Kilang punca empat Loji Rawatan Air henti tugas disita

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,833
Reaction score
138
Points
33
paip_air_1599192877.jpg


SHAH ALAM: Kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang yang menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor sudah ditutup dan disita.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, pelbagai pihak kini sedang berusaha menghilangkan kesan pencemaran dalam sumber air itu.

"Berkenaan isu pencemaran yang menyebabkan henti tugas operasi Loji Rawatan Air (LRA), kilang yang terbabit sudah ditutup dan disita.

"Usaha menghilangkan kesan pencemaran dalam sumber air sedang giat dilaksanakan sejak semalam tanpa henti untuk memastikan air yang bersih dan selamat," katanya.

Semalam, EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Hee Loy Sian, berkata siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati kilang itu gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat ditetapkan selain menemui bau seakan-akan pelarut mengalir ke sungai.

Beliau turut mengarahkan kilang berkenaan ditutup sementara menunggu keputusan siasatan selain pemantauan rapi dari semasa ke semasa dilakukan LUAS bersama agensi berkaitan.

Menurut Loy Sian, kilang berkenaan pernah dikompaun RM60,000 atas kesalahan sama sebelum ini tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama.

Tujuh wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas empat LRA negeri ini terpaksa dihenti tugas pagi ini.

Gangguan membabitkan wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

LRA Rantau Panjang dihenti tugas jam 7.15 pagi semalam manakala LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 9 pagi.

Sehingga jam 6.30 pagi tadi, LRA masih belum beroperasi bagaimanapun pencemaran kini berada pada tahap satu TON dan LRA akan kembali beroperasi apabila ia mencapai tahap kosong TON.


== bharian
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
1j ·
Gambar dari Likers dan Followers .
Keadaan Rakyat di Selangor ketika ini . Pakai mask , kekalkan jarak fizikal , guna hand sanitizer untuk jimatkan air . 😓😭
Kepada staff Air Selangor yang sedang bekerja 24 jam , kami doakan anda diberi kekuatan.
Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri dan Air Selangor perlu mengambil iktibar dan menjalankan pemantauan ketat agar pencemaran ini tidak akan berulang .
Banyak kali sangat dah ni

p/s Sanitizer utk tangan saja jangan mandi plak .

1599204674067.png

1599204684326.png

1599204691649.png

1599204699292.png



1599204734412.png

1599204743532.png

1599204752357.png



Souza Di Maria Kami akan berikan Perkhidmatan kepada pengguna dgn baik insyaallah, beri kami sedikit masa berulang-alik untuk Pengambilan air seterusnya 🙏.
Doakan🤲 kesihatan kami agar kami dpt memberikan Perkhidmatan kepada pengguna

1599204793523.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
55m ·
Lagi gambar-gambar dari Likers, Followers dan SJ Echo.
Keadaan di Negeri Selangor . Staff Air Selangor bertabahlah, kami sentiasa berdoa untuk anda .
Kerajaan Negeri , penguatkuasaan dan pemantauan kilang-kilang ni kenapa longgar sangat ?

1599204883129.png


1599204910274.png

1599204921977.png

1599204939069.png

1599204946536.png

1599204966729.png

1599204977491.png
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
39m ·
Haa meh masuk , sila sila tu nasi kat depan, lauk banyak lagi ni . Sila sila tambah nasi banyak lagi tu . Kenduri Jumaat .
https://www.facebook.com/330451017046844/posts/3237073116384605/?extid=PMXUUJsOrNAs1fyr&d=n

1599205044753.png

1599205052820.png

1599205060247.png

1599205067460.png





Amirudin Shari
1j


Sejak kira-kira jam 10:00 pagi semalam, saluran air ke rumah, premis perniagaan dan kawasan lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terhenti. Penghentian ini tidak berjadual kerana melibatkan sebuah premis kilang yang disyaki melepaskan bahan pelarut ataupun solvent ke dalam Sungai Gong. Ini telah memaksa stesen air mentah untuk ditutup operasinya.

