BTC USD 62,443.7 Gold USD 1,804.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khir Toyo: Proses pendakwaan biasa

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PUTRAJAYA 6 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertuduhan rasuah ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo merupakan proses pendakwaan biasa.

Kata beliau, ini bermakna Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan menghantar laporannya ke Pejabat Peguam Negara.

''Saya tak boleh nak komen, ini proses biasa maknanya SPRM buat siasatan dan dihantar kepada Peguam Negara.

''Kalau Peguam Negara kata ada kes, (maka) terpulang kepada Peguam Negara buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Talent Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Najib mengulas pendakwaan ke atas Mohamad Khir yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta dua tahun lalu.

Ditanya mengenai kedudukan Mohamad Khir dalam parti, Najib berkata, perkara itu belum boleh dibincangkan kerana beliau belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

''Nanti dululah, dia baru didakwa, kita tak tahu dia bersalah ke tidak, kita tak tahu lagi, kena ikut proseslah," katanya.
 
Sponsored Post

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
kalau hampa buat semua biase ~X(~X(
 

iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,594
Reaction score
37
Points
80
ingtkn dia dpt free. beli rpenya.
 

jsix

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
PUTRAJAYA 6 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertuduhan rasuah ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo merupakan proses pendakwaan biasa.

Kata beliau, ini bermakna Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan siasatan dan menghantar laporannya ke Pejabat Peguam Negara.

''Saya tak boleh nak komen, ini proses biasa maknanya SPRM buat siasatan dan dihantar kepada Peguam Negara.

''Kalau Peguam Negara kata ada kes, (maka) terpulang kepada Peguam Negara buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Talent Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Najib mengulas pendakwaan ke atas Mohamad Khir yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta dua tahun lalu.

Ditanya mengenai kedudukan Mohamad Khir dalam parti, Najib berkata, perkara itu belum boleh dibincangkan kerana beliau belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

''Nanti dululah, dia baru didakwa, kita tak tahu dia bersalah ke tidak, kita tak tahu lagi, kena ikut proseslah," katanya.

rm3.5 juta harganya. gaji menteri besar sebulan rm14,000 lebih .kalau 10 thn bekerja dan tk belanja satu senpon dr gajinya>>14,000 x 12 x 10 = rm1,680,000.

aku nk tanya bolehker menteri2 buat bisnes sendiri @ jd CM mana2 company sewaktu masih memegang jawatan?
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
"rasuah/makan komisyen tu perkara biasa buat kami,
so xperlu nak heran sangat ok?" :)
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
kes berprofile tinggi ni..mana ada biasa..?hehe
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register