BTC USD 43,685.5 Gold USD 1,750.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairy jatuh ke tempat ketiga

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Khairy jatuh ke tempat ketiga

Oct 31, 08 11:51am

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

340a0e24dbbcf17bc04d4afb60a530eb.gif

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.

Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini.

Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

bm version umno youth 2009 nominations update 12 12 pm 311008Baki 26 bahagian Pemuda lagi akan mengadakan mesyuarat masing-masing hujung minggu ini serta minggu terakhir pada 8 dan 9 November depan.

Ekoran keputusan ibupejabat Umno itu, Bazlan Baharuddin mendapat semula jawatannya sebagai ketua Pemuda Gua Musang.

Dalam mesyuarat pertama itu, Bazlan dipilih semula menerajui pergerakan tersebut. Bagaimanapun, dua hari kemudiannya, Pemuda bahagian mengadakan mesyuarat keduanya, yang memilih Mohd Azizi Abu Naim sebagai ketua Pemuda.

Sabtu lalu, ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat pertama dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau, tetapi oleh Ibu Pejabat Umno.

Bagaimanapun, pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, beliau menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Umno semalam yang memaklumkan
bahawa mesyuarat yang dipengerusikan Bazlan adalah sah dan tidak terbatal sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Mesyuarat itu berlangsung di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang dan dihadiri oleh 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno negeri.

Mesyuarat pertama itu juga turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

Manakala mesyuarat mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda manakala ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan sebagai naib ketua.

kj1dl3.jpg


kj2td7.jpg


p/s : proses menjatuhkan KJ bermula ~ :D
 
Sponsored Post

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
si mukhriz ni die berani..sbb tu ramai kot yg sokong die..
erm,lantak korang la..takde kene ngene ngan aku..
menang kalah korang aku tak untung pape
 

wmrn1

Active Member
Joined
Jul 11, 2008
Messages
1,730
Reaction score
5
Points
25
Budak berhingus nak lawan TDM. Apa punya ***** beruk ni. Khir toyo memang diletak kat situ utk jadi pemecah undi, tak payah belajar Oxford pun boleh baca. Tahniah Tun, lanyak mereka anak beranak kerana hijack project 2020.
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
selepas ini KJ dah takder tempat dalam UMNO, untuk jawatan naib ketua tak lepas lagi kelayakan....pi layan pak mentua je lar...
 

diniya

Active+ Member
Joined
Mar 14, 2008
Messages
2,575
Reaction score
0
Points
30
tak minat nak amik tau.... hehehehehe
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
KJ..ada penyokong sebab dia ada duit kut!
 

syah99

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2006
Messages
6,069
Reaction score
63
Points
70
woi KJ mesti menang punya.
aku sokong KJ, Hidup KJ :p
calon yg lain tu menang sorak je.
tunggu & lihat kekeke.

KJ la pelengkap utk melingkupkan parti expired umno kahkahkah
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,259
Reaction score
861
Points
176
tu tak kisah... janji layak... sok sok nanti adalah duit berjuta juta akan jalan.... kita lihat saper yang kena....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register