Kilang punca empat Loji Rawatan Air henti tugas disita

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,156
Reaction score
1,093
Points
201
832147.jpeg



Lima dituduh cemar Sungai Gong dibenar ikat jamin RM400,000 seorang
NOOR AZLIDA ALIMIN | | 22 September 2020

Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi semakan keputusan ikat jamin hari ini.
A
A
SHAH ALAM - Setelah lapan hari ditempatkan di Penjara Bentong, empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa atas kes pembuangan bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang dibenar ikat jamin oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini sebanyak RM400,000 seorang.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Norsharidah Awang berkata, Yip Kok Wai, 52; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50; Yip Kok Weng, 60, dan Ho Voon Leong, 59, dibenarkan untuk diikat jamin dengan seorang penjamin namun perlu memenuhi syarat tambahan.

“Pasport bagi kesemua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dan jika mereka melakukan kesalahan sepanjang perbicaraan, mahkamah akan menarik balik jaminan tersebut.


“Mahkamah memberi jaminan itu dengan mengambil kira empat faktor iaitu keseriusan kes, tahap kesihatan, kebarangkalian berlaku gangguan terhadap saksi dan kes ini menarik perhatian umum,” katanya ketika semakan keputusan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen, Selayang yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemar Sungai Gong: Lima termasuk empat beradik didakwa

Terdahulu ketika membalas hujahan pihak pendakwaan, peguam, Akbardin Abdul Kader berkata, isu ganggu saksi tidak timbul kerana tiada laporan polis dibuat bagi menyokong keterangan yang dikemukakan.

“Walaupun anak guam saya dituduh mengikut Sesyen 430 yang mana ia termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin tetapi mahkamah mempunyai budi bidara untuk memberikan ikat jamin kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu,” katanya.

Bagaimanapun ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, apabila menyatakan kesalahan berkenaan menyebabkan bekalan air bagi 1.2 juta pemegang akaun terjejas.

“Pendakwaan percaya wujud kebarangkalian gangguan terhadap saksi, risiko untuk melarikan diri dan pengulangan kesalahan jika mereka dilepas dengan jaminan.

“Jelas sekali, tiada alasan untuk pertimbangan permohonan tertuduh dibenar untuk diikat jaminan, maka tidak ada kekhilafan dalam keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini,” katanya.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah dan Noor Husnita Mohd Radzi manakala pembelaan diwakili peguam Datuk Datuk Akberdin Abdul Kader.

Mengikut pertuduhan, lima tertuduh didakwa aras dua pertuduhan dengan niat bersama telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari Bengkel Yip Chee Seng&Sons Sdn Bhd dilupuskan ke alur air.

Ia kemudian mengalir ke dalam Sungai Gong, Rawang dengan mengetahui bahawa ia mungkin akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama telah melepaskan bahan buangan sama dari bengkel sama tanpa lesen yang didakwa mengikut Seksyen 25(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Yip Chee Seng&Sons Sdn Bhd Lot 4219, Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Dua, Rawang di sini antara 2 hingga 3 September lalu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...cemar-Sungai-Gong-dibenar-ikat-jamin-RM400000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,798
Reaction score
1,855
Points
206
Kenapa-tak-saman-kilang-yang-buat-pencemaran-tuuuuaiyo-jaga-taukey-kee.jpg


Best bukak kilang haram kat selangor ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Ada pelepasan sisa terlarang berhampiran Sungai Gong

Sungai Gong (gambar hiasan). FOTO Mahzir Mat Isa

Sungai Gong (gambar hiasan). FOTO Mahzir Mat Isa
BERNAMA

Cyberjaya: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) semalam mengesahkan ada pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembentungan di sekitar kawasan Sungai Gong, Rawang yang menjadi antara punca pencemaran sungai itu.

Span berkata, ia menjalankan operasi mengesan pembuangan sisa terlarang yang menyebabkan kejadian pencemaran Sungai Gong, pada lewat malam Khamis lalu bersama Jabatan Alam Sekitar (Jas) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Operasi itu memeriksa empat lurang pembetungan di kawasan berkenaan dan sampel air sisa di dalamnya diambil untuk ujian makmal bagi mengesan bahan buangan terlarang berkenaan, kata Span.
"Operasi mendapati berlakunya aktiviti pelepasan sisa terlarang ke dalam lurang pembetungan di sekitar kawasan berkenaan," kata Span dalam kenyataan hari ini.

