Kilang punca empat Loji Rawatan Air henti tugas disita

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,995
Reaction score
1,509
Points
151
Suspek Pencemaran Sungai Gong Dihadap ke Mahkamah

15 September 2020
View attachment 283939
Empat ahli lembaga pengarah bersama seorang pengurus kilang diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran kawasan perindustrian Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 SEPTEMBER 2020.
View attachment 283940
Empat ahli lembaga pengarah bersama seorang pengurus kilang diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran kawasan perindustrian Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 SEPTEMBER 2020.View attachment 283941
Empat ahli lembaga pengarah bersama seorang pengurus kilang diiring anggota polis ke mahkamah sesyen bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan pencemaran kawasan perindustrian Sungai Gong di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 15 SEPTEMBER 2020.

kenapa cina2 tidak di pakaikan baju oren ye? Sy tgk ari tu melayu adik bradik ari tu di pakaikan baju oren

adakah tuhan ingin memberi tau bangsa kita telah dicidukkan? :unsure:
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,404
Reaction score
10,779
Points
1,896
kenapa cina2 tidak di pakaikan baju oren ye? Sy tgk ari tu melayu adik bradik ari tu di pakaikan baju oren

adakah tuhan ingin memberi tau bangsa kita telah dicidukkan? :unsure:

tn akudotcom, boleh share sini tak link berita melayu adik beradik tu, nak cek tengok
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,995
Reaction score
1,509
Points
151
tn akudotcom, boleh share sini tak link berita melayu adik beradik tu, nak cek tengok
opsss silap sy

4 adik beradik tu pemilik kilang
1600138621275.jpeg


yg pekerja melayu di pakaikan baju oren
1600138657712.jpeg


knp double standard Mek?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,404
Reaction score
10,779
Points
1,896
Malaysiakini (BM Version)
3m ·
Hakim Mahkamah Sesyen Selayang kemudian tidak membenarkan empat beradik dan seorang pengurus bengkel diikat jamin sementara menunggu sebutan kes akhir Okt ini.

1600138648716.png


Lima lelaki didakwa sebabkan pencemaran sungai


Diterbitkan Hari ini 10:51 am

Empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus sebuah syarikat membaiki jentera berat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang berhubung kes pembuangan bahan berbahaya ke dalam Sungai Gong, Rawang, baru-baru ini.

Empat ahli lembaga pengarah yang juga adik-beradik ialah Yip Kok Wai, 53; Yip Kok Mun, 58; Yip Kok Kuin, 70 dan Yip Kok Wong, 60.
Seorang lagi tertuduh ialah pengurus bengkel tersebut Ho Voon Leong, 59.

Mereka kemudian mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka di hadapan hakim Syafeera Mohd Said.

Untuk pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan yang mengandungi bahan berbahaya dari bengkel Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dilupuskan ke dalam alur air yang akan mengalir ke dalam Sungai Gong dengan mengetahui bahawa ia akan menyebabkan susut bekalan air bagi minuman manusia.

Kelima-lima lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di premis berkenaan di Kampung Sungai Dua, Rawang, antara 2 dan 3 Sept lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka dengan niat bersama dituduh melepaskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel sama ke dalam alur air yang akan mengalir ke sungai sama tanpa lesen, di tempat dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selepas mendengar hujahan pendakwaan dan peguam, mahkamah tidak membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan kes pada 27 Okt.

Pada 3 Sept lepas, berlaku pencemaran minyak dari kilang berkenaan yang telah menyebabkan empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan kira-kira lima juta pengguna di 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang.
- Bernama

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
opsss silap sy

4 adik beradik tu pemilik kilang
View attachment 283955

yg pekerja melayu di pakaikan baju oren
View attachment 283957

knp double standard Mek?
bukan double standard bro, tu baju lokap polis secara kebetulan diambil jurukamera fokus kepada pemilik kilang, yang Cina tu dia tak fokus, padahal mereka juga ada pakai baju lokap ... naik mahkamah xperlu pakai baju lokap / SPRM .. rujuk 3 topik CMM kat bawah

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,404
Reaction score
10,779
Points
1,896
opsss silap sy

4 adik beradik tu pemilik kilang
View attachment 283955

yg pekerja melayu di pakaikan baju oren
View attachment 283957

knp double standard Mek?
tn akudotcom, you got to get your fact straight la, apatah lagi apabila dok main sebut tuhan tuhan ni.
once nak sebut perkataan tuhan situ, jadi better teliti your info first, before elaborating further guna perkataan tuhan
usah nak provoke


ok back to the issue, first picture, 4 org pakai baju kelabu, adalah 4 org adik beradik pemilik kilang yg dibawa ke Mahkamah utk PENDAKWAAN di Mahkamah. ni adalah kes sebutan pertama

ok gambar kedua pakai baju oren tu, tn akudotcom pasti ke tu org melayu?
bukan ke tu org org sama, 4 org adik beradik pemilik kilang?
cuma diorang ni dibawa dari lokap ke Mahkamah utk permohonan polis SAMBUNG REMAN di Mahkamah.
proses sambung reman berlaku selepas tahan reman. dan selepas proses sambung reman, ia leads to pendakwaan kat Mahkamah

cuba lihat gambar dibawah ni, bukan ke ia gambar sama dengan yg tn akudotcom share


Khamis, 10 September 2020 | 1:05pm

CARI
remanoren10sep_1599714959.jpg

Empat beradik pemilik bengkel yang disyaki menyebabkan pencemaran bau dan air disambung reman. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Cemar sungai: Pemilik bengkel sambung reman



SELAYANG: Empat pemilik bengkel yang disyaki terbabit dalam pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang, disambung reman selama lima hari.

Perintah reman yang bermula esok itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan terhadap semua suspek yang juga adik beradik.

Terdahulu keempat-empat suspek lelaki yang memakai baju lokap oren, tiba di mahkamah kira-kira jam 9.15 pagi.

Mahkamah membenarkan reman terhadap semua suspek itu disambung hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut.

Permohonan itu dibuat selepas tempoh reman enam hari yang bermula Sabtu lalu tamat hari ini.

Siasatan kes terhadap keempat-empat mereka dibuat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang pekerja bengkel berkenaan yang berusia 30-an turut direman selama enam hari, berhubung kejadian sama bermula hari ini, selepas ditangkap di Gombak semalam.

Isnin lalu, dua pekerja masing-masing berusia 20 dan 57 turut direman di mahkamah sama, selama enam hari berhubung kejadian itu.

Polis menahan empat lelaki pemilik bengkel berusia 50 hingga 60 tahun, dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam pada 5 September lalu.

Bengkel berkenaan diarah ditutup sementara menunggu keputusan siasatan, selain pemantauan rapi dilakukan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama agensi berkaitan.

Tujuh kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat Loji Rawatan Air terpaksa dihenti tugas.

Gangguan membabitkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,278
Reaction score
234
Points
88
Elokla mahkamah tak bagi jamin,biar dia duk dalam lama skit.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register