BTC USD 47,965.9 Gold USD 1,755.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keyakinan Masyarakat (Public Confident) Perlu Selari Dengan Pelantikan NC

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Isu pelantikan Naib Canselor menjadi perhatian masyarakat umum kembali. Kali ini, situasinya berlaku di Universiti Malaya yang mana Dato’ Rafiah Salim secara kontraknya akan menamatkan perkhidmatan sebagai Naib Canselor pada 7 November ini.

Secara faktanya, Naib Canselor (NC) adalah merupakan orang nombor satu di dalam pengurusan sesebuah Universiti. Walaupun tidak dinafikan kewujudan Pro Canselor dan Canselor sebagai simbol keagungan Universiti.

Tetapi dari segi autoriti dan juga tanggungjawab, jelas bahawa Naib Canselor merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah Universiti. Ia merupakan jawatan yang cukup penting bagi sesebuah universiti kerana beliaulah yang menentu hala tuju Universiti dalam mencapai kecemerlangan, terutama dari segi akademik dan juga mutu graduannya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan aturan dan amalan sekarang, Menteri Pengajian Tinggi mempunyai kuasa mutlak melantik mana-mana tokoh akademik yang dirasakan layak menduduki kerusi Naib Canselor atau Rektor universiti di negara ini. Hal ini adalah sejajar dengan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2008) iaitu Seksyen baru 4(a) dan 4(b) AUKU yang memperuntukkan bahawa “Menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu”.

Jelas bahawa peruntukkan AUKU ini akan menimbulkan satu perdebatan yang panjang kerana ia memberi kuasa pemutus kepada menteri bertanggungjawab untuk melantik Naib Canselor di sesebuah Universiti dan nasihat yang diberikan jawatankuasa itu adalah tidak mengikat menteri terbabit

Walaupun bakal Naib Canselor kebiasaannya dicalonkan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), tetapi kata pemutus (final outclause) datangnya daripada tangan menteri kerana beliau mempunyai kuasa mutlak (absolute power) menerima atau menolak nama-nama yang dicalonkan LPU. Justeru tidak hairanlah isu pelantikan Naib Canselor ini sentiasa menimbulkan kontroversi dan juga pendebatan ahli politik serta masyarakat umum termasuk ahli Parlimen sendiri.

Pelantikan Naib Canselor, yang dianggap sebagai CEO kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sering dipertikai dan didakwa sebagai tidak telus. Ada sesetengah pihak mengaitkan pelantikan Naib Canselor di beberapa IPTA dipengaruhi kuasa politik pihak tertentu.

Ada juga suara yang menyatakan mereka adalah kalangan tokoh akademik berkelayakan yang tidak harus dipertikaikan, sama ada dari segi akademik, pengalaman, pengaruh, komitmen dan kemampuan mentadbir. Ini merupakan satu persoalan akademik yang perlu dilakukan penelitian dan hujahan fakta.

Tetapi dalam sejarah berkaitan pelantikan dan penamatan Naib Canselor ini, kita tentu masih ingat bahawa isu yang paling hangat dalam bidang akademik telah tercetus pada awal Mei 2005 lalu iaitu mengenai desakan supaya Dr.Muhamad Zohadie Bardaie meletakkan jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Akhbar-akhbar perdana pada ketika itu telah membawa isu tersebut di halaman depan di dada akhbar-akhbar masing-masing. Antaranya ialah Berita Harian keluaran 9 Mei 2005 yang bertajuk “Dr Zohadie didesak letak jawatan Naib Canselor UPM” dan juga New Straits Times : “Universiti Putra VC asked to resign”.

Ia adalah kerana bekas NC UPM itu telah mempersoalkan arahan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dato’ Dr Shafie Mohd. Salleh, berkaitan penukaran Program Aerospace Engineering di UPM ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mengirim satu memorandum membantah arahan penukaran tersebut kepada kementrian terbabit.

Atas budaya kritis beliau yang diajar di universiti untuk bersuara lantang bagi mempastikan kebenaran ini, Menteri Pengajian Tinggi ketika itu telah menyatakan dengan tegas bahawa beliau mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau memecat naib canselor atau rektor 17 universiti dan kolej universiti awam. Ia sebagai satu ugutan kepada bekas Naib Canselor UPM yang lantang itu, situasi yang tidak dapat dilihat pada hari ini.

Amat malang sekiranya pemahaman politik dan juga prinsip Pegawai Tadbir Diplomatik digunakan, bukannya pemahaman keintelektualan, menyebabkan pelantikan NC dibuat secara pemilihan diktator, bukannya pemilihan secara kolektif. Sekiranya dahulu, para Naib Canselor dipilih secara majoriti oleh dekan-dekan, tetapi situasi pada hari ini amat berbeza. Jadi tidak terkejutlah bahawa ada Naib Canselor dipilih hanya berstatus lulusan master kerana ia hak mutlak dan budi bicara menteri sendiri.

Justeru dicadangkan agar penubuhan satu jawatankuasa bebas untuk mencari Naib Canselor yang benar-benar berkemampuan dan berkelayakan. Jawatankuasa tersebut mestilah dianggotai orang-orang berkelayakan dan semua dekan-dekan fakulti. Dicadangkan juga agar mahasiswa diberikan peranan yang sama untuk menyuarakan pendapat berhubung pelantikan Naib Canselor ini. Pandangan mahasiswa melalui Majlis Perwakilan Pelajar turut diambil kira sebelum melantik atau menyambung tugas seseorang Naib Canselor yang habis tempoh kontraknya.

