Kilang punca empat Loji Rawatan Air henti tugas disita

CG Sponsors




Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33
Pencemaran Sungai Gong: Lembaga pengarah, pengurus didakwa

SEMUA tertuduh dibawa ke Mahkamah Selayang. FOTO ASYRAF HAMZAH


Selayang: Empat lembaga pengarah, seorang pengurus kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi, atas pertuduhan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang.

Empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik iaitu Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut Ho Voon Leong, 59, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Bagi pertuduhan pertama, kesemua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang dekat sini antara 2 dan 3 September lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan peguam, Hakim Syafeera Mohd Said tidak membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Oktober depan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Datuk M Reza Hassan.

Pada 3 September lalu, berlaku pencemaran minyak dari kilang berkenaan yang telah menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan kira-kira lima juta pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang.


== hmetro
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Lima (5) Lelaki Tidak Di Benar Ikat Jamin

15.09.2020 - Shah Alam, Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, tidak dibenar dibebaskan dengan ikat jamin. Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu selepas menimbang hujahan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili kesemua tertuduh.

Kelima-lima lelaki tersebut iaitu empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik – Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel tersebut, Ho Voon Leong, 59, yang berada di dalam kandang tertuduh dilihat saling berpandangan selepas mendengar keputusan mahkamah. Kesemua mereka yang tiba di Mahkamah Selayang pada 8.45 pagi kemudiannya dibawa ke Penjara Bentong, Pahang pada 11.05 pagi. Terdahulu Muhamad Iskandar tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes tersebut tidak boleh dijamin.

“Kes ini mengakibatkan enam juta penduduk di Malaysia tidak ada air selama lima hari. Isu ini juga telah mendapat perhatian pucuk pimpinan teratas negara. Sekiranya mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan saya, saya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM2 juta bagi setiap tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, M Reza merayu jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

“Ketika kejadian anak-anak guam saya yang menyerah diri di balai polis… selain itu, mereka juga bersedia untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah,” katanya.

Sebelum itu, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka. Bagi pertuduhan pertama, semua mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang antara 2 dan 3 Sept lepas mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Lebih 40 wakil media tempatan berada di depan pintu mahkamah seawal 7 pagi sebelum dibenarkan masuk pada 8 pagi.

Susulan pencemaran minyak daripada kilang itu pada 3 Sept lalu, empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, menyebabkan 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/cemar-sungai-gong-lima-lelaki-tidak-dibenar-ikat-jamin/
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Sinar Harian



15m ·

Yee Kew menyenaraikan empat agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Lembaga Urus Air Selangor dan Pengurusan Air Selangor yang perlu bertanggungjawab menyebabkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta pengguna.

Gangguan air: MP Wangsa Maju kota janji saman empat agensi

19 September 2020




1600502128665.png

Yee Yew (tengah) bersama barisan peguam dan sebahagian pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air disebabkan pencemaran Sungai Gong 3 September lalu.


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yee Kew mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan perundangan ke atas agensi berkaitan yang gagal menjalankan tugas sehingga menyebabkan gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang pada 3 September lalu.

Yee Kew bersama pasukan perundangan terdiri daripada lima firma guaman hari ini menyenaraikan empat agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang perlu bertanggungjawab menyebabkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta pengguna.
Sebagai permulaan, katanya, tempoh dua bulan diperuntukkan untuk mengumpulkan 500 hingga 1,000 pengguna yang terjejas bagi tuntutan kerugian disebabkan gangguan air tidak berjadual itu.

Menurutnya, alasan gangguan bekalan air kali ketujuh berlaku dalam tempoh 14 bulan sejak Julai 2019 itu adalah disebabkan paip pecah dan pencemaran tidak boleh diterima.
"Setiap kali berlaku gangguan air, kita lihat hanya pemilik dan pekerja kilang akan didakwa kerana mencemarkan sungai sebelum insiden sama berulang beberapa bulan kemudian.

"Kita merasakan pihak yang menjaga sumber air mentah adalah pihak yang perlu dipertanggungjawabkan atas kecuaian mereka ketika menjalankan tugas dan gagal menjaga sumber air hingga menyebabkan berlakunya pencemaran," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Taman Danau Kota di sini hari ini.


1600502206820.png

Yee Kew (tengah) bersama barisan peguam pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berhubung tindakan perundangan bakal diambil ke atas agensi terlibat disebabkan gangguan bekalan air di Lembah Klang pada 3 September lalu.

Yee Kew berkata, gangguan bekalan air menjejaskan banyak pihak termasuk orang perseorangan, keluarga selain pengilang dan sektor perniagaan.
"Ada penduduk di pangsapuri yang tidak mempunyai lif terpaksa menaiki tangga untuk angkut air. Tak kurang juga terpaksa beratur panjang menunggu lori tangki air sampai serta kesukaran kepada keluarga yang mempunyai ramai anak.

