Ketua Hakim Syarie Johor meninggal dunia

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU 21 Nov. – Ketua Hakim Syarie Johor, Datuk Ali Ahmad meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada pukul 5.30 pagi tadi akibat asma.

Ali, 59, meninggalkan seorang balu, Datin Rovitah Atan serta sembilan orang anak dan tiga cucu.

Allahyarham dikejarkan oleh ahli keluarganya ke hospital berkenaan selepas mengalami semput sekitar 5 pagi di rumahnya di Kampung Melayu Majidee.

“Arwah memang menghidap asma sejak dari muda namun sejak seminggu lalu, sakit asmanya menjadi semakin teruk,” kata anak ketiganya Mohamad Hafiz.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini selepas solat Jumaat. Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Zainal Abidin Othman.

“Arwah ayah banyak juga berpesan antaranya suruh kami menjaga solat dan banyakkan beribadat,” kata Hafiz.

Allahyarham dilahirkan di Batu Pahat dan memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran agama serta bertugas sebagai kadi di Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada 1980.

Memegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, beliau memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Syariah negeri sejak 2005.

Al Fatihah
 
Sponsored Post

Cuppy Cakes

Legendary Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
12,140
Reaction score
35
Points
120
takziah pada famili arwah...
al-fatihah..
 

ejalmlk

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 8, 2008
Messages
10,491
Reaction score
43
Points
120
al fatihah .. semoga Rohnya ditempatkan sebaris dengan para muslimin dan para anbia....

Amin
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
al-fatihah...
moga rohnya dicucuri rahmat....
insya allah
 

ahmadnaim

Active Member
Joined
Dec 14, 2007
Messages
1,065
Reaction score
49
Points
35
Al-fatihah moga roh allayarham dicucuri rahmat dan segala amal ibadah diterimaNYA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register