Ketua Polis Johor, anggota terima ugutan

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
Najib Razak
3 mins ·

Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang menolak seruan Ketua Polis Johor Ayob Khan bahawa orang politik tak patut kacau urusan polis.

P. Ramasamy kata ianya tidak salah untuk ahli politik campur tangan - terutamanya dalam kes LTTE.

Kerana pihak polis juga bermain politik.

Ramasamy kata pihak Polis masa kerajaan PH bermain poltiik apabila mereka menangkap 12 orang termasuk 2 wakil rakyat DAP untuk memburukkan imej kerajaan PH sendiri.

Dia kata polis tak ada bukti kukuh dan cuma menangkap mereka berdasarkan khabar angin (hearsay).

Ramasamy kata tindakan Jabatan Peguam Negara masa Tommy Thomas menjadi peguam negara menggugurkan kesemua tuduhan ke atas kes LTTE itu adalah bukti bahawa pihak polis tiada bukti kukuh dalam kes tersebut.

Eh... Ramasamy, yang mula-mula dakwa mereka dalam mahkamah juga adalah Jabatan Peguam Negara semasa Tommy Thomas menjawat sebagai peguam negara.

Dan jika tak ada bukti kukuh, kenapa pula DAP mahu gugurkan kes dan tidak membawaya ke perbicaraan untuk membuktikan pihak polis langsung tak ada bukti untuk menangkap dan mendakwa mereka - seperti apa yang saya kini buat untuk membersihkan nama saya?

Dulu, Peguam Negara kerajaan BN juga kata tiada kes untuk dakwa saya untuk 1MDB dan SRC.

Tapi Ramasamy tak kata pula itulah penanda bahawa tiada bukti kukuh untuk mendakwa saya?

Posting P.Ramasamy:

 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
583
Reaction score
191
Points
23
fuhhh... smlm aku tgk video dia..

part dia sebut nama party tu.. takde nak tapis2.. mmg aku respek abis lah

kalau booleh dia ni jadi next IGP.. sbb tak heran pun dgn org politic ni

semua dia sapu bersih.. harap juga dia hapuskan ahlong dgn 9 dragons tu ;)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
'Ini bukan Colombia, ini Johor'

AXJfmSxW.jpg


JOHOR BAHRU: Seorang pegawai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau kemasukan bot di perairan Johor Timur menerima ugutan daripada sekumpulan lelaki yang dipercayai anggota sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ugutan itu dibuat oleh tiga lelaki yang meminta anggota berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan terutama membuat pemeriksaan terhadap bot-bot yang memasuki perairan Johor Timur.

"Laporan sudah dibuat semalam. Polis sudah mengenal pasti tiga lelaki berkenaan dan sedang menyiasat sama ada mereka anggota sindiket penyeludupan PATI atau pun penyeludupan rokok dan minuman keras.

"Kita sudah buka kertas siasatan kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut segera.

"Antara ugutan diberikan termasuk akan ada aksi tembak-menembak jika tindakan pemantauan dan pemeriksaan terus dijalankan ke atas bot-bot yang memasuki perairan Johor Timur.

"Perlu diingatkan ini bukan Colombia, tapi Malaysia dan Johor. Saya beri amaran polis tidak akan bertoleransi terhadap sebarang ugutan jenayah sebegini yang mahu menakut-nakutkan anggota penguat kuasa menjalankan tugas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ditanya mengenai kebimbangan penduduk di kawasan Johor Timur terutama di sekitar Sungai Rengit dan Sungai Tiram, Kota Tinggi yang khuatir keselamatan terancam disebabkan kawasan itu dijadikan laluan tikus penyeludup PATI, Ayob Khan meminta mereka membuat laporan polis jika ada sebarang maklumat atau diugut.

Katanya, penduduk yang mempunyai maklumat atau pun diugut sindiket tidak perlu takut dan bimbang membuat laporan polis kerana mereka akan dilindungi pihak berkuasa.

"Terus buat laporan di balai berdekatan jika ada maklumat atau diugut sindiket. Jika tak mahu ke balai, maklumkan kepada akaun Facebook Polis Johor atau akaun Facebook saya malah boleh terus hubungi saya menerusi telefon.

"Memang ada penduduk atau orang kampung pun yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan namun masyarakat sudah mempunyai kesedaran dan banyak salurkan maklumat pada polis.

"Polis Johor tidak akan bertoleransi terhadap sindiket penyeludupan apa lagi jika membuat ugutan. Ini Johor," katanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register