Khayal dadah, lelaki lihat dua adik seperti jin

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Khayal dadah, lelaki lihat dua adik seperti jin
besi-dadah.jpeg
BESI yang digunakan seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah yang mengugut membunuh dua adik perempuannya di Kampung Lebah Raja, Kepala Batas, Pulau Pinang malam tadi.
  • Oleh KHUZAIRI ISMAIL
  • 14 Januari 2021, 12:03 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
BUTTERWORTH: Dua beradik perempuan berdepan detik cemas selepas diugut bunuh oleh abang mereka dipercayai di bawah pengaruh dadah yang mendakwa melihat mereka seperti jin.

Kejadian itu berlaku di rumah keluarga berkenaan di Kampung Lebah Raja, Kepala Batas di sini malam tadi sehingga menyebabkan dua beradik perempuan berkenaan melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku apabila suspek berusia 37 tahun secara tiba-tiba mengamuk sambil memegang besi panjang dan kayu di hadapan rumah mereka.

“Suspek menjerit dengan berkata ‘hampa (kamu berdua) setan (syaitan) dan memberitahu nampak kedua-dua adik perempuannya itu seperti jin sebelum mereka lari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu.

“Dua beradik itu turut mendengar suspek menjerit suruh keluar sambil mengugut mahu membunuh mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa menghubungi polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian dan menahan suspek serta merampas sebatang besi sepanjang 122 sentimeter.
“Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek yang memiliki tiga rekod berkaitan dadah itu mendapati dia positif syabu dan morfin,” katanya.
Suspek ditahan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Halusinasi la tu
Kene jumpa bomoh kasi rukyah spray
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,503
Reaction score
282
Points
96
Bagus jgk yer mendadah ni bole nampak jin.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register