Jawab soalan aku, jika tidak, aku akan sakiti engkau.

Gadis(Suara jin lelaki): Engkau suruh aku cakap?

Syeikh Ahmad : Ya... adakah engkau muslim?

Gadis(Suara jin lelaki): Ya, aku bersaksi tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.

Syeikh Ahmad : Adakah kau seorang khadam, adakah makhluk lain bersama kamu?

Gadis(Suara jin lelaki): Tak, aku hanya sendiri, tidak ada yang lain.

Syeikh Ahmad : Kenapa kau masuk dalam badannya, sejak bila?

Gadis(Suara jin lelaki): Dia pernah jatuh menghempap aku, aku masuk ke badannya sejak 10 tahun lalu.

Syeikh Ahmad : Di mana dia jatuh?

Gadis(Suara jin lelaki): Di tangga rumahnya.

Syeikh Ahmad : Macam mana kau boleh masuk rumahnya? Adakah kau masuk melalui syarak?

Gadis(Suara jin lelaki): Macam mana jalan syarak yang kau maksudkan?

Syeikh Ahmad : Firman Allah, "Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam kepada yang empunya. Demikian itu lebih baik baik bagimu, mudah2an kamu mendapat peringatan."

Gadis(Suara jin lelaki): Aku tak buat begitu.

Syeikh Ahmad : Itu kesalahan pertama, akan dibalas oleh Allah jika kau tidak bertaubat. Kesalahan kedua, kau telah masuk ke dalam badannya selama sepuluh tahun dan telah mengubah perilakunya, dan ini kesalahan besar. Kau akan di soal di hadapan Allah kelak.

Gadis(Suara jin lelaki): Tapi aku sayangkan perempuan ini, dan tak akan meninggalkannya dalam keadaan apapun.

Syeikh Ahmad : Siapa yang menyebabkannya menolak pinangan orang yang hendak mengahwininya?

Gadis(Suara jin lelaki): Aku, kerana aku sayang kepadanya.

Syeikh Ahmad : Macam mana kau boleh buat begitu?

Gadis(Suara jin lelaki): Setelah perempuan ini melihat orang datang meminangnya, aku akan jadikan orang yang meminang itu kelihatan hodoh pada pandangan perempuan ini hingga timbul rasa benci yang bersangatan.

Syeikh Ahmad: Ini satu dosa lain. Kau akan dihisab di hadapan Allah.

Gadis(Suara jin lelaki): Dia milikku. Aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku mati.

Syeikh Ahmad: Dengan nama Allah, aku telah memberi peringatan kepada engkau, tetapi engkau tetap engkar. Dengar apa yang aku baca.

Setelah itu, Syeikh pun membaca ayat2 Al-Quran yang boleh menyebabkan jin tersebut berasa panas.

Gadis(Suara jin lelaki): Aku akan keluar !

Berulangkali juga Syeikh menasihatkan jin tersebut supaya keluar dan bertaubat, dan mencari isteri di kalangan jin. Setelah membuat perakuan, jin itu akhirnya keluar.

Perempuan tersebut akhirnya sembuh dan mendapat jodoh tidak lama selepas itu.
 
Last edited:

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
655
Points
161
kaedah rawatan untuk dicontohi....kes asyik tak dapat jodoh la ni!
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register