Khalwat: Arab Saudi ampun 3 rakyat kita

CG Sponsors

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera dan jururawat warga Malaysia yang menghadapi tuduhan berkhalwat di Jeddah, terlepas daripada dikenakan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara apabila mendapat pengampunan Kerajaan Arab Saudi.

Rakan pasangan itu yang juga rakyat Malaysia, yang ditahan kerana bersubahat dalam kes berkenaan serta cuba melarikan diri dari Arab Saudi dengan menggunakan pasport palsu Indonesia, turut diberi pengampunan.

Menurut sumber, pengampunan itu diberi minggu lalu, tetapi rakan pasangan terbabit yang kini dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi akan dihantar pulang ke Malaysia tidak lama lagi dan tidak dibenarkan tinggal serta bekerja lagi di negara itu.

"Bagaimanapun, jururawat berumur 30-an itu dibenarkan terus bekerja di negara berkenaan," katanya kepada Berita Harian.

Jurutera berusia 40-an itu pula sebelum ini sudah melarikan diri menggunakan pasport palsu Indonesia selepas dibebaskan dengan jaminan mahkamah sementara menunggu keputusan kes khalwat berkenaan.

Sumber itu memberitahu, jurutera terbabit bagaimanapun tidak dibenarkan lagi bekerja di Arab Saudi dan akan ditahan jika dikesan cuba memasuki semula negara itu.

"Walaupun memberi pengampunan, pihak berkuasa Arab Saudi memandang serius kesalahan

menggunakan dokumen palsu," katanya.

Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan lelaki berusia 40-an itu yang juga kenalan jurutera terbabit, ditahan kali kedua tiga minggu lalu kerana cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah dengan menggunakan dokumen palsu Indonesia.

Pihak berkuasa Arab Saudi curiga apabila menemui beberapa dokumen menunjukkan lelaki itu mempunyai identiti rakyat Malaysia, sedangkan dia mengemukakan pasport negara jiran.

Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan kerana didakwa bersubahat dengan dalam kes khalwat membabitkan jurutera dan jururawat berkenaan.

Ketiga-tiganya ditahan di sebuah rumah di Jeddah dan kemudian dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan.
 
Sponsored Post

mamaimran

Super Active Member
Joined
Jun 14, 2009
Messages
6,048
Reaction score
146
Points
73
Yang 2 org tue susah lah nanti, sbb aper dah tak dibenarkan lagi masuk ke arab saudi. punah lah harapan nak buat haji..:)):))
 
XRACER

Fun Poster
Joined
Aug 7, 2008
Messages
739
Reaction score
3
Points
15

mana yg betol sapa ni??!!..ari tu kan ceter, dokto....

ni artikel yg dolu..

BERITA UTAMA
Jururawat kita berdepan 70 sebatan khalwat di Jeddah
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
[email protected]

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.

Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.

Menurut sumber, ketiga-tiga tertuduh sudah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan kes berkenaan.

Bagaimanapun, sebelum kes itu diputuskan, doktor berkenaan melarikan diri dan dipercayai sudah pulang ke tanah air.

Beliau berkata, rakannya yang berusia 40-an juga cuba melarikan diri menggunakan pasport palsu, kira-kira dua minggu lalu, tetapi dapat ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, lelaki itu masih ditahan pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut berhubung penggunaan dokumen palsu yang dipercayai dibekalkan satu sindiket.

"Dia ditahan ketika cuba meninggalkan Arab Saudi melalui lapangan terbang di Jeddah, akhir bulan lalu.......
 
mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
mereka patut bersyukur .. dan berterima kasih..
 
lelakigila

Active+ Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
lain kali buat lagi, sebat jer terus.... :)) :)) :))
 
Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
ni dosa khalwat ni dgn krajaan arab saudi atau dengan allah ???
 
maliq7776

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
belajar tinggi..otak kat selipar jepun..nama jepun jugak naik..
 
iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
len kali jgn ampun. biar sebat je. ape daaa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register