Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,366
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,366
- Reaction score
- 7,013
- Points
- 916
- Awards
- 1
Selepas CEO Telegram ditangkap tempoh hari oleh pihak berkuasa Perancis disebabkan pelbagai salah guna pada platform Telegram, kini pihak penyedia perkhidmatan permesejan berkenaan melakukan beberapa perubahan. Salah satunya pada bahagian FAQ perkhidmatan berkenaan.
Melalui kemaskini baharu, Telegram menyatakan semua mesej akan menyertakan butang membuat laporan atau “Report”, dimana pengguna boleh menghantar laporan berkaitan, dan pihak Telegram akan mengambil tindakan yang sesuai berkaitan perkara yang dilaporkan. Perubahan ini hadir selepas Telegram sebelum ini menyatakan semua perbualan adalah hanya antara pengguna sahaja. CEO Telegram sendiri, melalui kemaskini baharu turut memaklumkan Telegram akan mengambil lebih banyak langkah dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dan aktiviti salah-laku menggunakan platform Telegram.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Malaysia sendiri telah melakukan laporan kepada pihak Telegram berkaitan pelbagai kandungan yang tidak sesuai pada platform tersebut, termasuk lucah, perjudian dan penipuan. Dibawah skor pematuhan yang pernah dikeluarkan, ia meletakkan Telegram sekitar 65% sahaja, lebih rendah berbanding Facebook dan Instagram.