Ketua UMNO Jengka 9 Dan Penyokong Sertai PAS

CG Sponsors




usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
Jerantut: Umno Jerantut khususnya Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Tawar menerima tamparan hebat apabila para peneroka Felda meninggalkan perjuangan parti itu dan menyertai PAS.

Malam tadi, Ketua Umno Cawangan Jengka 9, Yusof Hasan, mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Bekas Ketua Kampung Jengka 9 itu membuat perisytiharan demikian sejurus selepas menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada satu majlis yang diadakan di tanah rancangan Felda itu.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Jerantut, Dr Hamzah Jaafar.

Yusof yang menyandang jawatan ketua Umno cawangan selama 20 tahun iaitu dari 1987 hingga 2007 dan menjadi ketua kampung Jengka 9 selama 10 tahun 1997 hingga 2007, turut menyerahkan borang PAS mewakili isteri dan para penyokongnya.

Sementara itu dalam ucapannya, beliau bersama penyokong yang terdiri daripada golongan muda, bertekad untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana sudah menyedari pengkhianatan yang dilakukan terhadap orang Melayu.

Antara lain, beliau juga meyakini tawaran PAS dan Pakatan Rakyat yang akan membela nasib generasi kedua Felda dan rakyat umumnya melalui konsep negara berkebajikan.

Dalam pada itu, Pengarah PAS Dun Pulau Tawar, Yohanis Ahmad, percaya lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno akan menyertai atau membantu perjuangan PAS memandangkan Yusof seorang yang berpengaruh dan dihormati di situ.




bye2 umporno
 
Sponsored Post

LilinSticks

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2008
Messages
3,487
Reaction score
3
Points
25
Alhamdulillah..semoga banyak lagi manusia manusia yg terbuka hatinya utk menyokong PAS.
 

nubiefx

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jan 11, 2012
Messages
5,448
Reaction score
6
Points
65
semoga yg munafiq kembali pd islam...
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,282
Reaction score
1,131
Points
201
nih ex MB yg diwar2 kan nk join PAS bila Mau submit da....
 

arzaraza

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2010
Messages
5,762
Reaction score
28
Points
70
nampak gaya 2 ekoq penyu ni kena join DHPP jugak la.

kesian kat depa :( sedih sangat aku tengok.
jadi president tapi tak boleh jadi calon. :eek:


agak-agak hampa apa yg depa dok sembang?
 

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
nampak gaya 2 ekoq penyu ni kena join DHPP jugak la.

kesian kat depa :( sedih sangat aku tengok.
jadi president tapi tak boleh jadi calon. :eek:


agak-agak hampa apa yg depa dok sembang?
sembang nak masuk DAP la tu bro :eek::eek::)):))
 

@dmin

Active Member
Joined
Jun 5, 2011
Messages
1,365
Reaction score
13
Points
25
Tahniah pas jerantut....
 

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
Tamparan hebat untuk pak cik aku, jika dia dicalonkan lagi untuk DUN Pulau Tawar nie....
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register