Sungai Gong adalah anak sungai kepada Sungai Sembah, yang merupakan sungai utama Sungai Selangor. Air dari Sungai Selangor kemudian dirawat di Loji Rawatan Air Rantau Panjang, jarak 17km dari Sungai Selangor.

Kemudian, pencemaran bau sebanyak bacaan kadar 3 TON (Nombor Bau Nilai Ambang atau Threshold Odour Number) dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

(TON adalah satu kiraan untuk mengukur kadar bau. Loji Rawatan Air hanya boleh mengeluarkan air tanpa bau dengan nilai TON sifar)

Sejak insiden ini dikesan, Unit Bencana dan agensi terlibat khususnya Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor telah bekerja tanpa henti dengan mengambil beberapa tindakan:

i) Pencairan air di Sungai Gong dengan pelepasan air melalui beberapa sumber. Antaranya sebanyak anggaran 1,882 juta liter sehari (jlh) yang merangkumi:
- 582 juta liter sehari (jlh) dari Hybrid Off-River Augmentation System (HORAS 600).
- 500 juta liter sehari (jlh) dari empangan Sungai Selangor.
- 800 juta liter sehari (jlh) dari empangan Sungai Tinggi.

ii) Usaha ‘flushing’ air yang tercemar ke hilir sungai melalui pembukaan pintu Baraj 3 dan 5 di Intake Sungai Selangor Fasa 1.

iii) 250 kg serbuk arang ataupun Activated Carbon telah diletak di kawasan-kawasan yang terdapat kesan bau serta premis kilang yang terbabit.

iv) Penyitaan premis kilang, pengenaan kompaun serta pembukaan kertas pendakwaan dengan serta-merta.

Sehingga kini, sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki jumbo, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, 8 pili air awam serta 23,000 botol air minuman 5 liter telah diagihkan dan telah dikerah bagi membantu mereka yang terjejas.

Keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan saluran air dikembalikan kepada rumah dan premis perniagaan secepat mungkin.

Setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, dan Ahli-ahli Majlis digesa untuk turun ke kawasan-kawasan terjejas sebagai frontliner dalam menghadapi gangguan air ini.

Keperluan rakyat perlu diutamakan.

Tindakan lebih keras melalui proses undang-undang akan diambil ke atas pihak yang telah menyebabkan insiden ini.

Kita tidak akan berkompromi.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
BERNAMA
10m ·
DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang mencemar sungai tidak mempedulikan tindakan undang-undang atau tiada penguatkuasaan tegas oleh PBT.
https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1876494

1599205151456.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
Sujita Soorian
3m ·

TERKINI: Setakat Jam 2.30 petang, Loji Rawatan Air Rantau Panjang masih belum dapat beroperasi. Apabila loji rawatan air mula beroperasi semula, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh 4 hari /Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,046
Reaction score
575
Points
81
Badigol kerajaan ph selangor ni. Dah berapa kali jd mcm ni. Kata negeri maju.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
Berita Harian Online
7m ·
Tahap pencemaran belum membolehkan loji beroperasi. #BHNasional

Jumaat, 4 September 2020 | 3:51pm


TINJAUAN_MASALAH_AIR_DISEKITAR_LEMBAH_KLANG_1599205842.jpg

Penduduk setempat mengambil bekalan air dari paip disediakan oleh Pengurusan Air Selangor di tepi jalan, AU3 Keramat. - NSTP/ASWADI ALIAS.

Gangguan bekalan air dijangka berlarutan 4 hari



KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang ketika ini, dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata ia berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

Setakat jam 2.30 petang hari ini, katanya, pencemaran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 TON.

"LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 belum dapat beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Ujian bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit.

"Apabila LRA ini mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari," katanya pada sidang media di ibu pejabat Air Selangor di sini, hari ini.


 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,013
Reaction score
2,066
Points
201
esok tempat mandi sungai mesti penuh dengan orang ramai.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,398
Reaction score
10,777
Points
1,896
BERNAMA
5m ·
Gangguan bekalan air di Lembah Klang pulih apabila bacaan tahap pencemaran 0 ton tiga kali berturut-turut - Air Selangor

Setakat ini tahap pencemaran rekod bacaan 1 ton -
Air Selangor

1599207279950.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register