"Gangguan air juga memberikan kesan kepada industri perniagaan, kilang, restoran, dobi dan penjaja yang ada antaranya tidak dapat beroperasi.
"Turut terkesan pesakit buah pinggang tidak dapat melakukan dialisis disebabkan pusat dialisis tidak beroperasi ketika berlakunya gangguan air," katanya.

Menurutnya, beliau menganggarkan kerugian ditanggung bagi isi rumah adalah sekitar RM300, manakala pengilang sekitar RM3,000 bergantung keperluan harian termasuk kos pembelian air.
Justeru, beliau berkata, pengguna yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh tampil di firma guaman Messrs Calvin Khoo di Plaza Kelana Jaya, Messrs Fithril Halim & Co Kiara di Jalan Kiara, Messrs Wun, Lee & Partners MH Avenue di Jalan Genting Klang, Saha & Associates di Wisma Bandar Tunku Abdul Rahman dan Prekeas & Partners di Jalan Universiti dengan yuran guaman serendah RM20.

Yee Kew sebelum ini menyuarakan hasrat mengambil tindakan perundangan kepada agensi terlibat termasuk pengendali perkhidmatan bekalan air selepas kecewa dengan gangguan bekalan air berulang disebabkan pencemaran.

Dalam kejadian 3 September lalu empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang dihentikan operasi susulan pencemaran air mentah susulan pelepasan pelarut di Sungai Gong disyaki dari sebuah kilang penyelenggaraan jentera.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Berita Harian Online



1j ·

Tiada henti tugas LRA dan gangguan bekalan air dilaporkan #BHnasional
https://bit.ly/2FJ4J8b

Sabtu, 19 September 2020 | 9:57pm

CARI

Sg_Gong_1600523820.jpg

Gambar fail Sungai Gong, Rawang, pada awal bulan ini. - NSTP/MAHZIR MAT ISA
Air Sungai Gong dikesan berwarna hitam - LUAS



SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung kejadian air Sungai Gong, Rawang, berwarna hitam pada tengah hari tadi.

LUAS dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan dikesan pada jam 12.11 tengah hari di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS.

Bagaimanapun, katanya, tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil siasatan mendapati air sungai terbabit berwarna hitam tetapi tiada bau, dan ia disyaki disebabkan pewarna.

"LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh di kawasan yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA utama di bahagian hilir Sungai Selangor.

"Siasatan juga mendapati ada pelepasan efluen berwarna dan berbuih daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan Perindustrian Rawang," katanya.

LUAS turut memaklumkan, pihaknya sudah menjalankan pensampelan dan mendapati kandungan ammonia ialah sebanyak 5.2 miligram per liter (mg/l), manakala jumlah pepejal terampai (TSS) pula 47mg/I.

Katanya, pihak IWK juga memberhentikan aliran daripada pam masuk dan seterusnya menghentikan pelepasan discaj efluen.

"Siasatan dijalankan LUAS bersama pihak Air Selangor di River Monitoring Station (RMS) Country Home Rawang, mendapati sampel aliran air berwarna hitam itu menunjukkan tiada bau dan minyak dikesan tetapi ia berwarna hitam.

"Siasatan diteruskan ke Sungai Sembah, iaitu aliran sebelum masuk ke Sungai Selangor, untuk pensampelan 'in-situ' dan mendapati tiada bau serta tiada warna kehitaman.

"Pemantauan rapi dari semasa ke semasa akan dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan," katanya.


 

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
856
Reaction score
67
Points
30
Yg kes sungai kim kim pasir gudang tak tau apa cite sampai sekarang senyap je. Dgr cite air sungai tu hitam balik . Tak pasti JAS ada pantau tak . Sana kilang lagi besar2
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Malaysia Gazette

Sebentar tadi ·

IWK tangkis dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang - CEO
#malaysiagazette
https://malaysiagazette.com/.../iwk-tangkis-dakwaan.../

IWK tangkis dakwaan cemari Sungai Gong di Rawang – CEO


20 September 2020

MGF050920_DEMONSTRASI-AMAN-ROBOH-KILANG-8-1-681x454.jpg

Sungai Gong di Jalan Batu Arang, Rawang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 05 SEPTEMBER 2020


KUALA LUMPUR – Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) hari ini menegaskan kejadian air di Sungai Gong, Rawang menjadi hitam, bukan berpunca daripada pelepasan efluen Loji Rawatan Kumbahan Kawasan Perindutsrian Rawang (GBK134) seperti dilaporkan media, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif IWK Narendran Maniam, sebaliknya berkata pihaknya telah mengenal pasti terdapat buangan bukan kumbahan berwarna kuning dalam kebuk masuk loji tersebut sehingga menyebabkan efluen di peringkat proses akhir loji tercemar dengan warna kuning pekat.


