Ketua Polis Johor, anggota terima ugutan

CG Sponsors




hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20
0094FDE3-857F-476E-8357-CEC48F2E22F4.jpeg

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengakui beliau dan anggotanya menerima ugutan apabila membongkar serta melumpuhkan aktiviti sindiket penyeludupan dadah dan imigran di negeri ini sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang memulakan tugas sebagai Ketua Polis Johor pada 24 Februari lalu mendedahkan, ugutan juga datang dari negara jiran termasuk usaha pihak tertentu untuk mengambil tindakan terhadapnya.

"Jika mahu buka kertas siasatan kena pastikan siapa yang membuat ancaman. Macam tekong-tekong (penyeludupan migran) bersembunyi di Batam, Indonesia, dia dah lari ke sana. Kalau perlu tindakan, perlukan bantuan polis Indonesia dan insya-ALLAH kita akan buat.

"Ugutan bukan mudah untuk disiasat, dibuat melalui panggilan telefon, menghantar mesej menerusi WhatsApp dan Facebook atau media sosial lain. Bermacam-macam bentuk ancaman diterima," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan mengulas ancaman yang diterima beliau dan pihak polis selepas melakukan beberapa operasi besar-besaran sehingga melumpuhkan 95 peratus kegiatan sindiket penyeludupan migran serta dadah di sempadan negeri ini.

Pada 4 Jun lalu, polis Johor menangkap 40 suspek utama yang menjadi dalang penyeludupan migran sekitar pantai timur Johor melibatkan ejen yang mengurus keluar masuk migran, menguruskan pengangkutan, tekong darat, tekong laut dan penjaga rumah penampungan.

Susulan itu 23 pegawai dan anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ditahan dari 13 hingga 18 Jun lalu disusuli serbuan pada 23 dan 25 Jun lalu kerana bersekongkol dengan sindiket penyeludupan migran dan dadah.

Ayob Khan berkata, beliau tidak menolak terdapat saki-baki anggota polis dan penguat kuasa lain yang bersekongkol dengan sindiket dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri sekiranya benar terlibat jenayah rentas sempadan itu.

"Jika ada anggota dan pegawai polis terlibat jenayah, pertamanya kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 (LLPK).

"Terakhir kita akan serahkan mereka untuk tindakan tata tertib, kita tiada tolak ansur dalam hal ini," katanya.


== sinar harian
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,252
Reaction score
1,677
Points
206
Ingat kene ugut dgn ahli politik
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,092
Reaction score
263
Points
91
Klu KP pun kena ugut,
xheran ler Tn Ali Batcha mengalamai nasib spt itu.
Dasyat tol jenayah ni...
Berapa ramai yg berani macam Tuan Ayub ni ?
 

Emy_Ezra

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2012
Messages
5,478
Reaction score
242
Points
88
Klu KP pun kena ugut,
xheran ler Tn Ali Batcha mengalamai nasib spt itu.
Dasyat tol jenayah ni...
Berapa ramai yg berani macam Tuan Ayub ni ?
Long live justice!

Tp tuan masalahnya kdg2 duri dalam daging sendiri.
Tu yg xpasal2 dapat surat tukar.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,903
Reaction score
21,015
Points
1,671
ayob khan mmg steady. wish him next kpn
 

rakcacer

Active+ Member
Joined
Jul 20, 2009
Messages
4,045
Reaction score
82
Points
40
Ayob ni dh biasa kene ugut ng penganas & militan... takat kene ugut ng sindiket gangster apa la sgt...
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,213
Reaction score
844
Points
71
Tak sangka dunia moden macam sekarang pun kita masih mampu tengok seorang "Temenggong" berkhidmat.

Inilah mungkin "Temenggong zaman moden".
 
Sponsored Post
Top
Log in Register