BTC USD 85,275.3 Gold USD 3,319.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khusyuk dalam solat

ahib0205

Legendary Member
gem
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
746
Points
166
Wahai sahabat-sahabat yang seagama dgn ku... Solat 5 waktu sehari semalam WAJIB utk kita lakukan. Seida maklum kalo tak solat, dapat DOSA. Sama-sama kita berusaha agar kita menjaga soalt ye. :) Paling mudah kita sama-sama ingat mengingati bila time nak solat. Contohnya macam time sekarang ni. Boleh je tanya saya direct. ahib, ko dah solat zohor ke belum? :D Kita sering lalai. Syaitan pula amat suka bila kita lalai. Ok, thread ni saya bukak nak ajak kita berbincang dan berkongsi sama-sama bagaimana untuk khusyuk dalam solat.


Sahabatku yang dihormati sekalian,

Jom kita jaga solat 5 waktu kita dengan solat secara berjemaah di awal waktu. Dalam masa yang sama, kita berusaha untuk hadirkan khusyuk ketika solat itu :) Insya Allah.


Baiklah sekarang cuba bayangkan situasi ini(Er... cuba bayangkan yek... :D ):

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1:00 tghri. Anda sedang asyik mengupdate blog/laman web anda. Ubah kedudukan AdSense, tambah posting, ubah template, dan macam-macam lagi kerja yang anda sedang laukan. Tiba -tiba kedengaran azan berkumandang (hm... kirannya anda sedar yang baru masuk waktu zohor bagi kawasan anda dan yang sama waktu dgnnya ).

So, anda pun terus berhenti untuk solat berjemaah di rumah ALLAH sebab anda nak rindu "jumpa" dgn ALLAH S.W.T. Ok, sekarang bayangkan anda tgh solat berjemaah tau. Sewaktu anda solat, anda terasa seperti sedang berbincang dgn seseorang. Apa yang anda sedang bincangkan? Antaranya seperti berikut:


Pada rakaat pertama:

• Subahanallah... td tersilap letak AdSense tu la. Patutnya kena letak kat tengah-tengah post. Barula visitor mudah untuk klik sebab ingat AdSense tu content blog. Ish, terlupa pulak tadi. Ha... warna AdSense tu... Hm... lepas solat ni nak cuba tukar warna yang sama dgn background bloglah. Ok2 pas smyg ni mesti ubah kedudukan AdSense tu dan warna dia...


Ok, sekarang anda dalam rakaat ke-2:

• Alamak posting td terlupa nak bubuh source artikel tu la. Peh... nanti tak pasal lain kadinya. Ye la sebab dituduh duplicate content. Nasib baik ingat. syukur-sukur...


Ehem2… Cuba bayangkan tau… Sekarang anda dh rakaat ke-3:

• Tadi dah jumpa pun template yang dok cari2 selama ni. Tapi tak sempat nak tukar pulak. Hm... takpa-takpa. Banyak tak settle lagi ni. Satgi nk kena tukar kedudukan adsense tu, tukar colour bagi sama dengan warna background, bubuh source artikel tu, then nak edit HTML sikit template tu bagi jadi AdSense template...


Ops, skrg anda tengah duduk tahiyat akhir!

Eh? Dah nak abis solat? Er.. sekejapnye....


Baiklah sahabatku sekalian,

Syukran jazilan kerana cuba untuk bayangkan td. Situasi di atas adalah normal dan boleh jadi setiap hari sebegitu. Sebab apa? Sebab kita hanya insan biasa :)

Pada pendapat saya kesimpulannya, ketika kita tersedar dari lamunan tipu daya setan itu, kita mestilah:

1. SYUKUR - sbb Allah bagi kesempatan untuk kita terjaga daripada lamunan sebelum beri salam!

2. ISTIGFAR - (Astagfirullah hal a’zim). Sebanyak yang boleh! Ini bertujan untuk kembalikan kekuatan rohani kita.

3. USAHA UNTUK KHUSYUK – Cammon... gunakan peluang di saat-saat akhir ini untuk kita khuyuk! Mcm mana? Just sedar dan merasai bahawa kita sedang solat! Bayangkan itu solat terakhir kita dan kita akan kembali kepada Allah lepas solat tu. Kita sedang berjumpa/mengadap ALLAH!

4. TAWAKKAL – Akhir sekali kita perlu tawakkal kepada Allah dengan sepenuh harapan supaya Allah menerima ibadah solat kita itu. Mohan keampunan Allah kerana lalai ketika bertemu dengan-NYA

5. MENYESAL - Selesai solat, paling koman pun kita duduk la seketika dan kenangkan kembali kesalahan kita kerana telah lalai ketika solat tadi. Sedar semua rezeki Allah yang berikan. Kita juga perlu menyesal dan berazam supaya tidak akan mengulanginya!


Habis cerita khusyuk dalam solat tu tadi. :)


Kesibukan di duni dunia merupakan faktor utama kita lalai ketika solat. Antara tips utk sama-sama kita amalkan supaya kita khuyuk dalam solat adalah:

1. Sebelum solat

Banyakkan istigfar kepada ALLAH dan cuba untuk lupakan apa jua perkara yang terlintas di fikiran kita. Niat untuk berserah kepada Allah segalanya :)

2. Ketika solat

Ketika membaca Al-Fatihah, cuba untuk terjemahkan maksudnya di dalam hati. Please... sekarang umur kita berapa? setiap hari berapa kali kita baca Al-Fatihah? So cuba la hafal terjemahan Al-Fatihah tu ye. Saya mintak tolong sangat-sangat. Hafal tau. :)

Sentiasa istigfar. Paling penting sentiasa berwaspada supaya fikiran tidak lalai ketika solat!


3. Sebelum beri salam

SYUKUR - sbb Allah bagi kesempatan untuk kita terjaga daripada lamunan sebelum beri salam!

ISTIGFAR - (Astagfirullah hal a’zim). Sebanyak yang boleh! Ini bertujan untuk kembalikan kekuatan rohani kita.

USAHA UNTUK KHUSYUK – Cammon... gunakan peluang di saat-saat akhir ini untuk kita khuyuk! Mcm mana? Just sedar dan merasai bahawa kita sedang solat! Bayangkan itu solat terakhir kita dan kita akan kembali kepada Allah lepas solat tu. Kita sedang berjumpa/mengadap ALLAH!

TAWAKKAL – Akhir sekali kita perlu tawakkal kepada Allah dengan sepenuh harapan supaya Allah menerima ibadah solat kita itu. Mohan keampunan Allah kerana lalai ketika bertemu dengan-NYA

MENYESAL - Selesai solat, paling koman pun kita duduk la seketika dan kenangkan kembali kesalahan kita kerana telah lalai ketika solat tadi. Sedar semua rezeki Allah yang berikan. Kita juga perlu menyesal dan berazam supaya tidak akan mengulanginya!


Sama-sama kita cuba usaha untuk hadirkan khuyuk walau satu saat pun! Paling penting kita ambil peluang sebelum bagi salam tu. Cuba hadirkan khuyuk :). Insya Allah.

Last but not least, sama-sama kita terus ingat mengingati ye :)cgrock


Aku Hanya Insan Biasa
 
Sponsored Post

Korang sah solat zohor? dah pukul 2 ni :)

Selamat menunaikan solat ye... Cuba hadirkan khuyuk walau satu saat pun tau. Apa yang kita tak nak terjadi seperti gambar kat bawah ni:

solatxkyusukvn3.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register