BTC USD 56,637.4 Gold USD 1,776.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kilang roti guna logo halal tidak sah

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,320
Reaction score
246
Points
43
PEGAWAI penguatkuasa KPDNHEP Perak bersama Jabatan Agama Islam Perak melalui Ops Halal memeriksa sebuah kilang di kawasan perindustrian di sini yang didapati memproses makanan menggunakan logo halal yang tidak sah. FOTO IHSAN KPDNHEP PERAK


Ipoh: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah kilang memproses makanan menggunakan logo halal tidak sah di sebuah kawasan perindustrian di sini, semalam.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, Ops Halal itu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) hasil risikan dan maklumat awam.

"Kilang ini memproses roti dan biskut. Pemilik premis gagal mengemukakan perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa," katanya pada kenyataan hari ini.

Saifullizan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kilang itu mendapati, ia turut menyimpan barang kawalan iaitu gula dan tepung gandum tanpa permit.

Sehubungan itu, pihaknya menyita dokumen, barangan pembungkusan, bahan mentah dan lain-lain untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM37,613.

"Bagi kes mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, jumlah keseluruhan rampasan adalah RM21,623. Barangan disita antaranya membabitkan 400 bungkus biskut.

"Bagi kes mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 pula, nilai keseluruhan rampasan RM 15,990. Barangan disita antaranya 285 guni tepung gandum 25 kilogram," katanya.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda sehingga RM1 juta.


== hmetro
 
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,783
Reaction score
600
Points
81
kilang ini kilang ini.....bagitau la nama kilang apa....berita yg xberapa memberitakan...
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,846
Reaction score
1,625
Points
201
kilang ini kilang ini.....bagitau la nama kilang apa....berita yg xberapa memberitakan...

biasa la perbo.dohkan melayu ni memang perkara asas kehidupan malaysia
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,797
Reaction score
206
Points
43
ni la berita..payah betul nk bagitahu jenama....
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,459
Reaction score
2,800
Points
201
Bila bagi nama, kena saman..
Korang nak bayar ?
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,797
Reaction score
206
Points
43
Bila bagi nama, kena saman..
Korang nak bayar ?
kenapa nak kena saman pulak? takkan la kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak nak bagi berita palsu?melainkan kena fitnah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register