BTC USD 57,733.1 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kewajiban Berpolitik

eishen

Active+ Member
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,545
Reaction score
82
Points
30
Wahai kaum Muslimin! Kita semua sedar dan meyakini bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bukan sahaja seorang ahli ibadah, seorang ketua rumahtangga, seorang ahli ekonomi, seorang hakim dan sebagainya, malah baginda juga adalah seorang ahli politik yang agung. Kita diperintahkan oleh Allah untuk menjadikan Rasulullah sebagai suri teladan. Apakah maksudnya? Tidak lain dan tidak bukan, kita wajib mengikuti Rasulullah dari segala aspek, termasuklah politik. Sehubungan dengan ini, kita wajib memahami politik sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah, bukannya politik sebagaimana yang diajar oleh Barat. Politik Rasulullah adalah politik Islam yang datangnya dari Allah, penuh dengan segala kesucian dan kesempurnaan. Adapun politik yang ada sekarang adalah penuh dengan najis dan kekotoran kerana berasal dari kafir Barat. Sebagai contoh yang mudah, di dalam memelihara rakyatnya, seorang pemimpin diharamkan menipu mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Seseorang yang memimpin kaum Muslimin dan dia mati, sedangkan dia menipu mereka (umat), dia tidak akan mencium bau syurga”. [HR Bukhari dan Muslim]. Inilah gambaran politik Islam. Tetapi di dalam politik kotor ciptaan Barat yang diamalkan sekarang penipuan sudah menjadi suatu ‘kewajiban’ bagi ahli-ahli politik.
‘Siyasah’ (Politik) bermaksud “memerhati dan mengatur urusan umat baik di dalam negeri mahupun luar negeri”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Dahulu Bani Israel diuruskan (‘tasusu’) oleh Nabi-nabi, setiap kali Nabi wafat maka akan diganti dengan Nabi yang lain. Ingatlah sesungguhnya sesudahku tidak akan ada Nabi, tetapi akan ada para khalifah (yang akan menjaga urusan kaum Muslimin) dan jumlahnya banyak...” [HR Muslim dari Abu Hurairah ra]. Perkataan ‘tasusu’ adalah berasal dari akar kata sasa-yasusu-siasatan yang bermaksud ‘memerhati dan menguruskan’. Definisi ‘politik’ yang tepat adalah sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadis ini dan beberapa hadis lain yang senada dengannya. Di dalam hadis ini juga, Rasulullah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa kerja baginda adalah ‘mengurus’ umat Islam sebagaimana Nabi-nabi yang terdahulu menguruskan umat masing-masing. Dan setelah baginda, urusan (politik) umat ini akan dijaga oleh Khalifah. Ini sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa Sistem Pemerintahan Islam itu adalah Sistem Khilafah, yang akan menjaga umat ini, samada di dalam negeri atau di luar negeri. Tugas Khalifah Islam adalah sebagaimana Rasulullah, iaitu menjaga umat Islam, bukan menjahanamkannya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian dari pemimpin umat Islam sekarang.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Barangsiapa (bangun) di pagi hari sementara perhatiannya adalah selain daripada Allah, maka Allah akan berlepas diri daripada orang itu. Dan barangsiapa (bangun) di pagi hari dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk daripada golongan mereka (kaum Muslimin)”. [HR Hakim dan Al-Khatib dari Huzaifah ra]. Hadis ini menunjukkan bahawa mengambil berat tentang urusan (politik) umat Islam adalah satu kefardhuan. Yang dimaksudkan ‘yahtamma’ (‘memerhatikan’) adalah memelihara dan mengambil tahu kesemua perkara yang berlaku ke atas kaum Muslimin di mana sekalipun mereka berada dan dari aspek mana sekalipun, samada pemerintahan, ekonomi, undang-undang, pendidikan, sosial dan sebagainya. Kita wajib memperhatikan apa yang telah dilakukan oleh orang kafir ke atas kaum Muslimin, wajib memperhatikan segala kezaliman dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh pemerintah kaum Muslimin ke atas saudara kita, wajib mengatur segala urusan dengan hukum Islam dan menegur mereka yang berhukumkan hukum kafir, wajib merubah negara kufur menjadi negara Islam dan sebagainya. Itulah yang dimaksudkan dengan politik.
Sehubungan dengan ini juga, wajib di kalangan umat Islam untuk ada sekurang-kurangnya sebuah parti politik yang kerjanya adalah berdakwah (menyeru) kepada ma’ruf dan mencegah segala kemungkaran. Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang menang” [TMQ Ali Imran (3):104].
Di dalam keadaan tidak ada Negara Islam, maka wajib pula ke atas parti tersebut berjuang untuk menegakkan Islam dengan mengikuti jalan (thariqah) yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa di Makkah sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Itulah thariqah yang benar lagi suci yang ditunjukkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Rasulullah tidak pernah ikut serta atau bertolak ansur dengan pemerintahan kufur atau bergabung dengan mana-mana kaum kuffar di dalam menegakkan Daulah. Rasulullah tidak pernah mengambil langkah-langkah fizikal atau kekerasan di dalam mendirikan sebuah Negara. Jalan yang baginda ambil hanyalah semata-mata berdasarkan perintah Allah dan tidak pernah menggunakan logik aqalnya sendiri, walaupun kemenangan berada di depan mata. Sirah menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah pernah ditawarkan untuk menjadi raja atau pemimpin Makkah oleh kafir Quraish dengan syarat baginda meninggalkan ajaran Islam, tetapi tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, walaupun pada logiknya adalah baik untuk berbuat demikian. Yang dicari adalah keredhaan, bukan kemenangan. Kemenangan akan menyusul dengan pertolongan Allah.
 
