BTC USD 49,134.0 Gold USD 1,786.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kesilapan ibu bapa

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,637
Joined
May 5, 2008
Messages
9,637
Reaction score
265
Points
91
Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak. IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik. Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan.
Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."

SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak. Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil. Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh.

Sumber Oleh
[email protected]

sekadar panduan untuk mendidik anak2 kepada semua warga CG yang sudah mempunyai cahaya mata dan yang bakal menimang cahaya mata.:)
 
Sponsored Post

hazel07

Active Member
Messages
1,088
Joined
Jun 14, 2008
Messages
1,088
Reaction score
11
Points
25
huhuh..slalu jek tinggikan suara kat anak..
cakap baik2 x jalan...kena marah baru dia dengar cakap....
 
ahib0205

Legendary Member
Messages
19,329
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166

jazakallah ya akhi :)

:)cgrock

banyak dapat ilmu hari ni :)
 
ForexFans

Freshie
Messages
41
Joined
Dec 12, 2008
Messages
41
Reaction score
0
Points
6
karang ni susah nak ajar anak banding dulu zzaman oarnag tua
 
Sponsored Post
Top
Log in Register