Kilang bebola ikan ‘Kak Su’ kena serbu, diarah tutup 14 hari

CG Sponsors




kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,271
Points
196
Peniaga bukan Muslim guna jenama berunsur Melayu tipu pengguna Islam
February 5, 2017




ALOR SETAR – Kilang bebola ikan milik bukan Islam yang mengeluarkan produk menggunakan nama Melayu dan tiada Sijil Halal, diserbu petang tadi.

Serbuan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPDNKK) turut disertai Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan dan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Kedah.

Dalam serbuan jam 2 petang tadi, 204 paket bebola ikan dirampas di kilang yang terletak di Jalan Gangsa, Mergong, selain diarah tutup selama 14 hari.

Ismaweb.net hari ini menyiarkan berita mengenai operasi kilang itu yang menggunakan dua label nama bagi satu produk bebola ikan, hingga mengelirukan umat Islam.

Berdasarkan label bungkusan bebola ikan jenama Kak Su, ianya sama seperti bungkusan bebola ikan yang dikeluarkan Hong Seng Fish Product Sdn Bhd. Alamat kilang, nombor telefon pada kedua-dua bungkusan juga adalah sama. Ismaweb cuba menghubungi nombor telefon pada plastik pembungkus bebola ikan berkenaan tetapi tiada jawapan.

Siasatan dijalankan mengikut Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) 1980.

Jika sabit kesalahan boleh didenda mengikut Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 iaitu denda maksimum RM100,000 bagi pertubuhan dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi orang perseorangan.

Kilang itu dikatakan beroperasi sejak lapan tahun lalu. Bebola ikan itu dipasarkan sekitar Kedah dan Perlis mengikut permintaan serta tidak mempunyai tanda halal kerana pihak pengilang tidak pernah memohonnya.

Menerusi kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Facebooknya, pihaknya kini sedang membuat siasatan lanjut sejurus menerima aduan orang ramai.

Sehubungan itu, PPIM menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik peniaga bukan muslim yang menggunakan nama Islam demi kepentingan tertentu.
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,396
Reaction score
2,206
Points
191
xda logo halal jakim, xda logo mesti..
jangan beli..

kalau was2 ttg logo buat carian di (*sila buat carian sijil di website jakim)
untuk kepastian..
 
Last edited:

kiritoffx

Junior Member
Joined
Sep 12, 2014
Messages
71
Reaction score
2
Points
11
****, mcm pernah beli brand ni. masak ngan maggie
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
ada logo halal..kena ada jgk logo haram..
 

Kiniki

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2011
Messages
9,234
Reaction score
10
Points
65
tahniah atas tindakan camni. jgn biarkan org2 melayu terus tertipu.
 

sunhady

Junior Member
Joined
Jan 31, 2017
Messages
60
Reaction score
2
Points
11
Kena lebih berhati-hati ni. Pengguna Islam asal tengok jenama melayu je main saukk je kemudian bayar. Non-Muslim ni pun satu hal suka ambil kesempatan dan nak untung je tahu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,793
Reaction score
11,078
Points
1,906
baguslah, boleh la org Islam beringat
 

karapole

Fun Poster
Joined
Jul 12, 2010
Messages
535
Reaction score
5
Points
15
xda logo halal, xda logo mesti..
jangan beli..

kalau nak beli.. kena turun pi tengok kilang..

tapi orang islam peduli apa kan ? :">
logo halal ada, yang takde sijil halal...
kebanyakan produk semua ada logo halal... cuma sijil halal je tak pasti ada ke tak... smuanya utk mengelirukan orang islam... so berhati hati
 

lelakigila

Active+ Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
Restoran bukan muslim yang guna nama berkaitan Islam taknak ke ambil tindakan? Kat Subang bersepah restoran macam ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register