BTC USD 26,918.8 Gold USD 1,977.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketua Polis Di Lucut Jawatan 'Payung' Kelab Malam Haram

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
29.10.2022 - Bangkok, Pihak berkuasa Thailand giat mengadakan pemeriksaan ke atas beberapa kelab malam mewah. di sekitar Bangkok bagi mengenal pasti premis yang terlibat dengan jenayah penyalahangunaan dadah. Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kelab pada Rabu, seramai 266 individu ditahan dan kira-kira 104 daripada mereka positif dadah semantara sekitar 237 pula merupakan warganegara China.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Yannawa, Thanachot Rerkdee dipecat daripada jawatan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan rasuah dan membenarkan premis hiburan beroperasi secara haram. Menurut jurucakap polis, Thanachot menerima rasuah daripada pemilik bar bagi membenarkan mereka untuk menjalankan perniagaan.

“Buat masa sekarang dia (Thanachot) kekal dipecat sehingga pengumuman baharu akan dibuat. Melihat kepada keadaan sekarang, kami kelihatan bergelut untuk mendapatkan pelancong yang berkualiti,” katanya.

Dalam kejadian sama, polis menemui dadah jenis ketamin, nimetazepa dan diazepam yang dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan minuman koktel dinamakan air gembira. Mereka yang ditahan didakwa menggunakan dadah dan bekerja di tempat hiburan tanpa permit. Polis turut merampas lebih 30 kenderaan mewah manakala pemilik bangunan disoal siasat sekiranya dikaitkan dengan kumpulan pengedaran dadah. Untuk rekod, polis turut membuat serbuan di sebuah kelab hiburan di Pattaya dan menahan sekumpulan remaja yang terlibat dengan pengedaran dadah.​


 
Sponsored Post

Hou-Ou

Active+ Member
gem
Messages
2,989
Joined
Jun 13, 2021
Messages
2,989
Reaction score
1,381
Points
111
Dalam serbuan yang dilakukan di sebuah kelab pada Rabu, seramai 266 individu ditahan dan kira-kira 104 daripada mereka positif dadah semantara sekitar 237 pula merupakan warganegara China.



Daripada 266 ...237 warga China :)
maknanyaa...Org siam dan lain2 bangsa... hanya 29 org je

ni kat Thailand ke kat China ni...biar betikkk

hahaha

aparaaa..Org Cina ni...

p Thailang buat larroooo je :)

tapi..ketua Polis Daerah Yannawa, Thanachot Rerkdee pulak kena pecat!

pecat ketua Polis China la! ya dak Tuan akudotcom ?
 
Sponsored Post

Top
Log in Register