BTC USD 56,321.5 Gold USD 1,762.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikut.

Jedi

CG Top Poster Club
Messages
45,599
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
45,599
Reaction score
2,562
Points
201
 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Messages
45,599
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
45,599
Reaction score
2,562
Points
201
Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya :
.
1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab.
.
2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah.
.
3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.
.
4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.
.
5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.
.
Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.
.
6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.
.
7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.
.
1f60e.png
Jangan tinggal solat
.
Semoga bermanfaat
 

dloanman

CG Top Poster Club
Messages
30,593
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,593
Reaction score
2,293
Points
206
8. Bawak scanner utk scan samado kamera tersembunyi ado ko tidak dlm bilik hotel

9. Klu takdo scanner, cek & tutup dengan selotep/kain mano2 barang/perabot/dinding yg ado lubang kocik yg disyaki sbg tompek kamera skodeng

10. Sentiasa tutup aurat dlm bilik hotel.... jgn nak bogel ajo walaupun laki bini ekekekekeke
 

Jedi

CG Top Poster Club
Messages
45,599
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
45,599
Reaction score
2,562
Points
201
Seram pulak nak dok hotel sensorang lepas baca.

Tambahan lak kalau keluar jer hotel, menghadap hutan.

Macam resort kat Sabah.

Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu​

 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,357
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,357
Reaction score
2,963
Points
201
Beli kat shope e
Aman spray sembur 1 bilik
 
Sponsored Post
Top
Log in Register