Khabar Angin Perpindahan Pemain Liga M

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,528
Reaction score
11,443
Points
2,376

MFL Sedia Laksanakan Peraturan Pertukaran Lima Pemain Dalam Liga Malaysia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,528
Reaction score
11,443
Points
2,376
1590772595058.png


SUMAREH dan TMJ saling berbalas komen selepas pemain naturalisasi itu berkongsi gambar Mercedes

'Gurau senda' TMJ, Sumareh cetus spekulasi


KUALA LUMPUR: Ke manakah destinasi pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh selepas ini?

Adakah pemain naturalisasi pertama negara itu bakal mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Matthew Davies yang menyertai skuad Harimau Selatan itu musim ini?

Persoalan itu ditimbulkan penyokong bola sepak tempatan selepas melihat 'perbualan' antara Sumareh dan pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram pemain itu.

Rata-rata penyokong menyifatkan 'gurau senda' itu sebagai isyarat dan petanda bahawa Sumareh akan menyertai pasukan itu pada masa akan datang.

Pemain kelahiran Gambia itu berkongsi gambar jentera mewahnya dipercayai Mercedes A-Class Hatchback semalam namun apa yang lebih menarik perhatian apabila Sumareh dan Tunku Ismail saling berbalas komen.

Tunku Ismail sempat meninggalkan komen di hantaran terbabit apabila beliau menulis 'haha' yang disertakan emoji penumbuk dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangnya lazim dengan warna pasukan Harimau Selatan.

Sumareh membalas komen terbabit sambil tertawa dan mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register