mido
Active+ Member
- Messages
- 4,861
- Joined
- Feb 23, 2007
- Messages
- 4,861
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
SHAH ALAM 24 Nov. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akur dengan keputusan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali menggugurkannya daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas II walaupun tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Katanya, Pesuruhjaya Pas Selangor itu mempunyai kuasa penuh untuk melantik dan menggugurkan mana-mana pemimpin Pas negeri namun ia perlu dibuat secara baik selain mempunyai alasan yang munasabah.
Katanya, walaupun sering bersuara lantang dalam sesuatu isu seperti pelantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam di negeri itu, bukan bermakna beliau menentang pendirian Pas mahupun parti sekutu lain dalam pakatan pembangkang.
Menurutnya, beliau hanya menyuarakan pandangannya kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai salah seorang ahli Parlimen untuk menjaga kepentingan semua rakyat walaupun kadangkala menyentuh isu agama serta kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Kalau ada perbezaan pendapat, ia adalah satu perkara biasa dalam mana-mana perbincangan termasuklah mesyuarat Dewan Harian Perhubungan Pas negeri.
Selari
"Namun, saya akur dengan keputusan ini dan saya fikir Pesuruhjaya Pas Selangor mungkin mahukan saf kepimpinan yang selari dengan pendiriannya sendiri dalam memastikan kerjasama antara parti dalam pakatan pembangkang di Selangor terus kukuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perlucutan jawatan beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor Jumaat lalu dan digantikan dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.
Bagaimanapun, menurut Hassan dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, pengguguran itu dibuat bagi membolehkan Khalid memberi tumpuan sepenuh masa dalam menjalankan amanah di peringkat pusat sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Lujnah Politik Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Negeri.
Selain Khalid, turut dilucutkan jawatan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor.
Beliau digantikan dengan Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Roslan Shahrir.
Dlm PAS lg siru, sapa yg lantang dan bleh jejaskan
jalinan kasih sayang dlm komponen PR, akan dicantas...
Juga dlm PKR, Zulkifli Nordin pon dipanggil Nuat krn lantang..
hati rakan sebantal DAP perlu ditatang, jgn sapa coba guris...
)