Kingston bakal serikan hidup Chong Wei, Mew Choo

CG Sponsors




joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161


KUALA LUMPUR - Debaran yang dirasai jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini jauh lebih hebat daripada perasaannya ketika beraksi pada perlawanan akhir Sukan Olimpik, kerana dia bakal menyambut kehadiran Kingston Lee, insan baru yang akan menyinari hidupnya dan isteri, Wong Mew Choo.

Mew Choo, 29, dijangka melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini, dan Chong Wei mengakui, hatinya cukup berdebar menantikan detik bergelar bapa.

Kata Chong Wei, apa yang bermain di fikirannya ketika ini, bagaimanakah keadaan isteri dan bayi lelaki mereka.

Barangkali kerana ini adalah pengalaman pertamanya menimbang cahayamata, perasaan gundah gulana agak menganggu tumpuannya.

"Perasaan saya bercampur baur ketika ini, memang agak teruja hendak bergelar bapa tetapi pada masa yang sama resah juga memikirkan bagaimana keadaan isteri dan anak saya nanti. Saya harap kesihatan kedua-duanya baik.

"Saya akui, mungkin perkara ini sedikit sebanyak ada mengganggu fokus saya ketika beraksi pada Terbuka Australia tetapi kekalahan di sana (kepada Qiao Bin di separuh akhir) tidak terlalu meresahkan saya dan tidak mengganggu tumpuan saya untuk menghadapi Kejohanan Dunia (Ogos)," kata Chong Wei.

Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut.

"Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami... Nama itu sedap didengar.

"Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu," ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital.
 
Sponsored Post

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
memula baca ingt chongwei beli pendrive baru :)):)):))

:eek::eek::eek:
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,259
Reaction score
1,126
Points
201
letak name pendrive.... letak la nama dell ke... apple ke... luas skit market
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,675
Reaction score
21,084
Points
1,671
rasa mcm baru je kahwin..sekejap je masa berjalan adeh
 

rebellion

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 3, 2010
Messages
16,081
Reaction score
58
Points
135
"Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu," ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital.
[/SIZE]
ok la tu kingston, kalo huaweii lagi payah
 

arang67

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
6,585
Reaction score
347
Points
81
nak pancing suh kingston jadikan anak dia duta kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register