BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Meningkat Kepada RM125.53 Juta Pada Suku Kedua

Md Hanif

Fun Poster
Messages
848
Joined
Jun 13, 2023
Messages
848
Reaction score
64
Points
25
1725342723664.png


Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd melonjak kepada RM125.53 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2024 daripada RM75.48 juta dicatatkan pada suku kedua 2023.

Keuntungan bersih lebih tinggi itu didorong oleh sumbangan jualan yang bertambah dan pencapaian diskaun lebih baik serta kadar pendapatan operasi lain daripada pembekal, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil juga bertambah baik sebanyak 8.2 peratus kepada RM2.41 bilion daripada RM2.23 bilion sebelumnya, kebanyakannya disebabkan oleh sumbangan positif daripada pengembangan cawangan.

“Kumpulan itu mempunyai penambahan sebanyak 59 cawangan, menjadikan jumlah cawangan sebanyak 2,646 pada 30 Jun 2024.

“Terdapat impak positif daripada platform e-dagang jualan pukal yang dilancarkan secara rasmi pada Disember 2023, ia telah menyumbang kepada pendapatan tambahan kira-kira RM2.6 juta kepada kumpulan pada suku kedua 2024,” kata 99 Speed Mart.

Dalam pada itu, jumlah urus niaga jualan meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada 113.8 juta urus niaga pada suku di bawah kajian berbanding suku kedua 2023.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah dalam satu kenyataan berasingan berkata keputusan yang kukuh tersebut telah mencerminkan daya tahan model perniagaannya.

“Prestasi kewangan 99 Speed Mart yang kukuh menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan kemudahan dan nilai lebih besar kepada pelanggan kami.

“99 Speed Mart yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia menandakan peristiwa penting untuk syarikat kerana kami terus memacu pertumbuhan mampan dan memberikan nilai jangka panjang bagi pemegang kepentingan kami,” katanya.

Lee meluahkan keterujaan mengenai peluang baharu yang akan wujud menerusi penyenaraian berkenaan, membolehkan syarikat itu mempercepatkan trajektori pertumbuhan.

“Hasil daripada penyenaraian tersebut akan digunakan untuk mengembangkan kehadiran pasaran kami dan mengukuhkan kedudukan 99 Speed Mart sebagai peneraju pasaran dalam industri pasaran mini di Malaysia,” katanya.

99 Speed Mart dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysa pada 9 September 2024 dengan permodalan pasaran kira-kira RM13.9 bilion berdasarkan harga runcit akhir RM1.65 dan modal sahamnya yang diperbesarkan sebanyak 8.4 bilion saham selepas penyenaraian tersebut.

 
Back
Top
Log in Register