Ketua Polis Johor, anggota terima ugutan

CG Sponsors




adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,516
Reaction score
154
Points
43
dari dulu lagi aku dok tengok muka pakcik jenis kebal ngan sepet palat.. kalo had lain semua muka jernih shining senyum dok bekerja ngan sepet palat..
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,528
Reaction score
11,443
Points
2,376
Terbaik Tuan
Teruskan berkhidmat lumpuh jenayah
Yang mana jenis palat bersekongkol dengan penjenayah tu tak layak jadi anggota keselamatan
Habis buruk nama baik yang mana berkhidmat sepenuh hati
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
583
Reaction score
191
Points
23
dia mmg "garang" dgn penjenayah..

area dia jaga tu mmg lubuk penjenayah merempan

aku haraplah dia boleh jadi IGP dan buat balik team elite mcm dulu
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,514
Reaction score
253
Points
96
risau kalau family kena ugut sekali.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
Orang politik jangan ganggu tugas polis – Ayob

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.


Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob.

Beliau berkata demikian dalam temuramah khas dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.


Untuk rekod, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran sebelum ini pernah dituduh memberi sokongan kepada LLTE.

Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan beliau selepas mendapat arahan daripada Pendakwa Raya untuk tidak meneruskan prosiding.

Gunasekaran, 60, sebelum ini dituduh bersama-sama ahli DAP, V Suresh Kumar, 43; pengusaha restoran, B Subramaniam, 57, dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 28.

Pada 31 Oktober lalu, Gunasekaran, Suresh Kumar dan Subramaniam masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Jabatan Peguam Negara juga sebelum ini membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan LTTE.

Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Katanya, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang. – Malaysia Gazette

MGF09072020_TEMUBUAL-EKSLUSIF-MALAYSIA-GAZETTE-BERSAMA-KETUA-POLIS-JOHOR_27-681x454.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
Pengalaman kerja puluh tahun tak guna kalau tiada integriti

KUALA LUMPUR – Pengalaman berpuluh tahun dalam pasukan tidak membawa makna jika seseorang pegawai dan anggota polis itu tidak mempunyai integriti, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan.


Menurut Ayob, pengalaman yang dimiliki setiap warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang sangat membantu dalam konteks kepolisan namun ia mesti disertai dengan sikap kejujuran.

Tegasnya, pegawai dan anggota polis boleh bercakap tentang pengalaman yang dimiliki mereka namun ia tidak memberi sebarang kelebihan jika tidak memiliki integriti dalam menjalankan amanah dan kepercayaan yang diberikan.

“Kita (mungkin) pernah jadi OCPD (Ketua Polis Daerah), kita pernah jadi Ketua Polis di beberapa buah negeri…tetapi kalau tiada integriti, ia tidak berguna,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara khas dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.

Disebababkan itu, kata Ayob, beliau rela menjadi ‘tidak popular’ bila mengambil tindakan tegas terhadap pegawai dan anggotanya yang melakukan penyelewengan.

Malah, katanya, beliau bersedia menjadi bahan kritikan dalam usahanya menjalankan tindakan tersebut.

“Saya dah biasa dikritik, diasak, dihentam kiri dan kanan, hari pertama saya di sini (Johor) lagi saya dah nyatakan yang saya akan serahkan sepenuhnya pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada pegawai dan anggota saya terlibat dalam kes rasuah.

“Jika SPRM tak dapat ambil, saya akan buka kertas siasatan seperti mana saya ambil tindakan terhadap empat anggota trafik yang ambil rasuah dari seorang pengusaha lori baru-baru ini.

“Mungkin di kontinjen lain atau di Bukit Aman, kes sebegini akan diserahkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk siasatan dalaman, tetapi tidak pada saya.

“Saya akan buka kertas siasatan (IP) di bawah pemerasan agar mereka boleh dituduh di mahkamah, saya mahu tindakan lebih tegas!” ujar Ayob.

Mengulas lanjut, kata Ayob, beliau juga meminta pegawai JIPS tidak menunggu aduan sebaliknya mereka perlu terus menyiasat mana-mana pegawai dan anggota polis yang diragui kemampuan mereka khususnya dalam hal pemilikan harta.

“Ada pegawai bagi tahu saya supaya jangan cari salah orang, saya bagi tahu mereka ini bukan isu nak cari salah orang, ini untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam rasuah.

“Kalau ada orang awam mengadu pada saya seorang seorang Inspektor yang baru kerja satu tahun dah boleh memakai kereta mewah seperti Toyota Vellfire contohnya, mana saya nak letak muka saya?” ujar Ayob.

Dalam pada itu, Ayob juga mahu istilah ‘tersinggung, malu dan imej pasukan tercemar’ dibuang setiap kali ada kes pegawai dan anggota polis atau mana-mana petugas agensi penguatkasa diberkas kerana terlibat dalam penyelewengan.

Menurutnya, tidak timbul isu mana-mana jabatan ‘merasa malu’ jika ada berita tentang petugas mereka ditangkap rasuah kerana masalah tersebut adalah hakikat yang perlu diakui kewujudannya.

“Kalau kita tutup isu ini, ia tidak akan habis…itulah yang berlaku sebelum ini.