“Petugas IWK di loji terbabit masih memantau dan mengawal kemasukan air kumbahan ke loji. Kami mengesyaki terdapat pembuangan sisa secara haram berlaku berdekatan dengan loji IWK sehingga bahan terbabit mengalir masuk ke dalam loji.
“Sehubungan itu, petugas kami terus menghentikan pelepasan discaj efluen dan operasi pembersihan segera dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya hari ini. Kerja-kerja dos bahan kimia dijalankan dengan pantas bagi mengawal keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Semalam, media melaporkan bahawa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan insiden air Sungai Gong, Rawang berwarna hitam tetapi tiada bau yang disyaki disebabkan pewarna.

Hasil siasatan lanjut, LUAS menemukan pelepasan efluen berwarna dan berbuih, daripada discaj efluen loji rawatan kumbahan IWK GBK 134 area 5, di kawasan Perindustrian Rawang.
Kesal dengan dakwaan itu, Narendran berkata perkara itu boleh mengelirukan orang ramai selain menjadi penyebab untuk mereka menuding jari kepada IWK, walaupun punca sebenar berkemungkinan daripada pembuangan sisa secara haram.

“IWK sangat kecewa kerana sering menjadi sasaran mudah kepada sebarang kejadian pencemaran air seperti kejadian terbaharu ini tanpa membuat sebarang pemeriksaan rapi atau melaporkan maklumat secara menyeluruh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air kumbahan direka bentuk hanya bagi merawat air kumbahan dan ia tidak mampu merawat sebarang bahan kimia atau sisa lain yang dilepaskan secara haram ke dalam jajaran paip pembentungan.

Tegasnya, pembuangan sisa haram bukan kumbahan adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
— BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Berita Harian Online



3m ·

Empat ahli lembaga pengarah, seorang pengurus syarikat kes pencemaran Sungai Gong dibebas dengan jaminan RM400,000 seorang - BERNAMA
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,408
Reaction score
10,780
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)



2m ·

Lima tertuduh itu sebelum ini didakwa menyebabkan pencemarah Sungai Gong yang membawa kepada masalah bekalan air ke atas jutaan pengguna di Selangor dan KL.

1600757163751.png


4 beradik, pengurus bengkel jentera berat dibenar diikat jamin
Bernama
Diterbitkan Hari ini 2:33 pm


Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus syarikat membaiki jentera berat yang didakwa berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke Sungai Gong, Rawang dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan adik-beradik Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel berkenaan, Ho Voon Leong, 59, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Hakim turut memerintahkan kelima-lima lelaki itu menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan diberi amaran sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan menarik perintah jamin itu.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata beliau mengambil kira faktor seperti keseriusan kesalahan dihadapi kesemua tertuduh selain faktor kesihatan mereka serta bahaya yang menanti sekiranya kesalahan diulangi.

"Ini adalah kes serius yabng mendapat perhatian ramai, oleh itu mahkamah membenarkan semua yang tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM400,000 tiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan kesemua tertuduh perlu serahkan pasport kepada mahkamah, dan jika kesalahan dilakukan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan tarik balik jaminan," katanya.
- Bernama

 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33
Pencemaran Sungai Gong: 5 tertuduh dibenar ikat jamin



Shah Alam: Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus syarikat membaiki jentera berat yang didakwa berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, masing-masing dibenarkan diikat jamin RM400,000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik iaitu Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 50 dan Yip Kok Wong, 60; serta pengurus bengkel berkenaan, Ho Voon Leong, 59, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Beliau turut memerintahkan kelima-lima lelaki itu menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah dan memberi amaran sekiranya mereka melakukan kesalahan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan menarik perintah jamin itu.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata, beliau mengambil kira faktor seperti keseriusan kesalahan dihadapi kesemua tertuduh selain faktor kesihatan mereka serta bahaya yang menanti sekiranya kesalahan diulangi.

"Ini adalah kes serius yabng mendapat perhatian ramai, oleh itu mahkamah membenarkan semua yang tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM400,000 tiap seorang dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan kesemua tertuduh perlu serahkan pasport kepada mahkamah, dan jika kesalahan dilakukan ketika dalam tempoh jaminan, mahkamah akan tarik balik jaminan," katanya.

Kesemua tertuduh pada 17 September lalu, memfailkan semakan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Selayang, Syafeera Mohd Said.

Pada 15 September lalu, mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen itu atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang dekat sini antara 2 dan 3 Sept lalu mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh telah melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya daripada bengkel sama ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.


== hmetro
 
Sponsored Post
Top
Log in Register