Ketua Polis Kelantan sampai khutbah Jumaat mengenai jenayah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi akan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid terpilih di seluruh negeri bagi menyampaikan maklumat secara lebih tepat dan jelas mengenai pencegahan jenayah.

Beliau berkata, langkah itu diambil sempena pelancaran program polis dengan masyarakat mulai tahun ini.

"Saya sendiri akan menyampaikan khutbah di setiap masjid yang dipilih di seluruh negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai jenayah dan cara-cara untuk mencegahnya secara lebih tepat dan berkesan," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Rahim melakar sejarah apabila menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Mukim Langgar di sini sempena Hari Polis pada 2007.

"Tugas ini bukanlah bermakna hendak mengambil alih tugas imam yang sedia bertanggungjawab dalam bidang itu, tetapi dengan berbuat demikian dapatlah saya menyampaikan dengan lebih jelas dan penuh penghayatan kerana kita sendiri berada dalam pasukan polis," katanya dan menurutnya, beliau akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Kelantan berhubung perkara itu.

Katanya, langkah itu mendapat persetujuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. - Bernama
 
Sponsored Post

hisham27

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
3,035
Reaction score
11
Points
25
BAgus, cam ni laaa baru leh jadi ketua..=D>=D>=D>
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
aku nak sgt dgr najib bagi kutbah xpon mb haram J perak tu..:))
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
jangan takat reti baca khutbah jer kot boleh biaq polis bercampur masyarakat kot ada kenduri kendara datang dan kot tok imam takder bawak tahlil baru orang pandang tinggi karier kepolisan biar orang ubahh persepsi dari rasuah kepada naib imam kampung itu sudah bagus
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
respek sikit .. pegawai polis beri kutbah
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
bile la turn pm kite plak baca khutbah.. :-?
 

mohdnor

Active Member
Joined
Sep 11, 2008
Messages
2,140
Reaction score
80
Points
30
#- tabik spring...orespek laa...
 

CoffeeCupp

Fun Poster
Joined
Dec 15, 2009
Messages
239
Reaction score
1
Points
15
Kalau betul bagusler.

Tapi dah biasa sangat tengok menda ni kat KL (terutamanya). Siang bagi khutbah, malam jumpa kat disco. :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register