TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,138
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,138
- Reaction score
- 22,840
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Beijing: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un masih berkuasa tetapi tidak muncul di khalayak ramai sejak lebih sebulan lalu kerana cedera ketika menyertai latihan tentera.
Sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu menolak khabar angin yang mendakwa Kim, 31, sakit atau berlaku perebutan kuasa.
Media kebangsaan Korea Utara yang sering membesar-besarkan aktiviti Kim, tidak melaporkan kemunculan Kim di khalayak ramai sejak dia menghadiri satu konsert bersama isterinya pada 3 September lalu.
Dia juga dilapor tidak menghari majlis politik penting, semalam.
Menurut sumber berkenaan, Kim cedera ketika memeriksa latihan tentera.
“Dia mengarah semua jeneral mengambil bahagian dan dia juga menyertai latihan itu.
“Bagaimanapun, dia tercedera,” kata sumber yang enggan dikenali itu.
- Reuters
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KimJongUnmasihberkuasa/Article/index_html