BTC USD 65,079.8 Gold USD 1,785.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kini giliran David dan Idham ‘selar’ Puad Onah?

voda

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
Sebelum ini, penerbit Grand Briliannce Sdn. Bhd, (GBSB) Ahmad Puad Onah, beria-ia mempertikaikan pelantikan David Teo dan Ahmad Idham sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Malah siap menghantar memorandum pembantahan tersebut kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau yang mengetuai persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) ketika itu, turut mendakwa David dan Idham menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri.

Belum pun selesai isu itu, tiba-tiba sahaja, Puad Onah, menganggotai Finas dengan menerima jawatan sebagai Timbalan Pengerusi.

Meskipun ia dilihat bercanggah dengan prinsipnya sebelum ini, bagi Puad pelantikannya itu diputuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Jelas Puad, tidak timbul soal kepentingan kerana jawatannya sebagai presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) yang meletakkannya sebagai ahli lembaga Finas.

Bagi Idham, perkara itu agak kelakar memandangkan Puad sebelum ini beria-ia membantah pelantikannya dalam Finas. Malah turut mempertikaikan kredibiliti Puad untuk menggalas tanggungjawab di finas.

Sementara itu, David Teo, turut merasa terpukul dengan berita itu dan kini sedang berkira-kira untuk menyaman Puad berdasarkan kenyataan dan tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.
 
Sponsored Post

frxgroup8

Active Member, XM Official, Introducing Broker
Paid Membership
Joined
Nov 7, 2010
Messages
1,312
Reaction score
0
Points
20
apa ke benda tu?
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,338
Reaction score
479
Points
91
tak faham.... tak faham... adessssssss..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register