Selain itu, proses pemilihan bakal Naib Canselor ini hendaklah dilakukan secara telus dan jujur. Urusan penyenaraian pendek nama-nama calon haruslah dilakukan oelh pihak lain dan bukannya Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan sebarang pelantikan yang tidak terhad kepada kakitangan kerajaan atau Timbalan Naib Canselor sahaja. Kalau difikirkan perlu, dicadangkan agar proses mendapatkan calon Naib Canselor ini perlu diuar-uarkan melalui iklan termasuklah di peringkat antarabangsa.

Pelantikan Naib Canselor juga perlu dibuat berasarkan merit atau kelayakan dari segi public confident atau keyakinan masyarakat. Memang susah untuk mencari seseorang yang boleh memiliki kepercayaan masyarakat, dalam pada masa yang sama juga yang beliau pakar dalam lapangan akademik yang dipeloporinya. Calon Naib Canselor ini juga turut pakar dalam profesion lapangan akademik lain dan bukan hanya bidang pengkhususan dirinya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya Naib Canselor itu pakar dalam bidang undang-undang, beliau juga perlu pakar dalam bidang lain seperti politik dan hubungan antara kaum. Antara ahli akademik yang dilihat pakar dalam pelbagai bidang ini ialah Profesor Dr. Aziz Bari, Profesor Dr. Khoo Khay Kim, Profesor Dr.Shamsul Amri Baharuddin dan beberapa nama lagi.

Keyakinan masyarakat turut diterjemahkan dalam bentuk penulisan ahli akademik tersebut di dalam buku mahupun dada akhbar yang mendapat tempat di hati masyarakat. Juga pandangan dan komentar mereka ini yang selalu dicari oleh pihak media apabila timbulnya isu yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelantikan Profesor Dr. Zaini Ujang sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia baru-baru ini mendapat pengiktirafan masyarakat atas kewibawaan dan kepakaran beliau yang juga merupakan seorang pakar air di negara ini. Perlantikan beliau adalah hasil daripada keyakinan masyarakat yang selama ini mengenali beliau sebagai tokoh yang berjasa kepada negara ini

Sekiranya kita menyelongkar sejarah, YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid boleh diambil rujukan sebagai seorang tokoh Naib Canselor yang mendapat keyakinan masyarakat terutamanya dalam bidang pengajian tinggi dan ekonomi. Ketokohan beliau memimpin Universiti Malaya selama 20 tahun telah diakui oleh semua pihak.

Gelaran Professor Diraja telah menceritakan segala-galanya akan kewibawaan beliau sebagai seorang Naib Canselor. Penubuhan UM, Pusat Asasi Sains UM, pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara, kewujudan Lembaga Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) adalah merupakan senarai panjang jasa beliau yang disumbangkan kepada negara tanpa terhad kepada bidang akademik semata-mata. Inilah contoh Naib Canselor yang wajar dilahirkan oleh negara kita terutamanya dalam hasrat melahirkan Intitusi Pengajian Tinggi Awam yang disegani di peringkat antarabangsa.

Secara tuntasnya, dihujahkan bahawa pemilihan NC mesti dibuat berdasarkan merit kelayakan yang dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan yang telus dan bukannya kemahuan dan budi bicara pihak Menteri sahaja. Keyakinan masyarakat turut diperlukan dalam membuat sesuatu pelantikan Naib Canselor bagi sesebuah Universiti kerana roh masyarakat penting untuk berada di dalam Universiti dan ini boleh dimulai dengan pelantikan NC. Sejarah pernah menceritakan bagaimana pejuang-pejuang UKM yang dipelopori oleh rakyat tidak berpelajaran, telah mengutip derma dengan membawa tabung-tabung ke kampung-kampung untuk menubuhkan UKM seperti yang kita lihat pada hari ini.

Sejarah ini menjelaskan bahawa gerbang ilmu ini amat dekat di hati rakyat Malaysia. Janganlah kerana kepentingan politik, maka sesuatu keputusan yang dibuat itu memingkirkan rakyat daripada bersuara. Hal ini termasuklah dalam isu pelantikan Naib Canselor ini. Ingatlah bahawa pelantikan NC ibarat pelantikan seorang nakhoda yang berwibawa, untuk memandu sebuah bahtera yang besar dalam mengharungi badai arus globalisasi dan isu-isu keintelektualan. Hal ini tidak lain dan tidak bukan, adalah bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia yang maju dan terkehadapan serta dapat melahirkan mahasiswa sebagai jantung pemikiran negara kita pada masa hadapan.

Hisyamuddin Bin Che Ali
Setiausaha Agong Ikatan Studi Islam (ISIUKM)
 
Sponsored Post

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
NC dilantik diatas kepentingan politik..
NC UM skrg layak jd Pembantu Am Rendah je..
pengiktirafan UM dperingkat antarabangsa amat memamlukan dibawah pentadbiran dia..
mcmana la penilaian pd dia ni dbuat???
 

mj12

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2008
Messages
11,812
Reaction score
0
Points
110
adehh...

saya sek takat darjah enam jer laa...:(
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register