BTC USD 61,525.4 Gold USD 1,767.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir di tahan polis

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,125
Reaction score
4,194
Points
236
Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Isytihar Taubat

27.09.2021 - Kuala Lumpur, Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Masitah Ab Jalar yang membuat pengisytiharan taubatnya (Istitabah) hari ini meminta pengikutnya untuk sama-sama bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada majlis berkenaan, Masitah, 39, juga dikenali sebagai Sittah An Nur ketika mengumumkan pengisytiharan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkata bahawa pengakuan taubat itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya bertaubat kembali ke pangkal jalan dan akan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti, mempercayai tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan yang terbina berdasarkan kenyataan saya dan kembali kepada Islam yang sebenar,” katanya pada Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) hari ini.

Selesai pengisytiharan tersebut Masitah menandatangani dokumen pengisytiharan taubat. Manakala dokumen penyaksian pengisytiharan taubat Masitah telah ditandatangani oleh Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad; Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajian Islam Malaysia Mohd Ansor Rullah Mohd Hassim. Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata pihaknya terus memantau Masitah dan sekiranya bdia melakukan perkara yang bertentangan ajaran Islam, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atasnya.

“Ini adalah agama Islam, iaitu apa jua penguatkuasaan yang dilakukan adalah untuk menyelamatkan seperti keadaan sekarang contohnya jika Masitah tidak akur maka Seksyen 7 dan Seksyen 8(b) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 akan dikuatkuasakan jadi dia apabila akur, kita isytihar (taubat),” katanya.

Dia berkata pihaknya tidak mahu mengambil tindakan yang menjadikan individu menjadi semakin jauh dari tuhan dan menjadi umat lebih rosak dan teruk. Katanya, majlis hari ini diatur atas persetujuan Masitah dengan rela tanpa paksaan demi memberitahu kepada umum, khususnya kepada individu atau pihak yang percaya dan berpegang kepada pernyataan mimpinya untuk turut bersama-sama mengakui kekhilafan dilakukan, bertaubat serta kembali kepada prinsip-prinsip Islam yang benar.

Dia berkata pada 20 Sept, Masitah dipanggil menghadiri sesi penjelasan bersama tiga orang panel pakar akidah yang dilantik oleh Jais dan hasil daripada sesi itu Masitah telah akur, insaf dan menyesal tentang perbuatannya membuat pernyataan bercanggah dengan hukum syarak serta menyeleweng, menyimpang dari akidah Ahli Sunah Waljamaah.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh. Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa-apa yang akan berlaku pada masa depan.​

1632727468269.png
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
#Kualalumpur Pengikut ajaran berkenaan akan diburu pasukan khas polis berdasarkan butiran lengkap yang diperolehi.
https://www.hmetro.com.my/.../serah-diri-sebelum-dijejaki

Serah diri sebelum dijejaki​

1632721096460.png


Kuala Lumpur: Serah diri atau setiap ahli kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) akan dijejaki.

Difahamkan pengikut kumpulan ajaran berkenaan akan diburu oleh pasukan khas polis berdasarkan butiran lengkap yang sudah diperoleh hasil siasatan sebelum ini.

Sumber keselamatan memaklumkan bahawa polis berjaya mengenal pasti setiap individu yang terbabit dalam kumpulan itu diketuai oleh seorang wanita.

Menurutnya, maklumat berkenaan diperoleh secara terperinci hasil siasatan yang dilaksanakan termasuk daripada beberapa sumber yang tidak boleh didedahkan.



ANTARA laporan Harian Metro berkaitan PMYT  yang disiarkan sejak 29 Ogos lalu. FOTO Arkib NSTP
ANTARA laporan Harian Metro berkaitan PMYT yang disiarkan sejak 29 Ogos lalu. FOTO Arkib NSTP

"Maklumat berhubung setiap ahli kumpulan itu sudah ada dan polis mempunyai maklumat terperinci berhubung latar belakang pengikut kumpulan terbabit.

"Mereka perlu serah diri atau polis akan menjejaki mereka berdasarkan maklumat yang ada.

"Difahamkan juga pihak polis sudah mempunyai pasukan khas untuk menjejaki setiap ahli kumpulan ini jika mereka masih berdegil atau enggan tampil bekerjasama," katanya.
Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 12:01pm

Harap xde geng cg dalam senarai
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,048
Reaction score
2,864
Points
201
Ibu yati je selamat
Pegasas agama melayu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
91,868
Reaction score
14,977
Points
1,906
Bukan tak ke. Lepas bertaubat
Dulu ayah pin pun mcm ni
tn akecema, ibu yati kena dakwa kat mahkamah kan

ibu yati ni takde dibuat press conference utk pengisytiharan taubat



ayah pin pun ada isytihar taubat jugak ke, dia ada kes mahkamah tak
sori saya tak berapa ingat bab ayah pin ni



1632742649489.png


Isu 'agama Melayu': Ibu Yati didakwa di mahkamah

Diterbitkan: Mar 4, 2021 9:51 PM

Wan Norhayati Wan Alias atau juga dikenali Ibu Yati yang dikaitkan dengan ajaran 'agama Melayu' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini

Utusan Online melaporkan bahawa Wan Norhayati sebelum ini ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bersama tiga individu lain di sebuah premis di Hulu Langat kira-kira pukul 11.20 malam semalam.

Dalam laporan itu, Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad dipetik sebagai berkata bahawa kes dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah dan mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 kepada dua wanita dengan jaminan seorang penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 48.

“Bagi tertuduh lelaki pula, seorang daripadanya diikat jamin dengan RM1,000 dengan penjamin dalam kalangan penjawat awam Gred 41 manakala seorang lagi dilepaskan dengan bon jamin penguat kuasa.




“Tiga daripada tertuduh perlu diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dua minggu sekali,” katanya seperti dilapor.

Mohd Shahzihan turut berkata bahawa dengan penangkapan keempat-empat individu itu dapat membantu menyelesaikan kes melibatkan beberapa individu di Selangor yang disyaki membuat tindakan menyanggah ketetapan hukum syarak atau fatwa.

“Selain itu, kes tersebut turut melibatkan penghinaan kepada al-Quran dan hadis, serta mempersenda, menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 28 Julai hadapan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam,” jelasnya,

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pada 2 Feb lalu memaklumkan bahawa polis telah memulakan siasatan terhadap ajaran "agama Melayu" yang didakwa menyeleweng.

Pada 29 Jan lalu, Ibu Yati, 41, menafikan membawa ajaran sesat mahupun agama baru.

Ibu Yati turut tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan itu.

Ini selepas Nasrudin, yang juga pemimpin PAS menyeru umat Islam di Malaysia tidak terpengaruh dengan dakwaan ajaran sesat 'agama Melayu' yang dikatakan dibawa oleh individu dikenali 'Ibu Yati'.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,511
Reaction score
21,762
Points
1,671
Oh kena dah ibu yati ni. Miss info. Mungkin sbb xviral mcm makcik ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register