BTC USD 28,175.0 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KFC cita rasa Bombay

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mee Jiuan (dua, kanan) bersama Pengurus Besar KFC Malaysia, Kelvin Hong (dua, kiri) ketika pelancaran menu baharu hari ini.

image.jpg

Bombay Fiery Crunch.


QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd menerusi KFC Malaysia menjangkakan siri Bombay destinasi ketiga Tasty Travel akan mendapat sambutan khususnya daripada remaja.Naib Presiden Kanan KFC Malaysia Ling Mee Jiuan berkata, pengenalan Bombay Fiery Crunch dan Bombay Crunch Burger diinspirasikan menerusi cita rasa Bombay, rentetan daripada sambutan menggalakkan daripada siri Bangkok dan siri Tokyo sebelum ini.

“Kedua-dua siri itu masing-masing menyumbang 15 peratus kepada jualan sejak diperkenalkan,” katanya selepas pelancaran menu terbaharu KFC, Bombay Fiery Crunch di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, menu terbaharu itu berada di semua cawangan seluruh negara bermula hari ini dan berlangsung enam minggu.

Katanya, pengenalan Bombay Fiery Crunch turut dijangka menyumbang 15 peratus kepada perolehan kumpulan.Sementara itu, mengulas berhubung KFC Delivery, Mee Jiuan berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai 75 cawangan dan menyasarkan mencapai hampir 90 cawangan sebelum akhir tahun ini.

Katanya, KFC Malaysia bakal menambah 20 lagi cawangan pada tahun depan.

Mee Jiuan berkata, KFC Malaysia jugamembuka cawangan mesra alam di Nilai 3, Oktober lalu.

“Setakat ini, kami belum membuat sebarang pelancaran bagi cawangan itu tetapi dijangka sebelum akhir tahun ini," katanya.

Bombay Fiery Crunch diperap bersama cili pedas, rempah ratus dan emping jagung rangup itu turut ditawarkan waktu tengah hari dengan harga RM10.95.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register