Pada 19 September laly, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menerima laporan insiden air Sungai Gong berwarna hitam tetapi tiada bau yang disyaki disebabkan pewarna, dan menerusi siasatan lanjut, Luas menemui pelepasan efluen berwarna dan berbuih, daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan IWK GBK 134 area 5, di kawasan perindustrian Rawang.

Span berkata, petugas IWK di Loji Rawatan Kumbahan Rawang Integrated Industrial Park pada 19 September lalu mengenal pasti kemasukan buangan bukan kumbahan berwarna kuning ke dalam kebuk masuk loji berkenaan, yang menyebabkan IWK menghentikan pelepasan efluen dan melakukan operasi pembersihan loji.

Loji itu adalah jenis longkang pengoksidaan (Oxidation Ditch-OD) yang mempunyai kapasiti 11,106 penduduk setara meliputi kawasan perindustrian tersebut.
Menurut Span, loji rawatan kumbahan hanya direka bentuk untuk merawat air kumbahan dan tidak mampu merawat apa-apa bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembetungan.

Span berkata, pembuangan sisa terlarang bukan kumbahan adalah satu kesalahan menurut Seksyen 61, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA 2006).
"Span memandang serius terhadap mana-mana pihak termasuk industri yang membuang atau melepaskan air sisa bukan kumbahan ke dalam atau melalui sistem pembetungan kerana ia satu perbuatan jenayah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 12:28 AM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
JAS temui sisa klinikal haiwan di Sungai Gong

October 3, 2020 10:33 PM

SPAN-Sungai-gong-facebook.jpg

Pencemaran Sungai Gong bulan lepas menyebabkan loji rawatan air berdekatan dihenti tugas. (Gambar Facebook)

RAWANG: Program Gotong Royong Membina [email protected] Gong di Rawang, Selangor yang dijalankan hari ini membawa kepada penemuan sisa klinikal di tebing sungai itu yang disyaki daripada sebuah klinik haiwan swasta berhampiran.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar yang menemui sisa itu semasa menyertai program berkenaan berkata, sisa klinikal itu bukan sahaja mencemarkan sungai malah boleh membawa risiko penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.

Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, iaitu mana-mana orang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun dan denda tidak melebihi RM500,000.

“JAS mengesyaki klinik berhampiran dengan tebing sungai ini dan saya mengarahkan JAS Selangor mengambil bahan bukti untuk dihantar ke Jabatan Kimia supaya siasatan dapat dilakukan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pesalah,” katanya kepada media semasa Program Gotong Royong Membina [email protected] Gong, Rawang, Selangor di sini, hari ini.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
#kualalumpur Dua beranak yang juga pengarah syarikat ditahan di Rawang hari ini susulan kes pencemaran air Sungai Gong yang menyebabkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan terjejas Isnin lalu
https://www.hmetro.com.my/.../pencemaran-sungai-gong-dua...

Pencemaran Sungai Gong, dua beranak ditahan

GAMBAR hiasan.

GAMBAR hiasan.


Kuala Lumpur: Dua beranak yang juga pengarah syarikat ditahan di Rawang hari ini susulan kes pencemaran air Sungai Gong yang menyebabkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan terjejas Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, mereka berusia 31 dan 62 tahun ditahan jam 11.30 pagi ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, enam pekerja terdiri dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar turut ditahan.

"Mereka akan direman esok di Mahkamah Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pihak Air Selangor mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 12.38 tengah malam 19 Oktober lalu.

Berikutan itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga ton.

Pada jam 2.00 pagi, beberapa LRA yg lain terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras tiga ton.

Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera jentera pembinaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sehingga 6 pagi hari ini, sejumlah 1,077 atau 83 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah setakat ini adalah Petaling (94 peratus), Klang/ Shah Alam (54 peratus) Gombak (71 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus), Kuala Langat (50 peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus).


Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 3:31 PM

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,004
Reaction score
904
Points
121
Negeri termaju, nie la kena hadap bila xdk kawalan pembangunan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register