Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,439
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,439
- Reaction score
- 7,018
- Points
- 916
- Awards
- 1
18.04.2024 - Sekurang-kurangnya 41 orang terkorban dalam insiden berkaitan dengan hujan lebat di sekitar Pakistan sejak Jumaat lalu, termasuk 28 yang maut akibat panahan kilat, kata pihak berkuasa kelmarin. Pihak berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) di Pakistan telah memberikan amaran mengenai kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerana lebih banyak hujan dijangkakan dalam masa beberapa hari akan datang. Punjab, wilayah paling besar dan paling padat penduduk di Pakistan, mencatatkan angka kematian paling tinggi, dengan 21 orang maut di antara Jumaat dan Ahad lalu.
“Saya sudah meminta pihak NDMA untuk menyelaraskan dengan wilayah...dan juga menyediakan barangan bantuan ke kawasan di mana kemusnahan telah berlaku,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif kelmarin.
Penduduk di kawasan luar bandar dan terbuka adalah lebih berisiko untuk dipanah kilat ketika ribut petir. Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban di wilayah Balochistan, termasuk tujuh yang dipanah kilat, di mana 25 daerah dilanda hujan lebat dan beberapa kawasan yang banjir. Semua sekolah di wilayah terjejas telah diarahkan ditutup kelmarin dan semalam, menangguhkan kepulangan pelajar selepas cuti Aidilfitri baru-baru ini. Empat orang terkorban dalam kemalangan jalan raya yang dikaitkan dengan jalan dilanda banjir di selatan wilayah Sindh.
Seramai lapan orang lagi terkorban di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, termasuk empat kanak-kanak, ketika beberapa rumah roboh dalam hujan lebat. Pengerusi Parti Rakyat Pakistan Bilawal Bhutto Zardari, ketika bercakap kepada media tempatan, telah mempersalahkan perubahan iklim bagi peningkatan dalam insiden kilat. Pakistan telah semakin terdedah kepada corak cuaca di luar jangkaan, termasuk hujan monsun yang memusnahkan yang biasanya muncul pada bulan Julai.