Sponsored Post

Wea Izre

Legendary Member
Joined
Apr 13, 2007
Messages
14,020
Reaction score
33
Points
120
boleh terangkan x cara rasulullah berpolitik?adakah dgn penubuhan parti?atau dengan cara lain,kerana kalau diikutkan sistem pada zaman jahiliyah itu sendiri mengamalkan sistem demokrasi,mintak tuan tanah jelaskan
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,561
Reaction score
4,266
Points
196
Tujuan politik adalah mencari pemimpin (khalifah). Salah pilih pemimpin akan rosaklah agama dan sesebuah negara. Apabila sudah dilantik seorang pemimpin, wajib ke atas rakyat beliau menegur segala kesalahan yang dilakukannya.
Zaman nabi dan sahabat ada majlis syura yang berfungsi memilih ketua negara. Sekarang digantikan dengan parti politik yang berjuang atas nama Islam.
 

Wea Izre

Legendary Member
Joined
Apr 13, 2007
Messages
14,020
Reaction score
33
Points
120
Tujuan politik adalah mencari pemimpin (khalifah). Salah pilih pemimpin akan rosaklah agama dan sesebuah negara. Apabila sudah dilantik seorang pemimpin, wajib ke atas rakyat beliau menegur segala kesalahan yang dilakukannya.
Zaman nabi dan sahabat ada majlis syura yang berfungsi memilih ketua negara. Sekarang digantikan dengan parti politik yang berjuang atas nama Islam.

owh macam tu,okies
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
dulu saya juga pernah fikir macam kamu, kenapa hari ini kita perlu berpolitik guna parti sedangkan Nabi tak pernah pun ada parti? kenapa juga kita perlu ikut sistem demokrasi, sistem pilihanraya sedangkan zaman Nabi takdak pun benda-benda macam nie...

agak lama jugak memikirkan benda ni, tapi bila banyak pergi dengar kuliah dan belajar dengan lebih mendalam, baru kita faham kenapa hari ini kita boleh perjuangkan Islam melalui sistem pilihanraya.

kita juga kena baca sejarah pemerintah Islam selepas kewafatan Nabi dan 4 khalifah...Empayar Islam seperti Umaiyah dan Abasiyyah, mereka memilih pemimpin berdasarkan kepimpinan "SULTAN" iaitu pemimpin empayar hanyalah di kalangan keluarga sultan sahaja. seperti Sultan Melayu kita hari ini, anak Sultan jadi Sultan akan datang. mana boleh orang luar boleh jadi sultan. kira macam royal blood la. dan tradisi Kesultanan Islam ini terus berlangsung sehinggalah ke Empayar Islam yang terakhir iaitu Empayar Turki Uthmaniyyah juga mengamalkan konsep kesultanan anak beranak.

namun begitu, walaupun Empayar Islam mengamalkan dasar kesultanan, namun setiap keputusan empayar masih lagi menggunakan sistem syura. terdapat juga catatan sejarah sesetengah daripada kalangan Abasiyyah menggunakan sistem syura untuk memilih The Next Sultan, tapi pendapat ini dibantah oleh sebahagian daripada pakar sirah.

dan kita fikir, Nabi berdakwah dengan penuh lemah lembut. Nabi juga mengangkat pedang dalam keadaan tertentu jika tiada jalan yang lain. jadi, untuk menyebarkan dakwah ni ada jalan lembut, dan ada jalan yang keras.

ni tak masuk bab perluasan empayar Islam lagi nie..
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,561
Reaction score
4,266
Points
196
dan kita fikir, Nabi berdakwah dengan penuh lemah lembut. Nabi juga mengangkat pedang dalam keadaan tertentu jika tiada jalan yang lain. jadi, untuk menyebarkan dakwah ni ada jalan lembut, dan ada jalan yang keras.

sekarang pedang susah nak cari... orang guna bom :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register