“Contohnya bila ada polis yang ditangkap, saya tak rasa malu, malah Ketua Polis Negara pun saya rasa tak rasa malu.

“Dalam kes penyeludupan, rakyat tahu, orang kampung tahu, malah ada yang siap hantar video pada saya ada anggota kita mengawal pergerakan rokok seludup dengan kereta peronda.

“Dalam erti kata lain, kalau kita masih lagi nak lindung perbuatan anggota kita dengan alasan nak tutup malu, sampai kiamat pun isu rasuah dan penyelewengan tak akan habis,” katanya.

Menurut Ayob, akuilah rasuah adalah isu utama dalam agensi penguatkuasaan dan rakyat tahu tentang itu.

Malah menurut Ayob, perkara pertama yang beliau minta kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bila datang ke Johor adalah ruang untuk mengambil tindakan pada semua pegawai dan anggota polis negeri itu yang melanggar integriti pasukan.

Ujarnya, ini terutama mereka yang berada di peringkat pegawai ‘atasan’. – MalaysiaGazette

MGF09072020_TEMUBUAL-EKSLUSIF-MALAYSIA-GAZETTE-BERSAMA-KETUA-POLIS-JOHOR_32-681x453.jpg
 

Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
583
Reaction score
191
Points
23
ye, dia kena tukar masa sibuk siasat kes LTE 5G arituh..

harap boleh follow up lagi dgn org yg ganti jawatan dia..

kalau ada buat masalah.. semua kena sapu, takde pilih bulu ;)
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
Najib Razak
17 mins ·

Ini terang-terang silap Datuk Ayob Khan semasa dia di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Masa rejim Gagalkrasi PH dahulu, hampir semua Rakyat dah maklum bahawa DAP dengan Menteri Kewayangan mereka adalah pantang disentuh.

Ko tengok bagaimana panglima Mat Sabu, Lid dan parti PAN tak pernah sekali lawan DAP pun, kita dah faham.

Sehingga ketua polis daerah (OCPD) Jerantut, Pahang pun diugut pemimpin DAP dengan amaran:

‘Sesiapa nak lawan PH, akan datang dia pun tak boleh aman’.

Masa itu, Peguam Negara dilantik PM7 pun orang depa.

Yang ko pergi usik DAP, kenapa?

----
Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,907
Reaction score
21,015
Points
1,671
Musa pesan ketua polis Johor hati-hati dengan 'musuh dari dalam dan luar pasukan'

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menasihatkan ketua polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menjalankan tugasnya dengan jujur dan tegas ketika berdepan campur tangan politik dalam kes polis.


Namun, Musa (di atas) mengatakan bahawa Ayob juga harus berhati-hati dengan "musuh" dari dalam dan luar pasukan.

"Nasihat saya kepada Dato Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Dato (Ayob) perlu berjaga-jaga kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Dato,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Dalam sebuah wawancara dengan Malaysia Gazette semalam, Ayob (di bawah) memberi gambaran ada pihak yang tidak bersetuju dalam tindakan beliau dan pegawainya menguatkuasakan sesuatu undang-undang dalam kes penangkapan beberapa individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ayob berkata campur tangan seumpamanya tidak timbul ketika beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menangani penangkapan beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dan pengikut Darul Islam dan Daesh.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob seperti dilapor wawancara itu.

LTTE disenaraikan sebagai kumpulan pengganas pada tahun 2014 oleh kerajaan.

Ayob pada masa itu berjanji akan meneruskan siasatan tanpa mengira ada hubungan dengan anggota DAP.

Bekas peguam negara Tommy Thomas akhirnya menghentikan tuduhan keganasan terhadap 12 individu itu awal tahun ini.

Sementara itu, mengulas kenyatan Musa, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy, yang juga Adun Perai DAP, mengingatkan bahawa polis tidak terlepas dari pemantauan.

"Ya, tidak ada masalah polis menegakkan undang-undang dengan mengambil langkah-langkah yang diperlukan yang mungkin dilihat keras.

"Tetapi dia (Musa) tidak berhak mengatakan bahawa pasukan polis tidak dapat dipantau oleh masyarakat atau ahli politik.

"Sekiranya polis melakukan kesalahan, terserah kepada orang ramai untuk menunjukkannya atau memaklumkannya kepada pihak berkuasa masing-masing," kata Ramasamy dalam satu kenyataan.

Ramasamy menegaskan bahawa penangkapan 12 individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE, kumpulan yang sudah tidak aktif, adalah satu bentuk ketidakadilan.

"Mengapa ahli politik tidak harus menunjukkan kesalahan besar yang dilakukan oleh polis dalam menangkap 12 individu itu?

"Polis semesyinya tidak terlepas dari pemantauan, Musa Hassan, bekas polis, sepatutnya maklum perkara ini," katanya.

4683f757b7e6a5f564bd76c1794669fd.jpeg
 

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,735
Reaction score
1,620
Points
201
susah nak banteras kalau baca apa yg dia cakap....sebab musuh dalam selimut yg makan duit ramai....nak hidup mewah punya pasal.....bini pemakan rasuah ni pun tak tegur suami sebab dia pun nak pakai handbag mahal.....hidup la begitu tanpa rasa salah....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register