BTC USD 105,317 Gold USD 3,433.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Khairul Aming Jual Dendeng Nyet Berapi, Dapat RM1.2 Juta Dalam Tiga Minit, Rekod Jualan Terpantas Dalam TikTok Malaysia

Sponsored Post

Mlm tu orang bukan berhajat nak produk tu, tapi battle game semata mata sbb masing2 nk tunuk hebat, ada mamat tu siap beli 60 paket, saper nak dm dia, harga mmg 2x ganda bg org yg mengidzm

Tu tak tahu la boh
Kita ni setakat beli pun sambal nyet edisi sebelum ni
Beli pun kat Petronas rasanya
Ada jual
Sekali beli macam sedap plok
 
FB_IMG_1707053682971.jpg


Strategi Launching Khairul Aming sebenarnya biasa-biasa je. Takde yang fancy pun..

Serius..

Tanya lah mana-mana IM, saya rasa diorang akan setuju. Tak perlu kupas dah boleh tau.

Tapi..

Macam mana dengan strategi beshe-beshe dia boleh hentak lebih SEJUTA dalam 3 minit lebih?

Resipi dia bukan pada wasapp gaiss.

Resipi hakiki dia adalah..

Khairul Aming itu sendiri.

Menjalankan RnD produk, persiapan launching yang memakan setahun, memerlukan fokus, disiplin, kesabaran, dan komitmen yang tinggi.

Dalam tempoh setahun tu, mesti banyak je member cucuk buat projek lain, try niche lain, dan macam-macam lagi.

Tapi tak..

Dia hanya fokus nak launching satu produk tradisional yang takde magik apa pun.. Opah kita dulu dah pernah buat dendeng.

Specialnya dendeng Khairul Aming adalah pada 'tepi-tepi' dia, ekosistem dia.

Bayangkan kalau Khairul Aming buat benda lain contohnya baju Melayu Khairul Aming sebab dia rasa jual dendeng ni nak kena tunggu setahun baru konpiden, mesti cerita dia tak macam ni..

Konsistensi Aming ni yang saya rasa saya sendiri pun takde 😅.

No wonder tak boleh buat sejuta dalam 3 minit.

Kita selalu terpengaruh dengan benda2 yang flashy. Kalau boleh nak buat produk yang jin pun tak pernah jumpa produk kita tu di alam ghaib. Inovasi la katanya..

Kita acapkali terlepas pandang pada proses yang konsisten, fokus pada benda simple dan disiplin yang tinggi.

Pelajaran berharga dari Khairul Aming buat pendiri bisnes bukanlah tentang powernya strategi launching dia..

Pelajaran paling berharga adalah hebatnya attitude bisnes dia. Itulah yang patut dicontohi


Ammar Zahar
 

Populariti sahaja tak cukup tanpa ilmu​


04 FEB 2024

2524920.jpg

Khairul Aming mencatatkan sejarah apabila Dendeng Nyet Berapi ilhmanya berjaya mencatat angka jualan RM1 juta dalam tempoh 3 minit 39 saat.


SHAH ALAM – Kejayaan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjual 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi dalam tempoh tiga minit membuktikan bahawa populariti sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam perniagaan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Dr Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman boleh dijadikan sebagai contoh perlu kerana beliau merupakan seorang yang berpendidikan tinggi.

“Saya tidak nafikan, kejayaan Khairul Aming yang berjaya raih RM1.2 juta dalam tempoh tiga minit itu akan membuatkan generasi muda untuk turut sama menjadi pempengaruh dan mula menjual produk.

“Bagaimanapun, menjadi popular sahaja tidak mencukupi untuk kekal relevan dalam dunia perniagaan. Kita boleh lihat contoh sebelum ini, ada artis (memiliki populariti) yang menceburi bidang perniagaan, namun tidak ramai berjaya bertahan dalam industri itu.

“Sebab itu saya katakan, nak bertahan dalam dunia perniagaan perlu ada ilmu pengetahuan. Populariti ini hanya nilai tambah untuk mengembangkan bisnes,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan produk terbaharu Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam tiga minit dan menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Hasyudeen berkata, Khairul Aming layak untuk dijadikan sebagai contoh usahawan muda kerana memiliki pengetahuan meluas dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, pempengaruh berkenaan tahu menggunakan populariti yang ada untuk menarik orang ramai dengan berkongsi fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam mengeluarkan produk terbaharu itu.

“Khairul Aming ada berkongsi momen perjalanan sebelum dia melancarkan Dendeng Nyet Berapi. Dia melabur sejumlah wang yang besar untuk pengubahsuaian kilang dan membeli kelengkapan mesin serta mengambil masa selama setahun untuk proses R&D.

“Ini membuktikan bahawa dia bukan sekadar memiliki populariti tetapi ada perancangan, berdisiplin dan bijak mengatur kewangan dalam perniagaan,” ujarnya.

Pada masa sama, Nik Mohd Hasyudeen menegaskan agar anak muda tidak mengetepikan perihal pendidikan kerana dengan memiliki pengetahuan ia akan membantu untuk mengatur strategi sebagai seorang peniaga berjaya.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register