• Forum searching still not well functioning . We have already working on it.

Ketahui Langkah Melangsaikan Hutang Jahat

Recommended Brokers


Latest Threads

easicircle

Fun Poster
Joined
May 27, 2014
Messages
381
Reaction score
81
Points
28
Setiap individu pasti tidak dapat lari daripada dibelenggu oleh hutang. Rata-rata golongan muda sudah mula berhutang di awal usia apabila terikat dengan pinjaman pendidikan. Hutang ini adalah perlu terutama untuk mereka yang kurang bekemampuan dan tidak mempunyai dana pendidikan. Walaupun kadar faedah yang dikenakan rendah, namun bukan menjadi alasan untuk anda culas bayar dan terus dibelenggu hutang pinjaman pendidikan dalam tempoh yang lama.

Berbeza pula dengan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Hutang seperti ini dikenali sebagai hutang jahat kerana kadar faedahnya yang tinggi. Akhirnya akan mengakibatkan anda terbelenggu dengan hutang untuk tempoh yang lama. Malah hutang ini jika tidak bijak dikawal akhirnya akan menjerumus anda ke kancah muflis.

Jadi apa yang anda boleh lakukan dalam usaha untuk melangsaikan hutang jahat? Segalanya harus bermula dengan pengurusan kewangan yang teratur. Anda harus pandai mengawal perbelanjaan serta tahu bagaimana untuk bebas daripada hutang jahat. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Harus utamakan keperluan berbanding kehendak. Pengorbanan perlu di sini demi mencapai matlamat. Gunakan bonus tahunan anda untuk membayar hutang yang mempunyai kadar faedah tinggi seperti kad kredit atau pinjaman peribadi. Ketepikan kehendak ingin menggunakan wang bonus untuk bercuti atau membeli barang idaman. Utamakan matlamat penting dengan memperuntukkan wang tersebut untuk membayar hutang. Jangan bertangguh!

Uruskan hutang kad kredit anda dengan bijak dengan memastikan tiada bayaran bulanan yang tertunggak. Hal ini kerana ingin mengelakkan daripada dikenakan kadar faedah. Jika tidak mampu bayar keseluruhan baki bulanan hutang. Cara lain yang boleh dicuba adalah dengan mengetahui jumlah maksima yang anda mampu bayar setiap bulan. Bayar lebih daripada kadar minimum supaya dapat mengurangkan baki hutang terkumpul dengan kadar cepat.

Tidak boleh dinafikan hidup akan pasti berhutang, namun jangan biarkan hutang menjadikan hidup anda tidak tenang. Perlu bijak menguruskan kewangan, jangan sesekali belanja melebihi pendapatan. Sikap konsisten perlu diterapkan supaya anda berada di landasan yang betul. Berbelanja secara bijak lakukan senarai setiap bulan segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membayar hutang dan diri sendiri. Supaya anda mampu mengawal perbelanjaan supaya tidak melebihi had perbelanjaan. Amalan tambah hutang tutup hutang perlu dielakkan sama sekali, bukan sahaja tidak membantu malah akan menambah beban kewangan sedia ada.
 
Last edited:
Sponsored Post

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,091
Reaction score
14
Points
38
klu translate hutang jahat jadi bad debt..igtkan ada tips cmne nk settle bad debt ni (e.g. saa, blacklist, etc) rupanya tip untuk cegah dari awal..
 

easicircle

Fun Poster
Joined
May 27, 2014
Messages
381
Reaction score
81
Points
28
klu translate hutang jahat jadi bad debt..igtkan ada tips cmne nk settle bad debt ni (e.g. saa, blacklist, etc) rupanya tip untuk cegah dari awal..
Ini bukan sekadar pencegahan tapi gunakan wang bonus tahunan dan sekat kehendak untuk membayar hutang jahat seperti hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Anda mampu mengubahnya.
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,193
Reaction score
1,079
Points
168
Location
-- .- ...
Ini bukan sekadar pencegahan tapi gunakan wang bonus tahunan dan sekat kehendak untuk membayar hutang jahat seperti hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Anda mampu mengubahnya.
kalau ada bonus untunglah boleh bayar hutang jahat.
kalau takde kena sekat kehendak.

hidup sekadar hidup.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,145
Reaction score
1,421
Points
168
Location
www.kedaifirdaus.com
Nak langsai hutang jahat bukan harap keja ja

Kene biz ka kene keje part time

Harap satu keje jer bukan mudah nak setel
 

easicircle

Fun Poster
Joined
May 27, 2014
Messages
381
Reaction score
81
Points
28
kalau ada bonus untunglah boleh bayar hutang jahat.
kalau takde kena sekat kehendak.

hidup sekadar hidup.
Hidup sekadar ikut kemampuan. Jangan ikut hati nanti hutang keliling pinggang. Hidup sekadar hidup. Sentiasa bersyukur. Keep it up.
 

spekmato

Active Member
Joined
Feb 14, 2008
Messages
1,598
Reaction score
85
Points
48
Location
rantau panjang----->kota bharu
Hidup sekadar ikut kemampuan. Jangan ikut hati nanti hutang keliling pinggang. Hidup sekadar hidup. Sentiasa bersyukur. Keep it up.
kawe percaya kebanyakkan kita berhutang bukan kerana kehendak..tapi kerana keperluan...dan selalunya kerana keperluan keluarga...ibu ayah..terutamanya anak-anak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register