BTC USD 118,359 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairul Aming, Pempengaruh Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
68,970
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
68,970
Reaction score
7,499
Points
916
Awards
1
03.12.2024 - Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa, kini mendapat perhatian pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming, yang turun padang membantu mangsa banjir. Khairul Amin Kamarulzaman menerusi posting di Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan semalam, dalam tempoh dua jam beliau berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

“Terima kasih untuk semua sukarelawan yang turut datang menderma barang keperluan. Kita bekalkan ke dua buah sekolah. Ada nasi, pakaian, ubat, tuala wanita, makanan kucing, selimut dan lain-lain. Hari ini kita akan membantu dengan lebih meluas. Kilang KA (Khairul Aming) akan bawa beribu dendeng yang dah retort dan kita juga akan sediakan nasi dan barang keperluan penuh satu lori besar untuk hari ini. Sukarelawan dijemput untuk membantu dan menyumbang tenaga,” katanya menerusi posting itu.

Terdahulu, posting itu tular di media sosial yang rata-rata netizen memuji tindakan usahawan tempatan itu. Posting itu turut mendapat tanda suka daripada lebih 80,000 pengguna Instagram dengan jumlah tontonan cecah satu juta. Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan itu, termasuk memberi sokongan dengan menjadi sukarelawan untuk pempengaruh media sosial itu untuk membungkus pek makanan kepada mangsa banjir. Sementara itu, menerusi posting pemilik Facebook rasmi ‘Senok Perut’ turut menyatakan beberapa pengasas kedai makanan viral dan produk Kelantan juga turut tampil membantu mangsa banjir di seluruh negeri ini. Menerusi posting itu, memaklumkan antara yang tampil membantu ialah Pengusaha Restoren Colek Bini yang dikenali sebagai ‘Kak Siti’; pemilik The Ve Cafe Bachok iaitu Shervin Fahri; Pemilik Nasik Berlauk Malam, Sudin Kubis; Pengasas Tina Beauty Coffee, Siti Nurul Atina; Pengasas Elrah iaitu El Azman; dan lain-lain.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 4 petang ini sebanyak 288 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri, dengan menempatkan 91,548 mangsa. Setakat ini, cuaca di seluruh negeri masih di landa hujan, dan keadaan juga mendung sepanjang hari.
1733211914956.png
 
Sponsored Post

Khairul Aming Harap Bantuan Mangsa Banjir Berterusan

03.12.2024 - Usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Amin Kamarulzaman berharap pelbagai pihak akan terus meyumbang barangan keperluan mangsa banjir di pusat pengumpulan yang dioperasikannya untuk diagihkan di seluruh Kelantan. Beliau yang lebih dikenali Khairul Aming, 32, berkata pada ketika ini pusat yang dioperasikannya di sebuah dewan majlis perkahwinan bersama 10 orang jawatankuasa pengurusan dan ratusan sukarelawan itu menghadapi kekurangan barangan bantuan berikutan bekalan yang terhad di Kota Bharu.

“Sepanjang empat hari pusat ini beroperasi, kekangan terbesar ialah barang, sebab seperti sedia maklum bekalan di Kota Bharu itu sendiri pun tak cukup jadi kita perlu barang datang dari luar. Untuk tiga hari lepas, bantuan sukar masuk melalui jalan darat sebab dilimpahi air namun hari ini alhamdulillah orang sudah boleh masuk dan kita baru terima barang-barang dari Johor, Selangor dan tempat-tempat lain. Kita harap petang ini, esok dan lusa lebih mudah untuk kita terima barang,” katanya kepada Bernama, di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkata ketika ini pusat pengumpulan kendaliannya itu mengalu-alukan tajaan bantuan daripada mana-mana pihak tidak kira daripada jenama besar mahupun peniaga kecil.

“Dua hari lepas saja kita berjaya menghantar bantuan ke 17 destinasi termasuk pusat pemindahan sementara (PPS), madrasah, sekolah rumah-rumah merangkumi kira-kira 7,200 mangsa. Hari ini pula kita bekerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menghantar bantuan menggunakan dua trak kepada 6,000 mangsa termasuk mereka yang terperangkap,” katanya.

Khairul Amin berkata pihaknya juga sentiasa memeriksa kualiti barangan diterima untuk diagihkan, kerana risau terdapat bahan makanan yang telah mencapai tarikh luput atau barangan tidak boleh digunakan.

“Kita mohon siapa yang mahu menderma supaya cuba sebaik mungkin bagi barang berkualiti yang kita sendiri akan pakai sebab memang betul mangsa banjir dalam darurat tapi cuba sebaik mungkin untuk hormat keadaan mereka,” katanya.

Beliau berkata ketika ini bahagian komunikasi pusat pengumpulan itu akan membuat siaran langsung di media sosial TikTok untuk mendapatkan kemas kini di mana-mana kawasan yang perlu bantuan sebelum dihubungi untuk mendapatkan perincian.

“Kita kemudian akan menghantar terus barangan keperluan kepada mereka. Bagi tempat yang tidak boleh masuk dengan kereta, kita akan bekerjasama dengan pemilik bot,” katanya.

Beliau berkata pusat itu akan beroperasi sekurang-kurangnya hingga Rabu depan dan pihaknya akan menumpukan kepada bantuan pascabanjir selepas itu. Sementara itu, tinjauan Bernama ke pusat pengumpulan berkenaan mendapati sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan pelajar universiti sedang sibuk menyediakan bekalan bantuan dalam bentuk pek individu bagi memudahkan urusan agihan. Barangan bantuan sebelum itu dibahagikan mengikut kategori seperti makanan kering, pakaian, lampin pakai buang, susu bayi dan ubat-ubatan.

 
Mydin Bagi Khairul Aming Ambil Barang Dulu, Boleh Bayar Lepas Banjir

Dengan situasi banjir yang teruk terutamanya di Kelantan telah mendorong banyak pihak datang memberi bantuan asas untuk kelangsungan hidup. Khairul Aming merupakan antara pemberi bantuan terawal yang sedia turun ke pandang dan membelanjakan wang besar dalam memastikan semua yang terjejas bakal menerima barangan keperluan yang secukupnya. Nampaknya sosok figura terkenal lain iaitu pemilik Mydin, Datuk Amer Ali Mydin turut mahu berganding bahu bersama pempengaruh berkelahiran di Kelantan itu dalam meringankan beban sejagat. Menerusi hantaran video di TikTok, tindakan Datuk Ameer memudahkan urusan pembelian barangan keperluan untuk KA dengan memberi pelepasan pembayaran selepas insiden banjir ini meraih pujian ramai.

“Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000, 50,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah,” jelasnya sewaktu membuat panggilan video bersama KA.

Dalam pada itu, Datuk Ameer turut berbesar hati menyumbang lagi 5,000 barangan asas kepada mangsa banjir sempena insiatif Mydin Prihatin. Kebaikan pemilik Mydin memang tidak boleh disangkalkan lagi apabila sebelum ini pun dia pernah menghalalkan segala barangan asas yang diambil oleh orang ramai di beberapa cawangannya sewaktu pandemik COVID-19 dahulu. Dalam perkembangan lain, KA juga memaklumkan kilangnya telah menyediakan dendeng serta barang keperluan lain untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.​

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register