BTC USD 38,658.2 Gold USD 1,810.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khatan atasi masalah

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
Sememangnya bahagian penghujung anggota kelamin lelaki atau ‘glans penis’ di selindungi kulit penutup bergelar kulop atau ‘fore skin’. Untuk lelaki Islam dan Yahudi, kulit penutup alat sulit itu dipotong atau ‘circumcised’ dan istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi ini ialah berkhatan atau ‘circumcision’.


Prosedur berkhatan menjadi rawatan untuk lelaki yang mempunyai kulop. Keadaan ini dikenali sebagai phimosis dan cara menyelesaikan masalah anda itu ialah melalui prosedur berkhatan.

Selain phimosis, terdapat juga lelaki yang mempunyai pembukaan kulop yang separa sempit iaitu penghujung alat sulit boleh boleh keluar tetapi sukar kembali ke dalam corongnya dan jika keadaan itu berlaku kepala alat kelamin lelaki itu akan tercerut! Keadaan ini dikenali sebagai paraphimosis.

Masalah ini juga boleh diatasi melalui prosedur berkhatan. Kini ia menjadi amalan biasa untuk kebanyakan lelaki yang mahu anggota kelamin mereka sihat, bersih dan berdaya tahan.

Kajian yang pernah dijalankan Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan prosedur berkhatan ialah satu-satunya prosedur yang disyorkan kepada lelaki untuk mencegah penyakit kelamin berbahaya HIV/AIDS.

Jadi jika anda bercadang untuk menjalani prosedur berkhatan ini, maka anda sudah masuk dalam golongan lelaki yang sihat. Perkara seperti penghujung alat sulit tidak keluar dan selepas mencapai klimaks, air mani bertakung dan memberi bau yang kurang menyenangkan seperti yang anda alami tidak akan berlaku lagi jika anda menjalani prosedur berkhatan.


kredit:harian metro
 
Sponsored Post

mirz_ex01

Fun Poster
Joined
Jul 26, 2010
Messages
124
Reaction score
0
Points
10
Berkhatan adalah salah satu jalan penyelesaian bagi kanak2 yang mengalami selalu kencing malam...hehehe betol ka apa yang ku pernah dengar ini??? atau itu satu joke orang tua2 untuk suh anak2 cucu dia bersunat??? hehehe :D
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
Berkhatan adalah salah satu jalan penyelesaian bagi kanak2 yang mengalami selalu kencing malam...hehehe betol ka apa yang ku pernah dengar ini??? atau itu satu joke orang tua2 untuk suh anak2 cucu dia bersunat??? hehehe :D

iye ke..aku baru ni dengar..?
 

Syedz

CG Top Poster Club
Joined
Dec 23, 2008
Messages
21,979
Reaction score
109
Points
128
nasib baik aku dah khatan..
huhu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register